Thursday, 6 December 2012

STRESS

Pertama kali aku menjawab soalan dengan keadaan ingin bermaki- makian kepada masa yang dikatakan emas itu. Soalan tersebut bertajuk stress.. Beberapa helaian perlu dibaca dan difahami, memang stress.. Bila ternampak baca ja soalan tu, terus aku membayangkan minggu aku yang stress.. Iaitu minggu ini.. Bermula dari awal minggu pada 3 12 2012..

3 12 2012/ISNIN- beberapa perkara yang tidak diingini tercetus dan memang stress tetapi berjaya di handle dengan menggunakan khidmat akal.

4 12 2012/SELASA- Memang stress. Pergi ke kelas dan dengar dr. bebel bebel.. okey, that it..aku tidor ja.. then balik.. Ha, lupa pulak.. Ayah pesan..Fatin, jangn simpan cash dalam dompet. Ambil yg perlu shja. Kalau tak nanti hilang tak pun habis.memang pon, dalam seminggu lepas rm 000.00 dikeluakan dan licin. Nak try apply lah nasihat ayah, tak keluarkan duit lansung. Dalam minggu ni cuba hidup tanpa duit, dan ha..boleh hidup..memang boleh..tapi azab gila.. Pukul 2 petang, nak pergi perpustakaan naik bas..sorang2.. alamak, tak ada duit ni.. Tapi aku tetap akan pergi libry no matter what.. Nak g atm, no..tak boleh.. So, macam orang gila mengutip duit2 syiling dalam toilet, washing machine and baldi.. Kenapa dlam tempat2 ni ea?? Aku tak dpat jawab sebab setiap kali aku mandi, basuh baju ataupun letak baju dlam baldi akan adalah duit syiling.. Dan aku tahu duit itu dari aku.. Tetonggek2 belakang almari mencari duit2 syiling.. Ya, cukup untuk pergi tapi  bukan untuk balik.. Aku tetap akan pergi dan sampai.. Mujurlah hidup berkawan, pergi lbry ada kawan dekt sana and dia ajak balik sekali... Yeay..boleh balik..yehaa..

5 12 2012/ RABU- bermati- matian hari selasa aku buat kerja untuk consti, aku akui itu adalah kerja terbaik aku pernah buat walaupun tak.. No matter what aku akan hantar dekt madam.. Bangun pagi air pulak tak ada.. Tak pergi kelas..Perhhhh..ponteng 2 kelas pagi rabu.. Dan tak hantar pun kerja tu.. Petang ada kelas pukul 4, sekali lagi perlu mencari wang..waaaa..mujur ada beg simpanan, rupanya banyak syiling dalam tu..heaven!!!! Pergi tunggu bas, sejam baru sampai..aigooo..ada test tau tak, terlambat dah ni.. Masuk kelas prof pandang pelik.. Aku duduk diam ja.. "Fatin mana ea?" Aku hairan.. aku ada depan dia kot.. Aku pun angkat la tangan.. "Lah, apa dah jadi dengan muka kamu ni, saya dah tak kenal"..tersengih2 dia.. "Saya pakai selendang madam, selalu tudung".. Okey, minggu ni aku berselendang sebab aku stress..Bila ada selendang, hidup aku simple..belit2 dah siap.. Then lepas kelas pergi menghambakan diri kepada library.. Pukul 12.30 malam sampai rumah dan air masih tak ada.... So, pergi kumpul air.. Penatnya...

6 12 2012 iaitu semalam- Bangun pagi2 buta terpaksa minta kawan bayar balik bayaran yang aku dahulukan untuk makan minggu lepas.. Yehaaa..ada rm 12 ringgit dalam tangan.. Macam biasa naik bas pergi unit kesihatan pulak.. Haiz..tyme2 nila nak sakit.. Dah setle semua balik, dapat mc and tak pergi kelas untuk presentation.. Alhamdulillah, tuhan sentiasa memakbulkan doa orang2 tertindas, presentation dikancelkan dan diganti minggu depan . Terima kasih tuhan.. Sehari aku tak makan, dan aku sorang2 dirumah..Kawan2 g library, aku tak sebab dapat mc for internal bleding.. Seharian mengusha buku sorang- sorang.. Dan, bila sorang2 aku akan usha2 page orang, twter orang dan ummmmm...ummmmm..takmau cakap.. adoiiiyyyy..dah pukul 8 malam dan aku sudah mula lapar teramat.. Mahu atau tidak aku berjalan sorang2 pergi hakim dan beli makanan.. Memang lapar gila, 24 jam tak makan, mana boleh..mjur duit rm12 tu ada.. heee.. Tiba- tiba ada seorang abang yang tidak dikenali memberhentikan motosikalnya.." kenapa jalan sorang-sorang. Bahaya" garu kepala dan mampu tersenyum.. teruskan langkah, beli makanan dan balik rumah.. Stady untuk final Bel hari jumaat..

Dan hari ini- aku berhadapan dengan soalan bel yang stress... Dan, tak mau hidup tanpa duit lagi.. Dah belajar, memang susah..kesiannya  pada mereka yang memang tak punya wang... Salah kalau menuduh mereka malas tak berusaha..tengok aku, rajin ja, tapi tak ada jugak duit.. Selamat bertemu kembali atm, kita bercinta lagi ea..

Alamak, aku dah tak cukup masa.. Dok sibuk kenang peristiwa seminggu.. sampai dah kehabisan emas.. Tidak!!!!! Bel.. I want an A for Bel.. Please...

No comments:

Post a Comment