“Kenapa U nak kahwin lain??.apa tak cukup cantik lagi ke I ni??.U nak I belajar masak,I dah terror memasak.U nak I jaga makan minum U,pon I dah master.U nak I layan you 27 hours per day,I dah PHD..U nak I lahirkan anak untuk U,I dah...bukan anak lagi,anak-anak yang I lahirkan,berderet-deret.dah macam gerabak kereta api,betapa banyaknya I lahirkan anak-anak untuk U..”begitulah situasi yang selalu terjadi...Si isteri dengan bangganya list balik semua jasa-jasa mereka.Bukan nak mengungkit..Tapi untuk mengingatkan sang Suami yang sering and selalu terlupa,kadang-kadang sengaja buat -buat lupa akan jasa dan pengorbanan Si Isteri...ishh..no wonder lelaki cepat mati dan jadi elzheimer...pelupa!!..
“I tahu semua tu..I bukan apa..I nak berjihad..I nak ikut sunnah Nabi kita..Muhammad S.A.W..”..wah..wah..wahh..apabila lelaki ingin berjihad isteri mana tidak menyokong..Semua isteri pasti bagi sokongan dari belakang.Tambah-tambah bila dikatakan mengikut sunnah nabi..Alhamdulillah,alangkah indahnya dunia ini jika semua sunnah nabi junjungan kita diikuti...
Si isteri mulai kendur apabila alasan yang agak kukuh dibentangkan oleh Sang Suami yang tercinta untuk dibantah dan dibahaskan agak tak berani apabila sunnah dibangkitkan..Air mata yang tadi ditahan,tertumpah jugak..dan dikesat sendiri..pandai menangis,pandai-pandaila kesat sendiri...
‘heehh,jangan menangis,rugi airmata ja..bangun wanita..Airmata kita tak semurah tu,Kita bukan dijadikan untuk bersedih dan menangis..bangun!!!!!”..Si isteri memujuk diri sendiri,seperti selalu,memang perempuan yang akan memujuk diri sendiri,nak harapkan lelaki,umpama mimpi didalam mimpi....
“U ikut sunnah nabi kan??mangsa perang mana yang u nak kahwini tu?..janda teraniaya mana yang U nak bela maruah dia?...tak pun anak yatim mana yang U nak pelihara tu??...I nak tau...
“errrr....Errrrrr....”Si Suami mula gugup...
“Siapa??!!!!!”kelembutan Si Isteri mulai pudar..dan jangan salahkan isteri,kalu kasih sayang anda boleh pudar,isteri jugak punya perasaan dan rasa marah yang tidak boleh dibendung..
“Bukan janda,bukan jugak mangsa perang tapi.....I baru jumpa dia..Tu pun kenal macam-macam tu ja,tetiba I rasa I sukakan dia..Dia pun wanita ada hati dan perasaan,U kenala faham dia..U kan baik,penyayang dan memahami.U paling istimewa pernah I jumpa.Kasih sayang I untuk U tak pernah pudar dan tak kan berubah sayang...”madah Sang Suami yang dijangka akan melembutkan hati Si Isteri..Setelah sekian lama,tahu jugak dia memuji Si Isteri dan menjunjung Si Isteri yang dah dipandang sebelah mata tu..
“Tapi apa salah I,I korbankan semuanya untuk U.Masa I,hidup I,Masa muda I.semata-mata untuk jadi isteri U,ibu kepada anak-anak U,nenek kepada cucu-cucu U,moyang kepada cicit-cicit U..mana janji U yang dulu-dulu.Sebelum kahwin I la yang pertama tiada akhirnya,habis semua lirik lagu U copy and paste bagi dekat I,semua skrip movie U hafal untuk I,tak cukup dengan tu,bunga-bunga yang jabatan kesejahteraan Bandar tanam tu U kutip bagi dekat I..semua tu alasan untuk dapatkan I ja kan..”..Sejarah lama dikenang kembali untuk Sang Suami mengimbau betapa indahnya saat bercinta dulu..
“U..I buat macam ni sebab I nak ikut sunnah nabi.I nak U bahgia dekat sana.U tahu kan,U akan diberi payung emas disana,betapa untungnya U.U akan jadi bidadari I,kita akan bahgia sayang.”..Huh,skrip movie yang menjadi pilihan sang lelaki...
“Sunnah nabi kepala hotak U..X cukup dengan sunnah Nabi,ayat Al-Quran pun U nak guna,nak angkat.ooo.tahu sunnah nabi..Kalau dah ikut sunnah nabi,U tunggula I mampos dulu,Nabi tak pernah duakan Khadijah sepanjang hayat Khadijah iaitu isteri pertama Nabi..I ni x mati lagi,sihat lagi,U dah nak kahwin lain..Sunnah Nabi mana U pakai ni..Payung emas??!!!payung avon pun U tak mampu nak beli untuk I ada hati U nak berangan bagi payung emas dekat syurga untuk I..I tak perlukan payung.I perlukan U yang berhujan dengan I,berpanas and bersusah dengan I..I tak nak payung!!!!Bidadari ,permaisuri,queen tah apa lagi..I tak nak,I nak jadi isteri U,the only one!!!!!”Titik...Si Isteri tetap dengan tekadnya..tak ada kompromi or negotiation lagi dah..Wanita,betapa kukuhnya pendirian anda akan cinta anda dan sering tidak dihargai..kesian..
Wahai kaum wanita,bangun pertahankan hak anda..Sunnah yang dijadikan dengan asas dan pelaksanaan yang betul jangan dibiarkan disalahgunakan.
HATI ANDA ADALAH SESUATU YANG BERHARGA!!.JANGAN BIARKAN MANUSIA BERNAMA LELAKI MENYAKITI HATI ANDA..buang jauh-jauh ayat steorotaip iaitu demi cinta lautan api rela aku renangi..
Nasihat ikhlas,kalau anda menghadapi situasi ini,balas dendam..Anda juga ada hak untuk mencari cinta sejati bukan cinta kongsi!!!...