Thursday, 20 December 2012

Jangan cuba dekati kalau takut disakiti,
Jangan cuba hampiri kalau tahu ia sudah dimiliki,
Jangan berani memperjudikan hati, bimbang akhirnya menjadi benci..

Hati ini pasti,
Pemiliknya sudah ditemui,
Jangan kau cuba nak jadi pencuri,
Bimbang tertangkap, terkurung di sebalik tirai besi,
Sendiri, hati sunyi sepi tak berpenghuni.

Ini tegas dari hati,
Moga kau memahami,
Hati ini sudah dimiliki,
Oleh dia, sang lelaki,
Yang dari dulu tak pernah berhenti menanti,
Sejak pada pandang pertama dia menghargai,
Dan, akan dibalasi perasaan itu sampai mati..

Sunday, 16 December 2012

sugardaddy

teringin nak berkongsi cerita di offer sugar daddy, kawan- kawan yang turut di offer, moga- moga tak terpengaruh ea..

War Crime Tribunal: Aku duduk di kerusi menunggu tribunal bersambung setelah 20 minit berehat, duduk betul- betul di barisan kedua, selang 1 baris kerusi di belakang Tun M dan isteri. Hajat ingin mendengar dengan lebih jelas judges mengutarakan hujah dan fakta kes mengenai perjanjian Geneva. Tiba- tiba ada seorang singh ni duduk sebelah. Aku diam ja, relax..nyembang dengan mija dekat sebelah.. Tiba- tiba dia tegur. Bangkitkan isu PTPTN, masa tu isu ni tengah hot, aku pun cakap jelah.. dah pinjam kenalah bayar balik, dah berconsent nak pinjam, dah baca perjanjian, sah tandatangan, apa susah, bayar balik jelah"in English".. "you patut jumpa judges and lawyers dekat dalam tu, bagus- bagus 'in english'.. Aku pun okeylah, layan jelah..cakap macam pro dia ni, macam lawyer pon ada, tapi doktor pun ya jugak, sebab dia nampak bijak.. Tapi banyakla plak dia cakap..aku pun dah naik rimas.. 

"you nak sugar daddy tak, bagus kalau you ada satu. I boleh bagi", okey kali ni dia speaking MELAYU.. Ha, boleh cakap melayu rupanya.. bakal lawyer Indian dekat depan aku tu dah geleng- gelengkan kepala sambil tersenyum.. Ya, aku faham senyuman dan gelengan tu..

"I dont need any, thank you"
"Jadi law student perlukan life yang up sikit, nanti senang hidup you" Haiz, dah kenapa singh ni, baik bebenor la pulak.. Satu kertas dia keluarkan, dan sekeping kad dihulurkan.. 
"you tak payah fikir panjang, you bagi no you, birthday bila?"
No phone, 0173099081, 07 APRIL 1991..aku kan pemurah..dah dia mintak bagi jelah..Mintak maaf la ea kalau saya terbagi no phone anda or tarikh lahir, aku main terjah ja no tu..

Dah aku bagi tu, tak mau pulak dia berenti cakap, dah- dah aku blah ja dari situ duduk belakang. Kalau duduk situ lama lagi boleh jadi gila aku, sama gila dengan dia. Bila ja tribunal bersidang, dia terlena sampai ternganga- nganga mulut atas kerusi, penat betul lah tu..

Bila diselidik rupanya macam tulah caranya untuk cari anak- anak muda untuk bapak- bapak tua.. Pergi ketempat yang programnya bagus-bagus, so anak- anaknya pun bagus- bagus.. Kalau kena dengan cara pujukannya, tentulah dapat.. Budak- budak zaman sekarang bukan boleh harap sangat.. Nasihat, tak boleh harap pun mikirlah dulu nak buat apa pun ea.

Tapi macam tak jugak, mestilah dia guest.. Nak masuk tu berprotokol.. Tag segala bergantung dekat leher dan paling menarik semasa pelancaran buku third world war dari seorang penulis Barat, lagak dia macam orang penting dalam pelancaran tersebut.. Juga seperti seorang bijak pandai.. Tah- tah, saja nak kenakan orang.. umm, tahlah..

                                                  
ini aku masa tribunal tu, mungkin muka nampak kampung habis, boleh la diperbodohkan.. Tak dapat             la der, muka kampung tapi otak 2020..
  
                                         

Saturday, 15 December 2012

Maggot

Sangat menderita apabila sesuatu yang paling digeruni merayap di kaki dan ditangan, dengan rasa tak bersalahnya singgah berehat di baju tidur.. Oh, tidak..saya hampir mati hari ni.. Kamu memang comel, tapi kamu lansung tidak memikat hati saya!!!! 

Thursday, 13 December 2012

11.12.2012

Pertama kali sepanjang mengenali insan ini, saya melihat dia ketawa dengan segembiranya. Selalu serius dan senyum sahaja yang banyak, gelak pun maybe sikit sangat.. Terlalu hitler.. Tapi pada 11.12.2012 bersamaan selasa dalam pukul 4.20 petang manusia ini gelak dengan seronoknya kerana seekor binatang tidak berkaki bewarna hijau yang melekat di cermin matanya. Dan dengan seronoknya dia membuli saya dengan binatang tersebut, sangat- sangat gembira melihat muka saya yang ketakutan. 

Satu hari nanti saya akan bawak lipas dan katak menemui dia, baru dia tahu apa itu gelak dan menangis..

Watch out babe!!




Wednesday, 12 December 2012

Jodoh kami, bukan kamu!!!

Jodoh kami, bukan kamu!!!

Tuhan menjadikan setiap sesuatu itu secara berpasang- pasangan..
Bulan bintang, langit bumi, lelaki dan perempuan, suami dan isteri..
Berpasangan itu maksudnya, 1 + 1 = sepasang.. 1+1+1+1 tak jadi sepasang taw.. So, dah melawan lumrah alam ni..

Isu yang nak dibangkitkan di sini ialah: Jangan menggunakan alasan jodoh sekiranya nak beristeri 2 atau 3.. JANGAN..JANGAN.. Sesungguhnya kamu melawan lumrah alam kerana 1+1= sepasang..

Kalau kamu berkahwin lebih dari satu, ianya adalah kerana jodoh wanita itu, bukan jodoh kamu.. Kamu adalah untuk digunakan bagi melengkapi jodoh seorang wanita.. Jadi, jangan nak berangan jodoh kamu banyak pulak.. Kamu tu tak berjodoh, cuma bernasib baik....

Ingat, 1+1= sepasang, dan setiap sesuatu diciptakan berpasang- pasangan..

Friday, 7 December 2012

esss

Hari esok bermulanya satu pengembaraan baru..

1) Bangun awal pagi ke "somewhere", maybe around 10 plus will be home. Harap-harap boleh jadi Cinderella berselipar Jepun sekali lagi..aww.romantiknya.. 
2) Pasti hari yang sangat memenatkan.
3)Nasihat untuk diri sendiri, dapatkan rehat yang secukupnya..

Ahad- terlibat dengan SAF-RENANG.. dari pagi sampai petang.
Fungsi- jadi lifeguard ja.kikiki..tah2 penjaga masa..
Kelebihan- dapat mengusha abang- abang renang menunjukkan free style, kupu- kupu and kuak dada.. Aigooo..moga2 tak tergoda..Boleh jugaklah menengok awek2 cun berenang.. Tapi, mestilah tak fokus sangat..

Dan, selamat bercuti 2 hari, yang lansung tak rasa macam cuti.. 
Selamat mengasingkan diri dari keseronokan juga.. Saat- saat akhir final perlu dihargai..
Dah tiba masa untuk jadi selfish, pendiam dan serius dalam setiap perkara yang dilakukan.

Jadi untuk itu, saya mengisytiharkan saya single untuk sebulan..

Read more, speak less..
Express not to impress..
And yes, stay away from stress..

Thursday, 6 December 2012

STRESS

Pertama kali aku menjawab soalan dengan keadaan ingin bermaki- makian kepada masa yang dikatakan emas itu. Soalan tersebut bertajuk stress.. Beberapa helaian perlu dibaca dan difahami, memang stress.. Bila ternampak baca ja soalan tu, terus aku membayangkan minggu aku yang stress.. Iaitu minggu ini.. Bermula dari awal minggu pada 3 12 2012..

3 12 2012/ISNIN- beberapa perkara yang tidak diingini tercetus dan memang stress tetapi berjaya di handle dengan menggunakan khidmat akal.

