Sunday, 24 July 2011

tetiba rindu ayah

Ayah...insan yang paling aku hormat tahap dewa dekat atas muka bumi ni.Sebut ja pasal ayah,sensitive aku tahap tak boleh blah..Dengar dia cakap,bagi nasihat terutama time aku ada masalah,memang system perpaipan mata aku rosak terok,dekat sinila datangnya istilah menangis tak berlagu tu..kalau orang lain aku boleh bantah,boleh bangkang,tapi ayah,nak tak nak,aku ikut ja.Nak bantah tu memang tak mampu,tapi kadang-kadang ter jugak...Bincang isu-isu sensitive bagi aku,memang aku bangkang..ISU POLIGAMI!!!!!.X pon guna aku guna kata-kata yang tah dari mana aku dengar tok berdebat,lansung tak masuk akal,tapi nak menang punya pasal,hentam jala...
Ketegasan ayah dapt dilihat masa aku awl form5...Masa tu aku keluar dengan family aku la.Aku nak pergi beli buku and ayah pun ada hal dia nak urus.So,dia tinggalkan aku dengan mak..Aku pun pergi la POPULAR and terjumpa kawan-kawan aku,lelaki la..pakcik2 tu keluar beramai2..abdil,kucai,ikhwan,Q and banyak lagila..Mak aku bagi kelonggaran dekat aku tok lepak-lepak dengan budak-budak tu dekat fc  cityplaza,AS ..Dah tu tinggal aku dengan Q..hari tu aku pakai baju kurung..hoho..kompemla dia tak boleh peril-perli aku macam selalu..Tiba-tiba ayah kol and suruh aku pergi dekat kereta..aku pun balikla.sampai dalam kereta..
“ayah x suka macam tu...jangan berangan nak bercinta-cinta.Belajar dulu..Bercinta tu tak bawak kemana pun,setakat nak seronok-seronok tak payah.Tak best pun bercinta.”aku diam,tak terkata..
“abang ni kenapa pulak,biar jala.Kawan-kawan ja pun,bukan buat apa pun..Macam tak pernah bercinta pulak”.Seperti biasa mak akan menyebelahi aku..Aku hanya menjadi pendengar setia dan menganggukkan kepala sahaja..Bukannya aku tak tahu apa ayah aku nak and bukannya aku kemaruk nak bercinta sangat..Lama selepas kes tu,ayah terjumpa Q dekat masjid semasa menunaikan solat sunat hajat untuk mangsa kekejaman Yahudi dan United States,bersebelahan pulak tu..Sejak hari tula aku boleh bersahabat dengan ustazQ..
 Next masa aku form 5,dah hujung-hujung dah,dah badget remaja habis,aku keluar dengan aizati and nabila..Nak dijadikan cerita terlepas bas,lambat gila aku balik..dah hampir pukul 8malam..masuk ja pintu rumah ayah ada dekat  atas sofa....
“ha,inila bagus..keluar masa matahari timbul,balik masa matahari tenggelam..Bagus.anak dara zaman sekarang.”sinis ayah memerli,tapi masih lembut suara ayah..Aku tersenyum sumbing,dan menerangkan trajedi tertinggal bas dengan penuh excited..
Ayah sangat menakutkan bila membincangkan isu-isu remaja zaman sekarang..Satu hari dekat atas kereta,kami sibuk berbincang masalah baby dumping,masalah keruntuhan akhlak,masalah itu ini tapi lebih spesifik,keterlanjuran dalam bercinta ni ha..masalah remaja zaman sekarang yang boleh led to many more problems tu...Aku pun tak tau nak tanya apa aku tanyala ini ha...
“ayah,kalu c’k buat macam tu,mengandung bagai.Balik-balik rumah mengandung 4,5 bulan..agak-agak ayah marah tak??”bodohkan aku,soalan tak boleh blah,marah ke tak yang aku tanya..
“kalau berani malukan ayah,jatuhkan maruah ayah.Jangan ingat ayah tak berani buat balik..tanpa malu dan segan ayah buat banner,iklan,poster tulis besar-besar
“ANAK AKU MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH!!!MALUKAN AKU,AKU BAGI MACAM-MACAM DEKAT DIA,CUCU DIA BAGI DEKAT AKU...”...Aku ketawa besar,kelakar tapi dalam masa yang sama,takut...yup,he gives me everything..Ayah percayakan aku,tak pernah dia ragui aku..yang pasti aku diberi kebebasan tapi diberi syarat,JAGA DIRI BAIK-BAIK..hanya itu yang perlu aku lakukan..untuk ayah.....SAYA SAYANG AYAH...dalam lembut ayah,ada ketegasan yang sangat aku takut,dalam baik ayah,ada prinsip yang aku hormat dengan penuh kehormatan...Kalau hanya ada sehari untuk aku hidup,aku akan gunakan masa tu untuk doakan kesejahteraan ayah didunia dan diakhirat..
IKHLAS FROM
ANAK AYAH

No comments:

Post a Comment