Sebelum ada yang membaca, biarlah aku kongsi satu rahsia...
Aku suka menulis, tapi aku tak gelarnya menulis sebaliknya 'menconteng'.. Dah lama aku menconteng, banyak jugak cerita- cerita, cerpen- cerpen yang dah aku hasilkan. Dari kecik aku dipaksa memasuki pertandingan menconteng dan banyak jugak yang dah aku sapu sebagai johan, paling tidak pun naib, tapi xpenah naib lagi.. Bukan atas kerelaan, tapi paksaan kerana aku suka menconteng tapi tidak suka orang membacanya. Jadi emak, cikgu-cikgu yang menginduce aku untuk menconteng. Aku malu.Bila aku tahu ada ja yang membaca apa yang telah aku contengkan, nah!!! maka itulah kali terakhir aku membacanya, untuk membaca selepas dibaca, tidak sama sekali. Jadinya, aku akan padam semua yang aku conteng selepas puas membaca, paling tidak aku bakar buku- buku kosong yang menjadi mangsa contengan aku.. contengan yang menjadi pilihan aku adalah anjing!!! dimana aku berjaya menggondol 3 anugerah juara pada hari yang sama..
Sekarang, aku juga menconteng, tapi aku menconteng untuk dibaca.. maknanya, ada orang akan baca apa yang aku dah tulis. Mula- mulanya aku tak pernah terfikir untuk menconteng ketahap yang lebih serius tapi sudah terlibat secara tidak lansung kerana alasan- alasan tertentu yang sangat munasabah.. Pada mulanya, niat ingin mengembirakan hati seseorang yang kehilangan pendrive, tapi setelah berjaya membuat hatinya senang, aku pulak dah jatuh hati dengan bidang menconteng- conteng.. Jadinya sekarang, aku sudah menjadi penconteng yang sudah hampir sampai ketahap kematangan hasil induce'san Encik Aziz Harun..
Apa yang aku perlu buat sekarang adalah, tenang apabila hasil contenganku dibaca oleh orang lain, apa salah berkongsi sesuatu dengan semua, sekurang-kurangnya aku dapat sesuatu, mereka juga dapat sesuatu..
Jadi itu aku..
No comments:
Post a Comment