4 12 2012/SELASA- Memang stress. Pergi ke kelas dan dengar dr. bebel bebel.. okey, that it..aku tidor ja.. then balik.. Ha, lupa pulak.. Ayah pesan..Fatin, jangn simpan cash dalam dompet. Ambil yg perlu shja. Kalau tak nanti hilang tak pun habis.memang pon, dalam seminggu lepas rm 000.00 dikeluakan dan licin. Nak try apply lah nasihat ayah, tak keluarkan duit lansung. Dalam minggu ni cuba hidup tanpa duit, dan ha..boleh hidup..memang boleh..tapi azab gila.. Pukul 2 petang, nak pergi perpustakaan naik bas..sorang2.. alamak, tak ada duit ni.. Tapi aku tetap akan pergi libry no matter what.. Nak g atm, no..tak boleh.. So, macam orang gila mengutip duit2 syiling dalam toilet, washing machine and baldi.. Kenapa dlam tempat2 ni ea?? Aku tak dpat jawab sebab setiap kali aku mandi, basuh baju ataupun letak baju dlam baldi akan adalah duit syiling.. Dan aku tahu duit itu dari aku.. Tetonggek2 belakang almari mencari duit2 syiling.. Ya, cukup untuk pergi tapi  bukan untuk balik.. Aku tetap akan pergi dan sampai.. Mujurlah hidup berkawan, pergi lbry ada kawan dekt sana and dia ajak balik sekali... Yeay..boleh balik..yehaa..

5 12 2012/ RABU- bermati- matian hari selasa aku buat kerja untuk consti, aku akui itu adalah kerja terbaik aku pernah buat walaupun tak.. No matter what aku akan hantar dekt madam.. Bangun pagi air pulak tak ada.. Tak pergi kelas..Perhhhh..ponteng 2 kelas pagi rabu.. Dan tak hantar pun kerja tu.. Petang ada kelas pukul 4, sekali lagi perlu mencari wang..waaaa..mujur ada beg simpanan, rupanya banyak syiling dalam tu..heaven!!!! Pergi tunggu bas, sejam baru sampai..aigooo..ada test tau tak, terlambat dah ni.. Masuk kelas prof pandang pelik.. Aku duduk diam ja.. "Fatin mana ea?" Aku hairan.. aku ada depan dia kot.. Aku pun angkat la tangan.. "Lah, apa dah jadi dengan muka kamu ni, saya dah tak kenal"..tersengih2 dia.. "Saya pakai selendang madam, selalu tudung".. Okey, minggu ni aku berselendang sebab aku stress..Bila ada selendang, hidup aku simple..belit2 dah siap.. Then lepas kelas pergi menghambakan diri kepada library.. Pukul 12.30 malam sampai rumah dan air masih tak ada.... So, pergi kumpul air.. Penatnya...

6 12 2012 iaitu semalam- Bangun pagi2 buta terpaksa minta kawan bayar balik bayaran yang aku dahulukan untuk makan minggu lepas.. Yehaaa..ada rm 12 ringgit dalam tangan.. Macam biasa naik bas pergi unit kesihatan pulak.. Haiz..tyme2 nila nak sakit.. Dah setle semua balik, dapat mc and tak pergi kelas untuk presentation.. Alhamdulillah, tuhan sentiasa memakbulkan doa orang2 tertindas, presentation dikancelkan dan diganti minggu depan . Terima kasih tuhan.. Sehari aku tak makan, dan aku sorang2 dirumah..Kawan2 g library, aku tak sebab dapat mc for internal bleding.. Seharian mengusha buku sorang- sorang.. Dan, bila sorang2 aku akan usha2 page orang, twter orang dan ummmmm...ummmmm..takmau cakap.. adoiiiyyyy..dah pukul 8 malam dan aku sudah mula lapar teramat.. Mahu atau tidak aku berjalan sorang2 pergi hakim dan beli makanan.. Memang lapar gila, 24 jam tak makan, mana boleh..mjur duit rm12 tu ada.. heee.. Tiba- tiba ada seorang abang yang tidak dikenali memberhentikan motosikalnya.." kenapa jalan sorang-sorang. Bahaya" garu kepala dan mampu tersenyum.. teruskan langkah, beli makanan dan balik rumah.. Stady untuk final Bel hari jumaat..

Dan hari ini- aku berhadapan dengan soalan bel yang stress... Dan, tak mau hidup tanpa duit lagi.. Dah belajar, memang susah..kesiannya  pada mereka yang memang tak punya wang... Salah kalau menuduh mereka malas tak berusaha..tengok aku, rajin ja, tapi tak ada jugak duit.. Selamat bertemu kembali atm, kita bercinta lagi ea..

Alamak, aku dah tak cukup masa.. Dok sibuk kenang peristiwa seminggu.. sampai dah kehabisan emas.. Tidak!!!!! Bel.. I want an A for Bel.. Please...

Sujud Dua Kiblat

Lari Dari Syurga terbitan Buku Hitam Press, selamat dikenallkan pada pada dunia pada 22.11.2012 bersamaan Khamis tepat jam 1.09.

Tak boleh nak cerita panjang- panjang tentang Lari Dari Syurga yang baru beberapa hari berlari ke dunia tu.. Lagipun aku tak habis membaca setiap satu cerita yang ada didalamnya. Setengah mungkin, bukan taknak habiskan tapi banyak sangat yang perlu diselesaikan.

Sujud Dua Kiblat- Tiga perkataan yang menjadi pilihan hati. Mengapa sujud dua kiblat? Begitu banyak pilihan isu yang penerbit ketengahkan untuk dipilih, agama jugak yang menjadi pilihan hati.

1) Politik- Sesungguhnya aku masih tidak matang dalam isu- isu politik memandangkan aku sendiri tidak pasti yang mana benar, palsu, asli dan tulen. Jadi, tidak berani menulis sesuatu yang mungkin salah.

2) Seks- Dalam bab ini pulak, aku lansung tak ada pengalaman. Sekiranya aku menulis, pasti ianya akan menjadi sangat membosankan.

3) Sosial- Aku baru belajar untuk mengenali dunia. Masih banyak yang perlu aku terokai dan pelajari. Tidak terlalu terdedah dengan kehidupan masyarakat masa kini, cara hidup, moral dan adab serta adat masih dalam proses cuba menyesuaikan diri.

4) Agama- Sesuatu yang terdekat dengan aku diantara yang berempat. Sesuatu yang cuba aku selami dan pelajari serta ketahui. Jadi, aku menulis mengenainya memandangkan isu itu yang paling dipandang remeh oleh semua, mungkin aku pun. Tapi, inilah satu- satunya kekuatan aku.

Maka, lahirlah Sujud Dua Kiblat yang mengisahkan dua perbezaan agama yang tidak boleh bersatu dan menyatu. Dalam setiap agama, syurganya pasti berbeza dan menjanjikan kelainan walaupun matlamatnya satu, menuju kesisi tuhan. Mungkin syurga buat mereka tapi neraka buat kita. Dalam memilih syurga, pasti perlu mengorbankan sesuatu, mahu atau tidak kita tak diberi pilihan kerana Kiblat cuma satu.

Saturday, 1 December 2012

Jangan Setia

Kepada kekasih kesayanganku yang bernama wanita..

Nasihat untuk anda hari ini dan pelajaran baru ialah, jangan pernah setia sampai memandang yang lain juga tidak berani...Jangan..jangan.. Semakin hebat kesetiaan anda, semakin banyaklah peluang untuk anda ditipu dan dipermainkan.. Selagi dia belum suami anda, jangan pernah setia.. Berkawanlah seramai mana perlu, jangan bataskan pergaulan atas dasar kesetiaan. Berkawan bukan ertinya anda menduakan dia, cukuplah sekadar anda tahu apa yang anda perlukan dan apa yang anda telah tetapkan dihati.. 

Selamat beramal..

Tuesday, 27 November 2012

Perempuan Besi

Kami tidak perlukan lelaki yang berketak- ketak dan sasa kerana kalau dihalakan M16 dikepala mati jua,
Kami juga tak perlukan lelaki yang terlalu mengambil berat umpama kami seorang kanak- kanak yang baru ingin belajar, kerana kami dah banyak kali jatuh dan sakit serta sembuh,
Kami juga tak perlu lelaki yang berhidung tinggi membangga dengan kelebihan yang ada, kerana kami juga bukan perempuan bodoh yang tidak tahu apa- apa,
Kami juga tidak mahu kesenangan yang kalian berikan kerana kami juga tidak pernah hidup dalam kesusahan, cukup pakai, minum dan makan,
Kami semestinya tidak perlukan lelaki yang tidak pernah hidup dalam kesusahan kerana kami bimbang kamu tidak mampu berdepan dengan masalah dan cabaran di masa hadapan..

Tapi kami perlu ini!! Kami sangat- sangat memerlukan..

Seorang lelaki yang bijak pemikirannya, tabah orangnya, lebih hebat dari kami dalam semua benda, bukan kerana kami memilih, tidak sekali. Kami bimbang kalau kamu adalah lelaki yang hanya mampu kami pandang tapi kami tak hormati.. Jadilah seorang lelaki yang dihormati perempuan, bukan dipandang rendah ataupun dibenci kerana kami sekarang adalah perempuan- perempuan yang bagus pemikirannya, tidak lagi dibayangi emosi seperti yang didakwa keatas kami, tidak juga penakut untuk menerima cabaran yang ada dan tidak akan menyerah kalah selagi tidak memcuba dan mencuba..

