Wednesday, 25 January 2012

Terkandang bawah kebangsatan

Melayu terkandang bawah kebangsatan..
Terbangsat dibumi sendiri,
Mengemis dikaki para hipokrasi,
Menuntut janji manis yang tidak diimplementasi.
Kenapa? Mengapa? Bagaimana?!!!

Ianya adalah kerana kebodohan membabi buta mempercayai tiap kata-kata tanpa usul periksa.
Membenarkan diri diperkotak katikkan demi kepentingan peribadi, merelakan maruah bangsa diperjudi tanpa sebarang pembelaan.

Terpedaya dengan janji manis yang ditaburkan, tertipu apabila musuh melaungkan Islam. Lupakah kita pada kerisauan junjungan agung Muhammad, akan ada diakhir zaman nanti suatu kaum yang diluarnya berserban, bertudung litup, beragama, berpewatakan mulia,tulus kata- katanya tetapi kosong dihati, kelam dijiwa dan bertelanjangan didalam. Semuanya talam dua muka, mempergunakan agama untuk penuhkan gelodak nafsu semata-mata. 

Mengapa kita Melayu telah menutup rapat mata untuk menilai dan memilih.. Islam bukan kata- kata pujangga yang boleh dilaungkan sesuka hati kita. Islam adalah agama mulia yang perlu dipelihara, bukan diperguna!!!!!..Kalau bukan kita yang menjaga, siapa lagi pembelanya???

Bertelegah walaupun sebangsa, bermusuhan walaupun seagama!!!! Realiti Melayu pada hari ini.

Perlukah kita sebagai Melayu mendirikan tembok pemisah yang akan menjahanamkan kita sendiri?.

 Perlukah kita memberi ruang kepada si hipokrasi bersorak riang meraih kemenangan?


Mengapa kita tidak bersatu memecahkan tiap dinding pemisah agar Melayu tidak akan terbangsat ditanah air sendiri, terkandang dibawah belaan barua- barua Melayu .

No comments:

Post a Comment