Wednesday, 26 September 2012

anak haram

Assalamualaikum.. Hari ni nak mengarut pasal debat anak haram antara aku dengan seorang kawan yang bukanlah alim, tapi seseorang yang hidup berlandaskan syariat la.. Dan aku seorang perempuan yang hanya menggunakan logik akal dalam debat ni.. aku tak pandai nak menggunakan ayat- ayat Allah, takut jugak silap..

Fakta kes yang dikeluarkan:
 1)halal seorang lelaki mengahwini anak perempuannya hasil penzinaan dia dan ibu anak tersebut kerana tiada hubungan yang halal dan sah. Anak itu bukan anak kepada lelaki tersebut kerana mereka tidak berkahwin.

2)Itu adalah salah satu hukuman kepada orang yang berzina, nak atau tak memang itu yang telah dipersetujui


Entah apa-apa ayat mengarut yang aku keluarkan:
1) Makan dari hasil yang haram tak menjadikan makanan itu halal.. Makan itu baik, tapi apabila dari hasil yang haram, perbuatan itu tetap haram. Menikahi benih sendiri tiada yang halalnya, walaupun nikah itu baik.

2)Allah menjatuhkan hukum kepada mereka yang bersalah, ini hukum Allah. Tapi apabila kalian menyatakan seorang anak boleh menikahi bapaknya, tidakkah kalian tahu, kalian sudah menjatuhkan hukuman kepada anak tersebut. Sebagai seorang anak dan seorang perempuan, ianya merupakan satu penghinaan. Jadi hukum Allah sudah tak berjalan, anak yang tak bersalah itu yang menanggung malu dan menerima hukuman.

3) Soalan saya terhadap anda, bolehkan seorang lelaki mengahwini anak tirinya? anda menjawab, boleh sekiranya ibu dan lelaki tersebut masih belum bersetubuh.. Tanpa pengetahuan agama yang banyak saya menyatakan.. Maknanya disini, bukan pernikahan yang mengharamkan seorang lelaki menikahi anak tirinya tapi PERSETUBUHAN!!!. dalam kes anak haram ni, lelaki tersebut bukan sahaja dah bersetubuh, berzina dan apa- apa istilah lagi, malah dia sudah menghasilkan anak tersebut. Dimana lagi datang istilah halalnya?.. tolong jawab... Jawapan anda mudah, jangan samakan situasi ini dengan situasi yang lain. Sebagai Islam inilah yang telah ditentukan. Dan mudah saya menjawab.. Yang berzina itu belum murtad, maka hukum ALLAH itu perlu berjalan. Dan, Allah tak menghukum orang yang tak bersalah. Saya bercakap untuk anak haram..... Kamu orang yang beragama jangan menghukum sesuka hati..

No comments:

Post a Comment