Kami perempuan era akhir zaman yang akan berjuang mendapat apa yang kami perlukan, termasuk dalam mendapatkan kamu, lelaki- lelaki yang budiman..

Friday, 16 November 2012

PIRAMID? POLIGAMI?

Lelaki: Saya nak berpoligami sebab nak jadikan macam satu piramid makanan.. Ada yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak, sikit dan semakin sikit untuk menjaga keseimbangan badan dan kesihatan (Pehh, sentap wa cakap lu.. Ingat poligami dan kahwin ni makanan la pulak.. Sedar sikit bang, ramai orang mati keracunan makanan. Terlebih makan pon mati bang)

Perempuan: Awak nak bina piramid?? Piramid apa awak nak bina?? Piramid Giza?? Awak tahu tak piramid yang Firaun bina tengah padang pasir dengan jentera yang tak boleh dikenalpasti sehingga hari ni pon boleh rebah, runtuh tak terangkat- angkat.. Awak yang tulang 4 kerat tunggu nak reput ni nak bina piramid, ikut keseimbangan, ada berani ke bang??

Lelaki: Awak dah lama bekerja jaga anak- anak lagi.. Tak penat ea?? Kalau ada bini muda boleh la awak berhenti kerja duduk dapur masak jaga anak- anak.. Bolehla dia bantu saya pulak..

Perempuan: Ohhh..nak suruh saya duduk dapur, memasakk.. Hati- hati abang, pisau- pisau semua kita simpan dekat dapur tu.. Jangan marah kalau awak balik tinggal tulang..

Lelaki: Sebenarnya saya nak kahwin lain sebab yang ada sekarang tak cukup.

Perempuan: Ha, kan senang berterus terang.. Ni nak main tarik tali pulak.. Tak cukup ea bang?? Habis tu apa yang awak bagi dekat saya, awak ingat cukuplah?? Elok lah tu, sama- sama tak cukup.. Awak kahwin la lain ea, saya pun dah ada peganti sebenarnya.. Esok kita naik mahkamah selesai cara elok.. Nikah dengan elok, cerainya pun nak baik- baik jugak la..

Wednesday, 14 November 2012

BERDOA LEBIH BAIK

"Israel mengganas, bumi Palestin mejadi mangsa kekejaman.. Ramai yang terkorban, banyak yang menanggung kecederaan"
"Israel laknatullah"
"Shit Israel"
AND MANY MORE!!!!

Bertenang jangan gelabah dulu.. Peristiwa diatas bukan baru berlaku semalam, tapi sudah bertahun- tahun lamanya.. Kalian menggelabah, mengutuk tindakan Israel juga sudah berkurun, berzaman.. Hasilnya apa? semakin bertambah mengganas dan menjadi- jadi adalah, tidak sedikit pun berkurangan.. Pelbagai perbincangan diatur, (demon)strasi dipertunjukkan, hasilnya apa?? terbina balik kah tembok Palestin? bernyawa balik kah saudara seIslam kita yang sudah terbunuh disana?? Tertampal balikkah maruah saudara Islam kita yang terkoyak dan tercarik?? Tidak bukan.. Sebaliknya kita menunjukkan kebodohan kita dengan menentang secara lembut, diam, pasif dan lansung tidak mendatangkan sebarang perubahan. Kita hanya mampu bersuara di facebook, mengiklankan di surat khabar, mempertontonkan di TV, usaha sama mengutuk kekejaman Israel antara negara- negara Islam, hasil usaha pemimpin- pemimpin Islam yang tidak cukup bijak, dan yang sekadar berlakon menunjukkan simpati. hasilnya?? KOSONG...

Mari sini kawan- kawan, aku ingin tunjukkan cara untuk bertenang.. 
Sebelum riwayat dunia ini sampai kepenghujungnya, mahu atau tidak ia terpaksa menanggung kekejaman manusia.. Ianya akan menjadi porak peranda, Islam akan menjadi mangsa.. Ini yang telah dikhabarkan kepada aku dan aku percaya.. Dunia ini akan musnah dengan kekejaman sebelum datangnya Iman Mahdi dan Nabi Isa untuk memusnahkan dan menghancurkan tentera Dajjal(Israel).. Jadi, kenapa perlu kalian melakukan tindakan bodoh, cara bodoh untuk menghentikan setiap kekejaman ini.. Kalian cuma perlu berdoa dan berdoa dan terus menanti kedatangan penyelamat Islam kita, bukan terusan mengutuk dan menghina Israel yang sememangnya sudah ditakdirkan Tuhan untuk menjadi pemusnah.. 

Dunia ini sudah tiba dipenghujungnya, usaha kalian tidak akan membuahkan apa- apa, sebaliknya kalian secara tidak langsung memberi ransangan positif kepada mereka untuk terus melakukan kekejaman. Ego mereka sebagai bangsa termulia akan menjadi bertambah hebat , nafsu untuk memusnahkan Islam bertambah kuat.. Ya, kita perlu menghulurkan bantuan, pertolongan agar tidak disoal satu hari nanti, apakah pengorbanan kita dalam membantu saudara Islam yang ditindas?. Tapi percayalah, doa anda sudah cukup untuk menjawab semua persoalan ini, Tuhan tidak akan berlaku tidak adil apabila Dia sendiri sudah tetapkan perjalanan dunia ini.

Dia tahu kita tidak mampu tanpa pertolongan Imam Mahdi yang Dia telah janjikan...

Tuesday, 13 November 2012

aku mati

Sangat teruja melihat diri sendiri di cermin buat beberapa ketika..pulang kerumah, menjadi pegun di dalam bilik sampai tak mampu bersuara.. Kejutan yang membawa separuh nyawa aku ke kedah, mak....

Tuesday, 6 November 2012

Pondan atau Jantan...

Lelaki, dilahirkan dengan kekuatan yang berganda banyaknya dari perempuan.. Kalau ikut aku, ini pun aku nak bantah jugak, tapi aku kena jugak admit.. Memang aku tak larat pun nak dukung tong gas yang berisi gas tu berjalan satu Malaysia, tak cukup energy.. tapi, lelaki maybe boleh la..maybe la, belum pasti lagi.. Aku pun tak larat jugak nak g remukkan tangan dengan tumbuk dinding, tapi lelaki boleh..asal marah ja tumbuk dinding, tendang penghadang jalan..pehhh, sakit wei..jangan try..

Lelaki. pondan atau jantan??

Apa yang membezakan ea?? aku tak dapat jawab sebab pendapat aku pastinya akan menimbulkan kemarahan sang lelaki, kerana mulut aku sangat longkang dalam mendiskriminasikan lelaki..

Tapi yang menjadi kemarahan aku sebagai seorang perempuan ialah apabila seorang lelaki menaikkan tangannya kemuka perempuan.. Ini aku pantang..

Apa yang kalian cuba buktikan dengan berbuat demikian?? Adakah kalian cuba membuktikan kejantanan kalian yang tergantung di celah kangkang itu atau pun ingin menunjukkan kalian bukan dayus??.. Dimata galak lagi cun aku ni, aku nak terangkan.. kalian bukan lelaki, bukan jantan tapi kalian pondan.. Kalian tidak nampak macho dan hebat dengan mengangkat tangan, tapi kalian nampak bodoh dan memalukan..

Kejantanan anda tidak terbukti tetapi kepondanan anda dapat dikenalpasti...

Thursday, 18 October 2012

Sekali lagi Cinta

Rancangan Dia lebih baik.. Dia lebih mengetahui.. Hari ini aku sedar yang, doa yang dipinta belum tentu yang terbaik, tapi ketentuan Dia itulah yang paling sempurna.... Sekali lagi aku jatuh cinta dengan Dia.. Tuhan..

Wednesday, 10 October 2012

Tips elak dirogol buat kawan2...

Tips kalau anda nak dirogol:

1)Sekiranya ada lelaki yang ingin merogol anda, anda tak perlu bimbang. Banyak cara yang sweet yang anda boleh adaptasi.

a) Tolong... tolong...tolong jangan rogol saya. Saya pengidap HIV positif.. Kalau nak rogol jugak, pergi farmasi beli protection, apa- apa pon boleh.

b) Sekiranya perogol masih tegar, maka gunalah taktik ini.. Anda cabutlah pakaian yang ada di badan anda, kemudian berguling- gulinglah di atas jalan seperti dirasuk hantu. Mengilai dan ketawalah sepuas hati anda sehingga dia memikirkan ada jin yang melindungi diri anda..

c)Kalau perogol tu dah tak tahan sangat, anda bukaklah baju anda and cakap, I sebenarnya pondan, ini semua plastik ja ni.. Kalau u nak jugak, makesure tunggu malam, siang- siang takut cair terkena matahari.. Maklumlah global warming..

d) Kalau perkara a, b dan c tidak menjadi, anda gunalah taktik serah diri.. Eh..bertenang- bertenang.. Just keep calm and carry on.. Maksudnya, dari anda kena belasah tak tentu pasal, baik serah diri ja.. Then buat request jangan anda dibunuh, just touch n go.. kalau jumpa tepi jalan buat- buat tak kenal..

e) Tips ni untuk perogol beragama Islam.. Jup bang, AZAN!!!!

f) Maka ini yang terakhir, kalau kesemua clause a,b,c,d dan e tidak menjadi, maka eloklah kiranya sama- sama mengaminkan doa makan...

