Bertapa or betapa?..
Dengan itu atau dengan demikian??..
Inilah permasalahan besar yang aku hadapi sekarang.Sibuk mempelajari bahasa penjajah,aku ter ‘korban’ kan penggunaan bahasa aku,Bahasa Melayu.Aku seperti kaku dalam tatabahasa Melayu kerana terpaksa memperbetulkan grammar English.dan aku yakin,bukan aku sahaja yang berhadapan dengan masalah ini,kawan-kawan aku turut terkesan dengan perlaksanaan English Education.Haiz..betul-betul opportunity cost lah..Aku Melayu,bertutur Melayu dan dikelilingi Melayu tetapi bila tersadai di dunia yang lebih tinggi aku sudah tidak lagi menulis dalam bahasa Melayu,semua kerja yang aku selesaikan perlu dimurtadkan ke English dan dituturkan dalam bahasa yang dulunya paling menyampah aku pelajari..Ya,Aku masih Melayu,tetapi dalam perlaksanaan bahasa aku sudah tidak menguasai Bahasa aku.Sedangkan aku dulunya seorang yang sangat praktikal dalam penulisan dan pengolahan idea.Bunga-bunga bahasa yang indah,puitis,hiperbola dan metafora sudah asing bagi aku.Semuanya terlalu spesifik dan terang,tiada lagi kata-kata biasan dan bidalan.
Untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu aku,aku terpaksa menggunakan blog sebagai medium menginterpretasikan penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan dan ejaan.Percakapan tanpa perlaksanaan umpama mencurah air kedaun keladi yang disaluti lilin diatasnya.Agak hiperbola tetapi masih ada signifikannya.Kenapa??..apabila kita sibuk bertutur dalam bahasa Melayu tetapi tidak pandai menyalurkan melalui penulisan serta penggunaan tatabahasa yang tunggang terbalik ianya akan merendahkan status Kemelayuan kita sendiri..Maksud aku yang lebih terperinci.. “nama ja Melayu,cakap ja pandai,tapi bila menulis macam Hindu lagi.Sedangkan bangsa lain sibuk menguasai bahasa kita,kita sendiri lemah dalam perbendaharaan bahasa dan kata”..inilah yang aku risaukan bila melihat penulisan bangsa lain lebih bermutu dari bangsa aku sendiri yang suka memurtadkan bahasa..
But, it does not mean that I didn’t agree with the used of English in education.Reoder this application,we are able to produce and mould the generation with knowledge and great achievement not only in this country but broader than that.We have to empower our future generation with all the capabilities to prove that.. “We are Malaysian,but we never left behind”..
Winner are made not borned.
No comments:
Post a Comment