Sunday, 4 September 2011

Cinta tak pernah buta

Cinta tak pernah buta,cinta itulah cahaya..Yang buta itu adalah kamu!!ya!!kamu yang sedang membaca apa yang aku tuliskan disini.Orang hanya meletakkan salah kepada cinta,cinta itu buta,tak celik,melalaikan dan bermacam-macam lagilah..Menyalahkan sesuatu yang tak pernah salah,umm.hampir-hampir kepada fitnah tu..
Apabila kita sibuk membicarakan tentang cinta sudah semestinya ada diantara kita yang tengah hanyut dalam cinta,tenggelam dalam keasyikan cinta mahupun sudah lemas dalam badai cinta.Aku yakin,mereka akan akan katakan bahawa cinta itu indah,terlalu sukar untuk digambarkan,payah untuk diceritakan...Tengok,sudah hampir sampai keperingkat hiperbolanya..Tapi ya,begitulah hakikatnya tetapi bukan untuk semua orang yang bercinta.Tak semuanya sebertuah itu.
Percayalah,cinta itu indah hanya pada nama dan apabila kita bahgia sahaja..Tetapi bila tiba saatnya berpisah,semua insan yang buta sebentar tadi akan celik tanpa sebarang bantuan perubatan.Masa itulah..
“perangai  macam sial”..
“Muka macam jamban tak siap”..
“Apa pun tak dak,harapkan ego lagi besar dari lubang hidung”..
“Asal tak mampos dari awal ha..kecik-kecik tak mau mampos,bila besar menysahkan aku”..
Jangan cakap aku mencarut dan melalut entah apa-apa tanpa asal usul dan periksa.Tepuk dada,tanya minda..Apabila cinta sudah beralih arah,dari sayang akan bertukar kepada pisang..betul tak??..hee..Dari Darling akan menjadi juling..Dari abang akan bertukar ‘ bang’ang(bangang)...Semuanya akan bertukar serta merta..Sibuta kembali celik..Kulit yang dulunya putih bersih menjadi luntur dengan jerawat batu,yang dulu dikatanya tak la sayang,tak gemuk pon,sekarang sudah mula menampakkan selulit..Haizzzz...Apabila cinta tak lagi milikku,yang kurasa hanyala nestapa..upsss..tah betol entah tak lirik ni..tapi,itulah realitinya..
Tambahan peribadi,
Saya cintakan awak..YA!!!!awakla..

No comments:

Post a Comment