Just keep calm and carry on ladies :)

Friday, 5 October 2012

thank you:)

Saya tak suka orang lain layan saya dengan baik sebab saya taknak terhutang budi.. Tapi, saya lagi tak suka orang lain layan saya sesuka hati yang mereka nak, sebab saya takut ianya menjadi benci dan menimbulkan sakit hati.. Jadi, layanlah sekadar sahaja. Seperti mana anda treat orang lain, do treat me that way too.. THANK YOU :)

Saturday, 29 September 2012

Perkataan Tolong

Sesuatu yang saya takut meminta dari orang dan susah minta dari orang ialah, TOLONG!!!!!. kerana saya tahu, ia merupakan sesuatu yang susah untuk diberikan.. Tapi ketahuilah, setiap pertolongan yang saya berikan adalah ikhlas dan tidak meminta apa- apa kecuali sesuatu, jangan sakitkan hati saya!! Tolong... Hati saya sangat degil dan keras, sekali saya marah, anda tak mungkin dapat melembutkannya.. Saya mungkin dianggap lemah kerana saya seorang perempuan, tapi ingat perempuan yang anda anggap lemah ini menanggung sesuatu yang anda tidak pernah tahu.. Perempuan yang lemah ini akan pastikan anda menyesal sampai mati sekiranya hatinya disakitkan... Perempuan ini bukan perempuan emosi, tapi perempuan yang meneliti dan menepati janji!!! InsyaALLAH...

Wednesday, 26 September 2012

anak haram

Assalamualaikum.. Hari ni nak mengarut pasal debat anak haram antara aku dengan seorang kawan yang bukanlah alim, tapi seseorang yang hidup berlandaskan syariat la.. Dan aku seorang perempuan yang hanya menggunakan logik akal dalam debat ni.. aku tak pandai nak menggunakan ayat- ayat Allah, takut jugak silap..

Fakta kes yang dikeluarkan:
 1)halal seorang lelaki mengahwini anak perempuannya hasil penzinaan dia dan ibu anak tersebut kerana tiada hubungan yang halal dan sah. Anak itu bukan anak kepada lelaki tersebut kerana mereka tidak berkahwin.

2)Itu adalah salah satu hukuman kepada orang yang berzina, nak atau tak memang itu yang telah dipersetujui


Entah apa-apa ayat mengarut yang aku keluarkan:
1) Makan dari hasil yang haram tak menjadikan makanan itu halal.. Makan itu baik, tapi apabila dari hasil yang haram, perbuatan itu tetap haram. Menikahi benih sendiri tiada yang halalnya, walaupun nikah itu baik.

2)Allah menjatuhkan hukum kepada mereka yang bersalah, ini hukum Allah. Tapi apabila kalian menyatakan seorang anak boleh menikahi bapaknya, tidakkah kalian tahu, kalian sudah menjatuhkan hukuman kepada anak tersebut. Sebagai seorang anak dan seorang perempuan, ianya merupakan satu penghinaan. Jadi hukum Allah sudah tak berjalan, anak yang tak bersalah itu yang menanggung malu dan menerima hukuman.

3) Soalan saya terhadap anda, bolehkan seorang lelaki mengahwini anak tirinya? anda menjawab, boleh sekiranya ibu dan lelaki tersebut masih belum bersetubuh.. Tanpa pengetahuan agama yang banyak saya menyatakan.. Maknanya disini, bukan pernikahan yang mengharamkan seorang lelaki menikahi anak tirinya tapi PERSETUBUHAN!!!. dalam kes anak haram ni, lelaki tersebut bukan sahaja dah bersetubuh, berzina dan apa- apa istilah lagi, malah dia sudah menghasilkan anak tersebut. Dimana lagi datang istilah halalnya?.. tolong jawab... Jawapan anda mudah, jangan samakan situasi ini dengan situasi yang lain. Sebagai Islam inilah yang telah ditentukan. Dan mudah saya menjawab.. Yang berzina itu belum murtad, maka hukum ALLAH itu perlu berjalan. Dan, Allah tak menghukum orang yang tak bersalah. Saya bercakap untuk anak haram..... Kamu orang yang beragama jangan menghukum sesuka hati..

Saturday, 22 September 2012

Dia yang mati

Tuhan pernah bawa dia pergi jauh dari aku dulu, dan aku gembira.. Tapi, aku betul- betul tak sangka Tuhan benar- benar memaksudnya. Dia pergi dari aku untuk selama- lamanya.. Dan, aku menangis untuk itu.. Sampai mati, aku takkan pernah berhenti... Untuk dia yang sudah mati..

Sunday, 16 September 2012

fikizal tak merubah takdir..

Takdir?.. Penat juga nak memikir takdir seseorang, takdir aku sendiri pun masih samar- samar.. Tak nampak jalannya lagi.. Fizikal tak merubah takdir?? Apa pulak aku nak mengarut kali ni.. Jomla sama- sama baca..

"Perempuan kalau dengan sebelah payu dara, jangan claim dirinya perempuan"
Statement yang dikeluarkan oleh 'tak bernama' di twiter, lelaki lah.. Kalau mereka yang tak berpayu dara ni bukan perempuan nak panggil apa ea?? jantan?, tak pun lelaki..

Adakah kita pernah menggelarkan seorang manusia yang lahir tanpa tangan mahupun kaki sebagai jin, demon, hantu tak pun zombi??.. Ianya tetap manusia bukan??.Semua orang menggelarnya manusia, tetap manusia walaupun cacat. Tapi dia tak sempurna, mana boleh claim dirinya manusia.. Hummm..jin la kan..

Nampaknya, si lelaki ini memandang perempuan dekat dada ja.. Kesian, dia yang tak sempurna sebenarnya. Tak sempurna kerana mengeluarkan kata- kata yang sedemikian.. Ianya sangat menyedihkan apabila akal kita tak berfungsi dengan baik. Seluruh hidup kita cacat apabila pemikiran kita terbantut. Fizikal tak merubah takdir dia sebagai seorang perempuan dan fizikal juga tidak mengubah hakikat yang dia merupakan seorang perempuan.. Dan ketahuilah, perempuan boleh hidup tanpa payu dara tu, tapi fikirkan lah bolehkan anda hidup senang lenang tanpa si anu yang bergantungan tu..

You better shut down your stinky mouth..Sesungguhnya aku sangat- sangat menyayangi spesis aku. Setiap wanita dan perempuan diluar sana adalah dibawah tanggungjawab aku. Walaupun aku tak mampu untuk menolong, tapi aku akan cuba untuk membantu..

Tuhan, jauhkan diskriminasi.. Penuhkan dihati aku kesabaran.. Sesungguhnya, aku terlalu membenci lelaki yang mendiskriminasi..


Tuesday, 3 July 2012

Girl n Boy

G :Comelnya anjing tu
B : Haizzz..xcomellah..anjing tu.. Mana boleh cakap binatang yang haram tu comel.. Lain..
G : Jadi, berhentilah cakap saya comel sebab saya juga  haram untuk kamu.. Saya tak halal buat kamu...
B : Maksud
G :Saya bukan isteri kamu..

Blah la

Kamu hadir dalam hidup saya, menjanjikan sesuatu yang tidak pernah dijanjikan orang lain.."Saya tidak akan sama sekali menyentuh kamu kerana kamu adalah milik suami kamu, bukan saya".. Ya, jujur, ikhlas seikhlas- ikhlasnya kamu buat saya terpegun.. Saya tersenyum senang dan gembira.. Tapi asal bodoh sangat kamu ni, memang la kamu tak sentuh saya tapi yang kamu pergi meraba orang lain tu buat apa.. Sah- sah la kamu tu tak layak untuk saya..

Aigo, tersilap berlagak alim nak mengurat tapi terkantoi pulak..Tak dapat la der...

Sunday, 1 July 2012

Tuhan, bawa aku pulang

Hidup ini indah, memang indah.. Indah kerana aku memiliki semuanya..
Punya segala yang aku perlu, tak kurang apa pun..
Semua yang diimpikan ada ditangan..
Semuanya...

Hidup dalam hidup yang menjanjikan keseronokan, dekat dengan kesenangan, segala kemudahan.. Tapi sayang, duduk disini membuatkan aku jauh.. Jauh dari Tuhan..

