Thursday, 28 July 2011

Dipinggir Tel Aviv

Ketenangan yang hilang dari sebuah kota yang damai,
Menjadikan cahaya terang bertukar kelam,
Menanti siang umpama menghitung hari kematian,
Bergantung kepada sebuah harapan,
Allah tidak menguji selain Dia tahu kita mampu hadapi,
Kematian,kesengsaraan,kepedihan dan air mata umpama teman setia sang peghuni kota yang dicabuli,
Tangisan bagaikan lagu-lagu sepi dipinggir kota,
Dentuman misil,peluru berpandu,serpihan-serpihan kecil senjata nuklear menjadi halwa pendengaran,
Ketamadunan yang dibakar menjadi lampu penyuluh jalan yang suram,
Kuasa-kuasa besar hanya menabur janji,
Tapi sayang,ianya mejadi duri dan membakar diri,
Janji tetap tinggal janji,
Hasil pakatan para hipokrasi,
Indahnya Islam bila dipandang dengan hati,
Cantiknya Iman bila ianya sentiasa disuburi,
Berharganya keamanan bila ianya dipelihara suci,
Tapi sayang semuanya dengan mudah dicabuli,dikhianati dan dikotori,
Oleh sekeping hati yang tersesat dari landasan hakiki...



                                                          

salam

Wednesday, 27 July 2011

profesional

adohhhh....parah-parah!!!apabila aku yang anti poligami diberi isu poligami untuk debatte and kena agree pulak tu,jadi government lagi..haizz..nak buat macam mana ni,memangla aku ni profesional,tapi tak pernah teringin aku nak agree..Aku nak bagi motion apa eah..POLYGAMY SHOULD BE ENCOURAGED BECAUSE IT GIVES PROTECTION OVER THE WOMEN..Protectionla sangat kan..poligami dipraktikkan masa dulu-dulu atas alasan menjaga anak yatim,bela wanita yang kematian suami,mangsa-mangsa perang dan perempuan-perempuan teraniaya.tapi sekarang apa eah??haaaaa..tetiba aku teringatkan Q,dulu aku pernah bertikam lidah dengan dia mengenai isu ni.
"Fatin,tak semestinya kena berperang,kematian suami,anak yatim baru perempuan ditindas dan dianiaya.Cuba tengok dekat mana perempuan diletakkan sekarang,dilayan.Perempuan dilayan macam pemuas nafsu semata-mata,pelacur,perdagangan seks.Tu bukan penindasan kepada perempuan?.".soalnya memandang muka aku yang dah membakor..
"Haiya...siapa yang cari pasal??kenapa x pandai jaga diri.Dah tu kena korbankan kebahgiaan perempuan lain yang menjaga diri dia,kehormatan diri dia and semua tu sia-sia ja kan.Ok2,bagi U la,U nak kahwini pelacur-pelacur tu??"..soalku ingin tahu..
"why not,U tahu betapa baiknya lelaki yang sanggup buat macam tu.Itu adalah sesuatu yang mulia"...wahhhh..baiknya ustaz ni..aku hanya memandang sinis dalam hati.."blahla,xdak maknanya nak buat,memilih.perempuan yang dia suka pun tudung labuh sampai kelutut,cik shitah tu,nak memperisterikan perempuan buka sana sini,memang hahaha..sentap nok...Dah tutup cerita.Tapi point dia aku akui,bagus dan relevan.Betulla tu,perempuan zaman sekarang ditindas dengan cara diam-diam dan berkesan..Haiyoo..ok,for the first time,I do agree with polygamy..
Tapi tak kan semudah tu,aku berlakon untuk debatte ja,dekat luar dan dalam hati aku..aku tepat tak suka!!!!!

noktah bertindih,double dot,period and final destination...

