"Israel laknatullah"
"Shit Israel"
AND MANY MORE!!!!
Bertenang jangan gelabah dulu.. Peristiwa diatas bukan baru berlaku semalam, tapi sudah bertahun- tahun lamanya.. Kalian menggelabah, mengutuk tindakan Israel juga sudah berkurun, berzaman.. Hasilnya apa? semakin bertambah mengganas dan menjadi- jadi adalah, tidak sedikit pun berkurangan.. Pelbagai perbincangan diatur, (demon)strasi dipertunjukkan, hasilnya apa?? terbina balik kah tembok Palestin? bernyawa balik kah saudara seIslam kita yang sudah terbunuh disana?? Tertampal balikkah maruah saudara Islam kita yang terkoyak dan tercarik?? Tidak bukan.. Sebaliknya kita menunjukkan kebodohan kita dengan menentang secara lembut, diam, pasif dan lansung tidak mendatangkan sebarang perubahan. Kita hanya mampu bersuara di facebook, mengiklankan di surat khabar, mempertontonkan di TV, usaha sama mengutuk kekejaman Israel antara negara- negara Islam, hasil usaha pemimpin- pemimpin Islam yang tidak cukup bijak, dan yang sekadar berlakon menunjukkan simpati. hasilnya?? KOSONG...
Mari sini kawan- kawan, aku ingin tunjukkan cara untuk bertenang..
Sebelum riwayat dunia ini sampai kepenghujungnya, mahu atau tidak ia terpaksa menanggung kekejaman manusia.. Ianya akan menjadi porak peranda, Islam akan menjadi mangsa.. Ini yang telah dikhabarkan kepada aku dan aku percaya.. Dunia ini akan musnah dengan kekejaman sebelum datangnya Iman Mahdi dan Nabi Isa untuk memusnahkan dan menghancurkan tentera Dajjal(Israel).. Jadi, kenapa perlu kalian melakukan tindakan bodoh, cara bodoh untuk menghentikan setiap kekejaman ini.. Kalian cuma perlu berdoa dan berdoa dan terus menanti kedatangan penyelamat Islam kita, bukan terusan mengutuk dan menghina Israel yang sememangnya sudah ditakdirkan Tuhan untuk menjadi pemusnah..
Dunia ini sudah tiba dipenghujungnya, usaha kalian tidak akan membuahkan apa- apa, sebaliknya kalian secara tidak langsung memberi ransangan positif kepada mereka untuk terus melakukan kekejaman. Ego mereka sebagai bangsa termulia akan menjadi bertambah hebat , nafsu untuk memusnahkan Islam bertambah kuat.. Ya, kita perlu menghulurkan bantuan, pertolongan agar tidak disoal satu hari nanti, apakah pengorbanan kita dalam membantu saudara Islam yang ditindas?. Tapi percayalah, doa anda sudah cukup untuk menjawab semua persoalan ini, Tuhan tidak akan berlaku tidak adil apabila Dia sendiri sudah tetapkan perjalanan dunia ini.
Dia tahu kita tidak mampu tanpa pertolongan Imam Mahdi yang Dia telah janjikan...
No comments:
Post a Comment