Tuhan, bawa aku pulang...

pilih

Penatnya memilih..takut tersalah pilih.. Takut kalau menyesal satu hari nanti..Takut kalau ada pilihan yang lebih baik.. Takut dan takut.. Tapi bila memikirkan pilihan itu adalah yang terbaik, maka aku berhenti untuk memilih, pilihan sudah ada ditangan...

Tuhan, aku dah bersedia.. Tolong bawa aku pulang...

Friday, 22 June 2012

Abang Ustaz???

Ustaz Aziz Harun ea, bukan Azhar Idrus...

"Tak pakai tudung labuh pun tak apa, janji jaga pemakaian macam selalu, tudung jangan bagi nampak leher and kalau boleh tudung tu janganlah jarang.. Lengan tu kalau boleh sinting, tak payah la sinting.. Ubah benda-benda tu ja.. Enough.. Baju awak pun okey, bukannya ketat sampai nampak apa-apa jelah... So semuanya okey"

Ummmmmm...itu garis2 panduan yang telah ditetapkan.Dah nampak macam ceramah agama pulak kan.. Mungkin dia bukanlah alim gila, baik nak mampus sampai xbuat silap. dia pun manusia, lelaki pulak tu. Dia ada kekurangan, dia ada buat salah tapi cukuplah dia boleh cakap dekat aku apa yang salah dan apa yang betul.. Aku tak rasa dikongkong sebab aku suka dipimpin, suka ditegur dan suka diingatkan supaya tak lupa.. Tak perlu lelaki sempurna sebab aku bukanlah yang terbaik..





Tuesday, 19 June 2012

Kau tak sayang Tuhan...

Mengapa tolak Islam bila ia datang?
Adakah kau akan mencari Ia bila kau tak memilikinya?
Adakah kau akan menyelak tiap helaian Al- Quran untuk kenali Islam bila kau sudah ada Bible dan Thalmud untuk dijadikan rujukan??.. Aku juga sering mempersoalkannya.."Kalau aku bukan Islam, adakah aku akan kenal apa itu Islam?? Adakah aku akan mencari kebenaran yang ada didalamnya?"
Mengapa mempersoalkan Islam bila Ia memilihmu?
Adakah kau akan mempersoalkan benda yang sama apabila engkau diberikan ibu yang bernama Aminah dan bapa yang bernama Abdullah?..Tidak bukan..

Islam menggariskan sesuatu yang dinamakan tanggungjawab, tapi kau, aku, dia dan semua mempersoalkannya?
Bukankah setiap insan itu punya tanggungjawab, walaupun kau bukan Islam, kau jua punya tanggungjawab..
Apa kau malas untuk tanggung tanggungjawab yang telah diberikan? Katakan saja kau malas, aku pun, dia juga.. Mengapa perlu mempersoalkan??..

Kau sayang tuhan??, aku sayang, tapi aku gagal tunjukkannya. Aku bukan ustazah yang bertudung labuh, bukan juga sesuci Rabiatul Adawiyah.. Tapi aku solat.. Persoalannya, kenapa aku solat??.. untuk melengkapkan tanggungjawab ataupun sekadar memenuhi tuntutan??untuk menyedapkan hati mungkin, bimbang bala yang menanti dihujung jalan takkala aku keluar bergembira dan mungkin akan mati dalam keadaan yang tidak sempurna imannya.. Ataupun, aku sayang pada Tuhan, tunduk dan hormat kepadanya??..

Aku ingin menembok muka mengatakan aku sayang pada Dia, biarlah dikatakan riak.. Sembahyang itu wajib, satu kewajipan sepertimana wajibnya mentaati kata kedua ibu bapa yang dikatakan membesarkan kita dan melahirkan kita buat seorang ibulah kan, takkan bapak pulak..

Apa kaitannya??
Kau mentaati ibu bapa kau, aku pun, dia juga mungkin.. Apa kau gelarnya?? Tanggungjawab atau kasih sayang??.. bagi aku keduanya seiring.. TANGGUNGJAWAB DAN KASIH SAYANG!!!
Sekiranya kau kehilangan mereka dan kau punya adik-adik yang ramai hasil dari rezeki yang telah dimurahkan oleh Allah kepada ibu dan bapakmu yang sudah meninggal itu, kau perlu berkorban untuk mereka, mungkin terpaksa korbankan masa bergermbira, tak pun masa belajar untuk membesarkan mereka  apabila tiada satu sen pun harta yang ditinggalkan.
Apa kau gelarkannya?? Tanggungjawab atau kasih sayang??..
Kalau kau kata itu tanggungjawab, maka baiklah kau tolong ramai lagi anak yatim diluar sana. Tapi tidak!!. kau memilih untuk membantu adik-adikmu.. Bukankah itu sayang??.. Rasa sayang pada adikmu membuatkan kau bertanggungjawab..


Berbalik pada Islam tadi, adakah kau sayangkan tuhan kau yang telah menggariskan tanggungjawab untuk kau laksanakan??? Sayang dan tanggungjawab itu seiring.. Kau takkan bertanggungjawab kalau tidak sayang.. 

Kau tegaskan kau sayang tuhan, tapi kau tak pikul tanggungjawab yang dia berikan, tanggungjawab paling mudah tapi terbesar kau tak mampu, macam mana yang susah kau nak buat??..

Kau tak sayang tuhan, kalau kau sayang kau akan bertanggungjawab..

Kadang- kadang, kau aku dan dia juga mengingkari kata- kata mak dan bapak, bukan sebab tak sayang, tapi sebab nak tunjuk hebatlah kononya, dah besar katakan.. Tapi selepas itu apa kau rasa?? Aku rasa serba salah, kadang- kadang 3, 4 tahun selepas tu baru rasa..sekurang- kurangnya rasa walaupun dah terlambat, Dan aku mintak maaf.. Walaupun sayang, kadang- kadang tetap tak tunaikan tanggungjawab.. Wah, aku sudah jauh tersasar dengan argument aku yang diatas, bukan apa.. aku cuma nak cakap, walaupun kita sayang, kadang- kadang hati juga memberontak, tak lari dari buat silap.. Samalah dengan konsep Islam dan tanggungjawab.. Kau kata kau sayang tuhan, tapi kau tak buat apa dia suruh.. Mungkin ada yang kau masih tak puas hati, masih keliru masih tertanya- tanya.. Kau ambillah sebanyak mana masa kau nak untuk kenal Dia kerana masa itu masih ada.. Bila kau dah jumpa, mintak maaflah.. bertaubat sepertimana kau minta maaf pada kedua ibu bapa kau bila kau dah sedar dan mula dari saat itu, kau pikullah tanggungjawab yang telah diberikan dengan rasa sayang, cinta dan tawaduk..

Kau akan lebih sayang tuhan, bila kau sedar akan kesilapan yang telah kau lakukan...

Sunday, 17 June 2012

Jadi, itu aku!!!

Sebelum ada yang membaca, biarlah aku kongsi satu rahsia...

Aku suka menulis, tapi aku tak gelarnya menulis sebaliknya 'menconteng'.. Dah lama aku menconteng, banyak jugak cerita- cerita, cerpen- cerpen yang dah aku hasilkan. Dari kecik  aku dipaksa memasuki pertandingan menconteng dan banyak jugak yang dah aku sapu sebagai johan, paling tidak pun naib, tapi xpenah naib lagi.. Bukan atas kerelaan, tapi paksaan kerana aku suka menconteng tapi tidak suka orang membacanya. Jadi emak, cikgu-cikgu yang menginduce aku untuk menconteng. Aku malu.Bila aku tahu ada ja yang membaca apa yang telah aku contengkan, nah!!! maka itulah kali terakhir aku membacanya, untuk membaca selepas dibaca, tidak sama sekali. Jadinya, aku akan padam semua yang aku conteng selepas puas membaca, paling tidak aku  bakar buku- buku kosong yang menjadi mangsa contengan aku.. contengan yang menjadi pilihan aku adalah anjing!!! dimana aku berjaya menggondol 3 anugerah juara pada hari yang sama..

Sekarang, aku juga menconteng, tapi aku menconteng untuk dibaca.. maknanya, ada orang akan baca apa yang aku dah tulis. Mula- mulanya aku tak pernah terfikir untuk menconteng ketahap yang lebih serius tapi sudah terlibat secara tidak lansung kerana alasan- alasan tertentu yang sangat munasabah.. Pada mulanya, niat ingin mengembirakan hati seseorang yang kehilangan pendrive, tapi setelah berjaya membuat hatinya senang, aku pulak dah jatuh hati dengan bidang menconteng- conteng.. Jadinya sekarang, aku sudah menjadi penconteng yang sudah hampir sampai ketahap kematangan hasil induce'san Encik Aziz Harun..

Apa yang aku perlu buat sekarang adalah, tenang apabila hasil contenganku dibaca oleh orang lain, apa salah berkongsi sesuatu dengan semua, sekurang-kurangnya aku dapat sesuatu, mereka juga dapat sesuatu..

Jadi itu aku..