Sunday, 24 July 2011

tetiba rindu ayah

Ayah...insan yang paling aku hormat tahap dewa dekat atas muka bumi ni.Sebut ja pasal ayah,sensitive aku tahap tak boleh blah..Dengar dia cakap,bagi nasihat terutama time aku ada masalah,memang system perpaipan mata aku rosak terok,dekat sinila datangnya istilah menangis tak berlagu tu..kalau orang lain aku boleh bantah,boleh bangkang,tapi ayah,nak tak nak,aku ikut ja.Nak bantah tu memang tak mampu,tapi kadang-kadang ter jugak...Bincang isu-isu sensitive bagi aku,memang aku bangkang..ISU POLIGAMI!!!!!.X pon guna aku guna kata-kata yang tah dari mana aku dengar tok berdebat,lansung tak masuk akal,tapi nak menang punya pasal,hentam jala...
Ketegasan ayah dapt dilihat masa aku awl form5...Masa tu aku keluar dengan family aku la.Aku nak pergi beli buku and ayah pun ada hal dia nak urus.So,dia tinggalkan aku dengan mak..Aku pun pergi la POPULAR and terjumpa kawan-kawan aku,lelaki la..pakcik2 tu keluar beramai2..abdil,kucai,ikhwan,Q and banyak lagila..Mak aku bagi kelonggaran dekat aku tok lepak-lepak dengan budak-budak tu dekat fc  cityplaza,AS ..Dah tu tinggal aku dengan Q..hari tu aku pakai baju kurung..hoho..kompemla dia tak boleh peril-perli aku macam selalu..Tiba-tiba ayah kol and suruh aku pergi dekat kereta..aku pun balikla.sampai dalam kereta..
“ayah x suka macam tu...jangan berangan nak bercinta-cinta.Belajar dulu..Bercinta tu tak bawak kemana pun,setakat nak seronok-seronok tak payah.Tak best pun bercinta.”aku diam,tak terkata..
“abang ni kenapa pulak,biar jala.Kawan-kawan ja pun,bukan buat apa pun..Macam tak pernah bercinta pulak”.Seperti biasa mak akan menyebelahi aku..Aku hanya menjadi pendengar setia dan menganggukkan kepala sahaja..Bukannya aku tak tahu apa ayah aku nak and bukannya aku kemaruk nak bercinta sangat..Lama selepas kes tu,ayah terjumpa Q dekat masjid semasa menunaikan solat sunat hajat untuk mangsa kekejaman Yahudi dan United States,bersebelahan pulak tu..Sejak hari tula aku boleh bersahabat dengan ustazQ..
 Next masa aku form 5,dah hujung-hujung dah,dah badget remaja habis,aku keluar dengan aizati and nabila..Nak dijadikan cerita terlepas bas,lambat gila aku balik..dah hampir pukul 8malam..masuk ja pintu rumah ayah ada dekat  atas sofa....
“ha,inila bagus..keluar masa matahari timbul,balik masa matahari tenggelam..Bagus.anak dara zaman sekarang.”sinis ayah memerli,tapi masih lembut suara ayah..Aku tersenyum sumbing,dan menerangkan trajedi tertinggal bas dengan penuh excited..
Ayah sangat menakutkan bila membincangkan isu-isu remaja zaman sekarang..Satu hari dekat atas kereta,kami sibuk berbincang masalah baby dumping,masalah keruntuhan akhlak,masalah itu ini tapi lebih spesifik,keterlanjuran dalam bercinta ni ha..masalah remaja zaman sekarang yang boleh led to many more problems tu...Aku pun tak tau nak tanya apa aku tanyala ini ha...
“ayah,kalu c’k buat macam tu,mengandung bagai.Balik-balik rumah mengandung 4,5 bulan..agak-agak ayah marah tak??”bodohkan aku,soalan tak boleh blah,marah ke tak yang aku tanya..
“kalau berani malukan ayah,jatuhkan maruah ayah.Jangan ingat ayah tak berani buat balik..tanpa malu dan segan ayah buat banner,iklan,poster tulis besar-besar
“ANAK AKU MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH!!!MALUKAN AKU,AKU BAGI MACAM-MACAM DEKAT DIA,CUCU DIA BAGI DEKAT AKU...”...Aku ketawa besar,kelakar tapi dalam masa yang sama,takut...yup,he gives me everything..Ayah percayakan aku,tak pernah dia ragui aku..yang pasti aku diberi kebebasan tapi diberi syarat,JAGA DIRI BAIK-BAIK..hanya itu yang perlu aku lakukan..untuk ayah.....SAYA SAYANG AYAH...dalam lembut ayah,ada ketegasan yang sangat aku takut,dalam baik ayah,ada prinsip yang aku hormat dengan penuh kehormatan...Kalau hanya ada sehari untuk aku hidup,aku akan gunakan masa tu untuk doakan kesejahteraan ayah didunia dan diakhirat..
IKHLAS FROM
ANAK AYAH

