Saturday, 23 July 2011

Dulu-dulu punya cerita

Warga 5SC1 dan jiran tradisi 5SC2 akan mengakhiri slot pembelajaran di makmal sains pada hari Selasa dan Khamis.Jadual yang disusun pihak sekolah dengan susah dan payah sememangnya menguntungkan 3 Gadis yang perasan Melayu iaitu Rusydatul Nabila,Nurul Husnnaa dan Fatin Nadhira.
Aku,Nabila,Hanina,Husnaa dan Hanis berada di meja hadapan sekali.Subjek Biologi sememangnya mengantuk dan melalikan..Lebih spesifik,subjek dibius cinta.Aku berada ditengah diapit oleh Hanina dan Nabila.Longman Biology Reference Book dibuka,kebosanan mula menghambat diri.
“jom p toilet,boring nih”..ajak Nabila..
“Mintak la dekat cikgu”.usul Fatin Nadhira
“Hang la,aku segan,nanti dia mengadu mak aku pulak cakap aku suka pergi toilet time dia mengajar”..
Fatin Nadhira bingkas bangun..
“Cikgu”..seruku.
“Ya Hanina.Kenapa??”..cikgu Rope tersilap orang lagi..
“Cikgu,ni Fatinla,Hanina dekat sebelah saya ni ha.”..aku membetulkan kesilpan Cikgu Rope.Sudah berkali dia melakukan kesilapan yang sama,keliru antara Fatin Nadhira dan Norhanina.
“Cikgu kompiusla kamu berdua.Muka sama”.Jujur Cikgu Rope lalu tertawa kecil.Aku hanya tersenyum memandangkan ini bukan kali pertama,bahkan ramai yang melakukan kesilapan yang serupa.Rakan-rakan dan guru-guru sering tersalah pandang antara aku dan Hanina.Puas juga aku menilik rupa kami,masih belum kutemui persamaannya sehingga hari ini.
Dengan izin Cikgu Rope a.k.a Ropiah aku dan Nabila meninggalkan kelas.Setelah puas menilik muka dicermin tandas sehingga menimbulkan keretakan-keretakan kecil di birai cermin kami mengundurkan diri dengan janji akan kembali semula keesokan harinya pada waktu yang sama.Maklumlah,toilet ni dah macam boyfriend..
Dalam perjalanan pulang,mata nakal aku dan Nabila tercapture beg bewarna kelabu gelap..siapa lagi kalau bukan Q..Kami saling berpandangan,lantas tersenyum penuh erti..
“Hang ambik”..arah Nabila..
“Tak mau,nanti Nampak,takut..”tuturku.
“Hish penakot”..bebel nabila lantas menyambar beg bewarna kelabu gelap yang disandarkan diluar makmal Fizik.Beg tersebut dihulurkan kepadaku..
Aku membuka stor simpanan paip bomba lantas menggantungkan beg tersebut didalamnya..Kami kembali menapak kedalam makmal Biologi.
“Fatin,Nabila.aku Nampak apa yang hampa buat”..Ujar Husnaa sambil melirikkan mata kecilnya..Kami tersenyum sumbing dan berlagak alim.Semasa meninggalkan makmal Biololgi,kelihatan Q sibuk mencari beg kesayangannya yang missing in action..
“Eeehhhh...tak balik lagi??”...laungku..memerli gayanya..
Q menggarukan kepalanya yang tidak gatal,bingung mungkin..
“Sapa pulak bawak lari beg aku ni?..ha..sudah”...rungut Q sambil bertanyakan kawan-kawannya.
Aku memandang Q sekilas,lantas mengenyitkan mata lalu melambaikan tangan kearahnya..Nabila ketaw besar..Kami meniggalkan Q mencari beg kelabu gelap miliknya..
Ini bukanlah kali pertama,pernah juga kami melarikan selipar milik Q ketika dia sedang khusyuk menunaikan solat disurau dan membiarkan dia berkaki ayam pulang ke asrama.Tragedi itu disaksikan penyelia petang..Kasihan juga melihat Q..Pernah juga kami menghantar surat cinta kepada Q dengan ayat-ayat jiwang dan menyembunyikan identiti sehingga sampai kepengetahuan cikgu Faezah,Madame Fariza dan Ustaz Mahmad..Sudah puas kami malukan dia,tidak pernah sekali kami mengaku itu semua adalah perbuatan kami,sehingga hari ini walaupun dia sudah tahu semua yang berlaku adalah angkara Fatin Nadhira,Rusydatul Nabila dan Nurul Husnaa..
Salam Kenakalan
Nabila,Fatin,Husnaa(ahli-ahli sihir)

Bubye..muaaahaaahaaa

No comments:

Post a Comment