Thursday, 14 June 2012

Almost there

Malam ni bosan...bosan sangat..nak buat kerja gila macam tak sesuai..lagi beberapa hari dah nak cukup 20 tahun..kalau dulu ada jalah kerja gila yang aku buat..dari kecik sampai la dah besar sikit..

Ummm...final pun dah dekat, tapi masih terumbang ambing lagi..semua benda tak ada dalam otak lagii...

Jiwa pulak kacau ingatkan rumah, dah bayangkan cuti, jalan- jalan dengan mak ayah, bercuti dengan adik- adik.. Melepak dengan unggas- unggas dalam hutan tu yang sudah sememstinya tengah tunggu aku balik..

Hati pulak tak tenang memikirkan janji yang telah aku taburkan kepada teman- teman tersayang untuk berdating dengan doktor bila cuti sem atas sebab- sebab yang tak dapat dielakkan.. Ummm..pengumuman kepada orang- orang tertentu.. saya sihat....

Otak pulak ni ha, dok memikirkan banyak masalah yang perlu diselesaikan sebelum menutup mata dan tidur panjang diatas katil ea, bukan liang lahad lagi ea harap maklum.. Tapi masalah tu tak lah besar sangat, cuma apabila ia melibatkan hati, perhubungan ianya sangat- sangat besar untuk aku..

Jadi, aku perlukan kekuatan untuk itu.. Dan disinilah aku perlu berserah kepada Nya sekali lagi.. Sekali lagi aku bersujud di penjuru bilik mengadap kiblat yang satu atas dasar merendahkan diri kepada Dia yang maha Menyintai...

Semuanya hampir sempurna:)

Wednesday, 30 May 2012

HA and HB

Kamu?Bab romantik? Fail...
Tapi kamu sweet...
Penyayang?, ada lah sikit..
Tapi kamu patut tahu, kamu adalah kawan saya, kawan baik saya, buah hati saya, bakal suami saya, and insyaAllah bapak kepada anak- anak saya..

Kita bermula dari kosong, nothing to be written down.. Tapi kosong yang kita mulakan dah hampir- hampir penuh..
Dah kenal, 5 tahun.. Berkawan baik dalam 2 tahun dah.. Dan bersetuju untuk bercinta masuk setahun.. 30/05/2012.. ehhh?..jup2...couple kah kita?? setahu saya, kita tak pernah declare mahupun propose mengpropose sejak awal lagi, cuma saling faham- faham je pon.. Tapi untuk saya, kira sah la ea..hiii...

Aktiviti kita hari ni... hari sejarah kita tengok wayang..hahahahaha...kelakar nak mati, couple dah setahun, tengok wayang pun tak pernah..eh..pernahlah, hari pertama kita jumpa setelah 4 tahun awak tahu kewujudan saya bertemankan Pera dan Scha.. Dan hari ni, sebab tak tahu nak buat apa, kita serbu wayang tu.. setahun 2 kali???ummm..sweet jugak..Oklah.. kita buat jadual baru, wayang hanya boleh tengok pada 30.5 setiap tahun..lalala...

Lain?. Ya, saya sudah melanggar prinsip saya hari ni secara terang- terangan.. Keluar dengan kamu berdua sahaja melebihi pukul 8 malam.. eh??.. tak- tak..bukan keluar, tapi terbalik lewat sikit sebab salah bas tulah.. Bukan awak ataupun saya.. Tu pun lebih 2 jam je sebab makan..Kalau tak mesti tak berlanggar.. Tapi.. kesah plak, prinsp sy, hak saya.. nak langgar..suka hatilah kan.. Bukan sengaja ni, special day ja.. Tapi, sudah semestinya... Bila dah langgar mesti nak buat lagi.. As long as tak buat bukan- bukan dan mak ayah saya izinkan saya keluar.. ada saya kesah pendapat orang lain??? no!! never!!!...

Thank you for being my good fren.. my best fren and my guyfren.. Semoga kita akan kekal  untuk tahun- tahun berikutnya..

Saya sayangkan kamu.. Terima kasih..

30/may/2011( Saya sayang awak)
30/May 2012(Saya cinta awak)
 Happy Anniversary dear......and Happy Birthday...


Saturday, 21 April 2012

Shi....t

Jangan sampai aku juga hilang sesuatu yang dinamakan sabar!!!

Monday, 16 April 2012

Kau Satu

Aku bisa melupakan dia saat bersamamu, tapi aku gagal melupakan dirimu ketika bersama dia..

Saturday, 14 April 2012

Siapa??

Dia bukan anak haram, dia juga bukan bin Abdullah..

Pergi jangan kembali

Saat kau melangkah pergi, bererti saat aku berhenti mengharap kau kembali..

B-Strong

Kepala yang pusing..
Otak yang bergegar..
Mata yang kabur...
Haiizzz....be strong...

Tuesday, 10 April 2012

Ikhlas

Ikhlas itu paling penting...
Sebaik mana pun anda,serajin mana pun anda..Kalau tiada ikhlas dalam setiap perbuatan maka tiada maknanya disisi Tuhan..
Walaupun amalan yang dibuat adalah baik disisi Allah, disukai dan dirahmati, tapi ingatlah disaat anda merungut dan mengeluh ianya juga tiada erti dimata Tuhan..
(Sekadar pendapat insan yang buta agama)

Bangga..tak semua mampu

Menahan sakit yang teramat sangat..
Tapi bangga tak semua yang mampu:)
Teringin nak menangis, tapi tu bukan aku..
Andai aku menangis, aku bukan lagi aku..
Tapi bangga, tak semua yang mampu:)
Jangan fikir aku akan lemah,
Jangan fikir aku akan kalah,
Jangan fikir aku akan rebah..
Tak akan ada dalam kamus hidup aku, putus asa, fedup dan menyerah..

Monday, 9 April 2012

Thank you:)

Tulang tebulang semakin lama semakin panas..
Tapi lansung tak menjejaskan hati..
Sakit semakin lama semakin rasa..
Tapi lansung tidak menjejaskan diri..
Tak perlukan satu dunia disisi,
Cukuplah kamu, kau dan Dia ada bersama...
Salam Keinsafan..
(Thanks friend and love)

Thursday, 5 April 2012

Ubat Baru

Disebabkan sakit yang gila-gila, aku tak pergi kelas hari ni.. Ponteng 3 kelas.. Masa balik tadi hampir- hampir pengsan dekat bawah.. Sumpah takut gila.. dalam otak just fikir, ishhh kalau jatuh ni siapa nak angkat.Macam mana kalau pergi hospital..ohhh..NO!!!...huhuhu..maklumlah sorang- sorang, kawan- kawan pergi kelas cuma aku yang berambus awal.. Gagahkan kaki redah ja jalan tu, mata dah tak nampak apa-apa,kepala memang pening gila- gila.. Nak termuntah lagi.. Balik- balik tu terus tidur..

Dah tak tau nak buat apa, aku kol Aji, Aji pulak tak angkat..13minit lepas tu dia kol balik.. Aku bukan nak ambil hati atau apalah, seriously semua sakit tu hilang bila dengar suara dia..Tak tipu, ajaib gila.. Memang betul-betul tak sakit.. Lepas letak kol tu tersakit balik,nak kol lagi dah tak boleh sebab dia ada kelas.. Haizzz...Pelik dan ajaib..So, I have new treatment for any kind of sakit- sakit..Yeayyy.. Adoi...peningnya kepala..nak tido lagi.. K bye...

Wednesday, 4 April 2012

Malas

aku malas....
Malas nak bangun..
Malas nak stady...
Malas nak makan(dah 2 pinggan nasi)
Malas nak mandi(last mandi pagi tadi,ehh dah tengahari la tadi)
Malas nak itu dan ini...
K bye...

Tuesday, 3 April 2012

Hiiiii.....

Suka sangat gaduh..suka bertekak..suka merajuk..suka itu, suka ini..Sebab??SIMPLE ja...aku keras kepala, degil, tak dengar cakap, tak makan nasihat, tak mau mengaku salah, tak mahu bertolak ansur... So, tu lah puncanya.. Tapi gaduh la banyak mana pun, nanti akan ada orang cakap.. "sayang, dah la tu.. Janganla marahkan saya lagi.. Sorry ea"..Yeayyyyyyy..aku menang walaupun aku lah yang suka buat masalah..Thanks sebab bagi such a consideration and beralah dengan saya..heeee.... And ha lagi satu, gaduh la macam mana pun, lama mana pun, bila dah jumpa terus lupa semua tu, macam isu tu tak pernah dibangkitkan pon.. Baik dengan serta mertanya..Tak perlu cakap even hai dah okey... Normal macam kebiasaan.. Kuasa jumpa memang hebat lah.. Lupa semua marah and merajuk... So, kena jumpa hari- hari lah kan, mesti tak gaduh..Opsss, dah terlebih mengada pulak nak jumpa hari- hari...hee.. K bye...

Saturday, 31 March 2012

Dia ada

Tak pernah sekali aku persoalkan, dan sampai mati akan aku terus kekalkan kepercayaan, "tak sempurna Iman seseorang sekiranya tidak redha dengan takdirNya, baik mahupun buruk"...

Maaf kalau aku tidak bersyukur, maaf kalau aku tidak redha.. Maaf kalau aku tak kuat, maaf kalau suatu hari aku terpaksa merungut yang aku dah penat...

Dah mencuba untuk mengubah keadaan, dah berusaha untuk balik macam dulu.. Tapi masih sama dan bertambah teruk.. Tuhanku Yang Satu, hidup dan matiku ada disisiMu.. Walaupun penat dan kadang- kadang letih, walaupun mulut xpernah sekali ucapkan perkataan tu, hati ni kadang- kadang penat dan menyoal... Why me?? Do You love me that much... Aku percaya.. Ya.. Tuhan tak menguji jika kita tak mampu hadapi... Tiap kesusahan ada jalannya, jangan berputus asa untuk mencapai redanya...

Aky yakin Dia ada.. Walau satu dunia menentang, Dia tetap ada...

Saturday, 24 March 2012

Place called heaven

Malam yang indah dekat luar rumah...

 Ulangtahun perkahwinan mak ayah

Adik lelaki yang telah aku perempuankan..





Waaaaaa....tetiba homesick... Nak balik rumah..ehh, asal tetiba aku jadi pompuan ni.tak pernah2 homesick..haizzzz...keperempuanan terbukti jugak akhirnya.. Homesick tetap homesick..

Shut Down

Jangan sampai aku mengisytiharkan perang!!!!
Aku tahu aku ada buat salah, aku ada merungut dan aku jugak ada cita- cita untuk menggantikan hang dengan yang baru.. Tapi tak bermakna aku dah tak sayang.. Dah lama kita bersama, hang la saksi- saksi segala benda jahat yang aku dah buat, benda buruk yang aku dah cetuskan.. Macam mana aku nak pinggirkan hang.. Dulu pernah ja aku hidup dalam kerisauan bila antivirus hang habis, setahun jugak aku ternak virus dengan hang dekat Merbok... Risau one day hang akan mati macam tu ja.. Bersusah payah aku buang masa pergi jumpa mamat xhensem dekat bangunan hijau A.S tu semata- mata nak dapatkan rawatan hang..
Now, hang buat perangai tak mau shut down plak..Aku tau hang sayang aku sampai tak mau pisah dengan aku, tapi tolongla.. Aku tak ada masa nak pujuk hang untuk shutdown.. Pless.. Do shut down..

Friday, 23 March 2012

Untuk Adik

Akak rindu adik..waa.. Rindu nak gaduh, rindu nak gurau-gurau..Rindu nak marah- marah.. Rindu nak dipujuk... Rindu nak makan sama- sama.. lepak depan tv wacthing movie.. Rindu nak jalan- jalan..rindu nak usik adik bila adik malu nak beli seluar dalam dekat super market and rindu nak dengar "Woehh pompuan, xmalu ka?? orang tengok la gila"huhu.. Rindu nak sambung nyayian adik bila adik balik dari sekolah and sikat rambut depan cermin..
Rindu nak ajar adik masak dekat dapur.. Rindu nak buli.. Rindu kita baca quran sama- sama dekat atas sejadah.. Rindu bila adik tegur akak buat silap, rindu bila adik cakap "memang aku nak bagi hang sakit pun","kak, tolong buat kerja sekolah sikit"..Rindu nak dengar adik merungut"Pak rahman ni gila la kak, sumpah tak tahan.. Ada patut dia suruh copy satu buku text sejarah.. Gila apa"...
 Rindu nak dengar "kak, ada hadiah dekat belakang aku.. Pak Rahman bagi", bila tengok belakang ada kesan kena rotan..hahaha..padan muka, malas sangat.. Tapi sekarang adik dah rajin, balik sekolah ja ngadap buku, dah jarang melepak... Wish you best for SPM.. semoga kita punya perancangan untuk projek penanaman dan penternakan lembu dan kambing menjadi..heeee.. Semoga kita baik sampai bila- bila...

Be strong, I' m always your sister and you will remain my baby brother..

 Untuk adik.. aku sayang ang la gila... Terus jadi adik yang baik.. Anak yang soleh..


Sayang adik:)

Wednesday, 21 March 2012

Kemaafan

Kadang- kadang kita sedia memaafkan seseorang atas kesilapan yang dilakukan, mengharapkan dia akan memaafkan  kita andai kita melakukan kesilapan yang sama..
Kadang- kadang kita cuba untuk melupakan dan menganggap ianya tak pernah terjadi..

Tapi, tak semua yang kita harapkan akan terjadi.. Tak semestinya dia akan memaafkan kita.. Bila difikir balik, mungkin kemaafan yang pernah diberikan dulu bukanlah kemaafan yang ikhlas dari hati, mungkin sekadar tidak mahu ada hati yang akan disakiti..

So, cannot put the blame on people, must take a look at you first. You are the reason why this is happening.. Ikhlaskan hati, maafkan sepenuh hati.. Pasti ianya akan berbalik kepada kita.. Not today, maybe one fine day... Not the question if, but when..

Tuesday, 20 March 2012

Art of the Designer

Jangan siapa cuba menafikan realiti...

1)Seorang lelaki/perempuan akan cakap "kecantikan tu macam sampah ja, tak penting. Yang penting hati", lebih spesifik dalam isu boypren girlpren ni la.. Bila tengok balik orang yang cakap macam tu, partner dia cun gila, hensem nak mampos, memang tak dak hal la dia nak cakap muka tu sampah ka, sampingan ka, hapa ka.. Dah dapat yang lawa, nak cakap macam tu memang tak ada effect lah.. So, yang partner ni pon dok berlagak hebat lah yang diri disayangi seadanya, bukan sebab kecantikan dan kehenseman yang ada dekat muka. Tapi, disebabkan kesucian hati dan keikhlasan menyintai sepenuh hati.. Plessla, sebenarnya.... muka tu ja yang jadi elemen penting untuk disukai.. Kalau muka xlawa, harapanla orang nak.. Manusia sekarang suka memilih.. So, lain kali  jangan mudah percaya bila orang cakap cinta kerana hati dan budi tambah- tambah bila diri tu agak- agak cun and hot lah.. Dia nak tumpang populariti ja tu...

2) Seorang lelaki/perempuan akan cakap"beauty lies on the eyes of the beholder",  blahla.... orang akan cakap macam ni bila dia punya partner xcun.. Sedaya upaya dia hafal falsafah tah apa- apa ni tok yakinkan partner yang sesungguhnya dimataku kau lah terindah, tercantik, tersempurna... In FACT dia terpaksa cakap macam tu sebab taknak putus, maklomlah empunya diri pun tak hot.. Tak pasal- pasal menyendiri hidup nanti.

3) Next, tak dapat nak ditidakkan lah, kadang- kadang seseorang yang tidak cantik parasnya, tapi tinggi budi bahasanya akan dijodohkan dengan someone yang cun sangat- sangat.. Adilkan takdir dan jodoh.. Sama- sama dapat merasa kecantikan dan kelebihan budi, riak dapat dikurangkan, rendah diri akan ditingkatkan.. Saling melengkapi.. So sweet..

4) Yang pasti, kecantikan tu bukanlah lies on the eyes of the beholder but lies on the art of the Designer, The Greatest One.. Masing- masing dilengkapkan dengan keistimewaan yang tersendiri. Does not a matter if we are not beautiful as long as there are people look at us as the best, the most beautiful and the great one.

Monday, 19 March 2012

Tetiba terindu saat berdiri tengah hujan, depan Public bank sambil buat ikrar kasih sayang ditemani lagu yang tak diketahui tajuknya dengan suara yang xberapa sedap tok orang lain..heee... tapi paling yummy untuk telinga aku dengar...

Lalala.... blalala... glupp.. glupp.. errrrr... apakah??.. Apa- apa jelah.. Heeee

Sunday, 18 March 2012

Ini Gila

Bajet lari gila...dalam buat akaun "World Revolves Around Money" baru aku sedar yang aku dah spent lebih dari bajet.. kira punya kira, not aku semakin hilang tinggal kepingan- kepingan yang tak berapa tinggi nilainya..Buat aku ternganga and termangu depan kalkulator.. Aku ingatkan dah berjimat habis rupanya aku dah boros habis- habisan...

Sekarang aku nak iktirafkan diri sebagai "bankrupt"... Totally bankrupt..  Dari miskin menjadi bertambah miskin..Inilah manusia, tak sedar diri tak ada duit tapi berbelanja macam anak orang kaya.. Nah, rasakan penangan hidup dalam kemiskinan.. Mujur belum sampai tahap berhutang keliling pinggang lagi, but it does not a matter, even AS  berhutang berbilion- bilion still boleh bergerak maju, inikan aku.. Mesti boleh punya..hoitik3..

Lepas ni, aku tak nak makan dah, kalau nak makan pun maybe roti kering bertemankan air masak..Tiap- tiap hari ikat perut and jerut leher jelah.. Cuba belajar hidup susah macam remaja- remaja dekat Palestin tu.. ehhh..apa kena mengenala dengan budak- budak Palestin, ini Malaysia bukan Palestin. Fatin..Fatin..

End of merapu- rapu...
Mak, jangan lupakan anak mak ni, even mak dah ada Nurin Adriana, I'm still your Fatin Nadhira.. Hulur- hulur la sikit.. harap- harap mak baca entry ni...

Adios...

Saturday, 17 March 2012

Klon Dajjal

Seperti yang sedia maklom lah.. Perkara yang paling dirisaukan tentang Dajjal, bukanlah kepandaian dia bermain sihir, tak pun kelebihan dia memujuk dan menggoda seluruh umat Islam.. Tetapi ianya adalah kehebatannya dalam menfitnah. Fitnah dajjal ni boleh meruntuhkan kepercayaan seseorang Muslim terhadap tuhannya dan keyakinan umat terhadap rasulnya.. Fitnah ini yang akan merosakkan akidah seseorang..

Berdasarkan apa yang aku baca, keruntuhan sesuatu benda, kegemilangan, hatta sebuah kerajaan dan empayar yang besar pun ianya  bukanlah disebabkan kehebatan fizikal mahupun teknologi semata- mata, sebaliknya disebabkan oleh kepandaian bermain teori dan memutar belit realiti..

Dunia hari ini sudah terlalu banyak manusia yang memainkan watak seperti si dajjal ni, sampai tak terkira dengan jari jemari yang ada, aku rasa kalau gunakan kalkulator pun mesti undefine, sebab terlampau banyak sangat. Apa yang aku nak sampaikan dekat sini, "Dajjal belum muncul, klonnya dah membiak dengan suburnya dimuka bumi tuhan ni".

Saranan aku kepada semua yang terlibat dalam jenayah menfitnah ni, cukup- cukuplah menyesakkan muka bumi ni dengan Dajjal. Bumi ni dah terlalu nazak untuk menumpangkan manusia- manusia seperti kalian.

Kepada yang menjadi mangsa fitnah, berhentilah membersihkan nama anda dari fitnah yang dilemparkan sebaliknya bangun mencari kelemahan dan kekurangan pemfitnah sebagai alat dan senjata utama untuk menumbangkannya..

Fitnah pemusnah..

Tuesday, 13 March 2012

Sakit tak semestinya mati

Sakit tak semestinya mati,
Sihat tak semestinya hidup...
Andai suatu hari nanti aku tiada, aku harap tiada siapa yang menyedarinya..
Kerana aku yakin,dihati dan diminda aku tetap ada...
Cuba untuk dapatkan,
Sayang untuk melepaskan,
Yakin akan memiliki,
Pasti suatu hari nanti...

Selagi aku ada,
Akan tiada airmata,
Bukan janji kekasih,
Tapi sumpah setia..




Wednesday, 25 January 2012

Terkandang bawah kebangsatan

Melayu terkandang bawah kebangsatan..
Terbangsat dibumi sendiri,
Mengemis dikaki para hipokrasi,
Menuntut janji manis yang tidak diimplementasi.
Kenapa? Mengapa? Bagaimana?!!!

Ianya adalah kerana kebodohan membabi buta mempercayai tiap kata-kata tanpa usul periksa.
Membenarkan diri diperkotak katikkan demi kepentingan peribadi, merelakan maruah bangsa diperjudi tanpa sebarang pembelaan.

Terpedaya dengan janji manis yang ditaburkan, tertipu apabila musuh melaungkan Islam. Lupakah kita pada kerisauan junjungan agung Muhammad, akan ada diakhir zaman nanti suatu kaum yang diluarnya berserban, bertudung litup, beragama, berpewatakan mulia,tulus kata- katanya tetapi kosong dihati, kelam dijiwa dan bertelanjangan didalam. Semuanya talam dua muka, mempergunakan agama untuk penuhkan gelodak nafsu semata-mata. 

Mengapa kita Melayu telah menutup rapat mata untuk menilai dan memilih.. Islam bukan kata- kata pujangga yang boleh dilaungkan sesuka hati kita. Islam adalah agama mulia yang perlu dipelihara, bukan diperguna!!!!!..Kalau bukan kita yang menjaga, siapa lagi pembelanya???

Bertelegah walaupun sebangsa, bermusuhan walaupun seagama!!!! Realiti Melayu pada hari ini.

Perlukah kita sebagai Melayu mendirikan tembok pemisah yang akan menjahanamkan kita sendiri?.

 Perlukah kita memberi ruang kepada si hipokrasi bersorak riang meraih kemenangan?


Mengapa kita tidak bersatu memecahkan tiap dinding pemisah agar Melayu tidak akan terbangsat ditanah air sendiri, terkandang dibawah belaan barua- barua Melayu .

Add mathe

Entry kali ini lebih kepada bentuk pembelaan diri. Hasil daripada cetusan rasa Hantu Malaya yang meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap Matematik Tambahan sejak di Tingkatan 4 dan 5. Aku merangkap rakan seperjuangannya dalam melaksanakan agenda yang tak bertauliah turut terkesan apabila menjadi salah seorang pelajar yang diperhatikan.

‘Fatin dengan Nabila tu bukannya tak pandai, tapi malas’..glupp2.. aku akui kebernasan kata-kata cikgu add math. hee..

Sebenarnya cikgu, perkataan malas tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya dan Nabila. Cuma ada perkataan cinta yang telah dicurahkan kepada Bahasa Malaysia, memandangkan kami pemidato tak bernama yang emosi ketika meluahkan rasa.

Perasaan itu juga turut dikongsi bersama Sejarah sebab kami pencinta Bangsa Melayu dan Sejarah. Pasai apa?.Ianya sebab kami tidak mahu jadi seperti Mat Sabu yang buta sejarah kurang ilmu.

Bahasa Inggeris turut menggoda hati memandangkan kami amat menyukai subjek yang perlu mengarang surat-surat cinta dalam bentuk essay yang penuh keshahduan.

Setelah dianalisis, ternyata tiada cinta untuk add math. Hanya sekadar rasa ingin tahu dan belajar bukan mendalami.
‘Cikgu’.. kalau boleh saya nak betulkan pandangan cikgu. Bukan  cikgu add math ja, tapi kepada semua cikgu- cikgu yang mengajar saya dan Nabila.

-          Kami tak nakal, kami tak malas, kami juga tak jahat.

-          Kami terpaksa mengafal isi- isi debat sehingga tak tidur malam semata-mata ingin bagi kejayaan dekat sekolah.
-          Berhempas pulas buat skrip forum untuk mengharumkan nama sekolah. Membaca itu ini untuk menjawab itu ini. Kami sibuk cikgu, bukan malas.
-          
 Almaklumlah, salah kerajaan Malaysia jugak. Buat syarat menakutkan gila. Tak aktif koko tak boleh masuk u. Disebabkan kebendulan, kami buta-buta ja ikut. Habis semua aktiviti koko kami sapu, tak tinggal satu pun. Tapi Alhamdulillah, melangkah jugak pintu u tu ha.

Cikgu, kami dah merancang masa depan sejak ditingkatan 3 lagi. Kami tak perlu pandai, cukuplah bijak. Bijak disini adalah, kami hanya menumpukan perhatian kepada matapelajaran yang membolehkan kami mendapat tempat dalam bidang yang kami harapkan. Alhamdulillah, saya dapat. Nabila pulak ternyata tak boleh berpisah dengan add math, dia masih setia meneruskan legasi cikgu. 

Saya tak dilahirkan untuk math cikgu, semua cikgu hanya sebut benda ini.. doktor..doktor..doktor.. belajar math, pro bio, hebat fizik, master kimia.waahh.. perfect.. hebat sangat ker doktor. Cikgu bayangkan saya jadi doktor, pakai baju putih, sangkut tah apa benda dekat leher, buatnya terjerut cikgu.. Mati saya cikgu.. Dah tu Nabila pulak, dia dah la pendek, jubah doktor tu labuh, kalau dia pakai meleret atas lantai, macam hantu cikgu. Patotlah orang cakap hospital banyak hantu, rupanya banyak doktor2 pendek yang pakai baju meleret atas lantai malam2.. Memang tak sesuai cikgu.

 Tapi saya akui, add math banyak membantu. Tanpa add math susah jugak nak isi upu. Add math ni macam syarat wajib la jugak. Saya akan terus rindu add math dan Nabila akan terus guna add math. Dia dah terror math cikgu, dulu tak suka sekarang dah sayang. Mungkin jodoh dia dengan cikgu. Kami mintak maaf cikgu.. Kami sayang cikgu.. Terima kasih cikgu.. Jasamu dikenang..