Saturday, 23 July 2011

Bila Hati Lelaki Cair

Tidak aku sangka seorang lelaki yang boleh diklasifikasikan sebagai agak social,dengan cara pemakaiannya yang agak ala-ala rempit gitu meluahkan kecairan hatinya setelah mendengar suara seorang perempuan membacakan ayat Suci Al-Quran.
Dalam perjalanan pulang tiba-tiba ja dia terdengar satu  suara sedang membacakan ayat-ayat suci Al-Quran,nak tak nak dia menghentikan langkah untuk menghayati pembacaan tersebut,suara yang disangka dari  radio rupanya milik seorang perempuan yang selalu didengari..
“Kalau ikutkan hati,nak ja aku usha dia”..bila memikirkan takut dihalau tuan rumah dia hanya mendengar dari luar rumah dan diluar pagar jugak..Demikianlah pengakuan dari sepupu aku yang nun jauh dari aku tapi terjumpa masa family trip baru-baru ni..
Tak habis-habis dia memuji kemerduan suara itu,rasanya dari tahun lepas dia meluahkan perkara yang sama,memang betulla,rempit-rempit dia pun,cair jugak hati dengan suara seorang perempuan misteri tu..
“errmm.tu la,sedap suara dia..cair hati aku”,luahnya yakin.
“hoho,janganla puji dia sangat,nanti tersedak jugak dia.Ayoo..bagus-bagus,cair hati sebab Al-Quran.Lelaki yang baik ni.hee..Boleh jadi husband mithali”..seperti biasa aku meluahkan pendapat.
“Jahat tak semestinya tak ada yang baik kan.keluar malam,hisap rokok tapi hati cair jugak dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca dengan suara mendayu”..wah..sepupu tiriku ini pandai berfalsafah..bijak-bijak.
“wwehhhh..aku bukan cakap hang jahatla ngeng..Tapi aku nak cakap.Cair dengan kebaikan boleh membawa kepada banyak lagi kebaikan.Maklomlah,lelaki zaman sekarang cair dengan perempuan cantik,seksi-seksi.Susah nak jumpa lelaki yang cair dengan dengar perempuan baca Quran ka apa ka..”seperti biasa aku tidak pernah berfikiran positif mengenai lelaki...
“Hoi,yang tu bukan cair k,tapi just nak tengok perempuan tu seksi.Lelaki tu kompem gatalla kalau macam tu”...Wah,pengakuan dari lelaki.Aku hanya tersenyum..Kelakar pun yeay..Nah ambik kau perempuan-perempuan seksi diluar sana,anda hanyalah untuk dilihat dengan mata,tapi bukan untuk didekatkan dihati..
Aku hanya mendengar dan meluahkan pendapat sendiri.Sekurang-kurangnya pemikiran negative aku mengenai lelaki semakin lama semakin hilang.Tak semua lelaki tu jahat,Cuma hampir semua ja jahat dan menyakitkan hati..hee..Ini semakin meyakinkan aku,sejahat-jahat and senakal-nakal lelaki tu,at the end,he will turned to the good  girl..Opsss..ni pulak yang menyakitkan hati,dah la jahat,tapi nak perempuan baik..hadohh..
Tapi tak apalah bila ingatkan Janji Allah..
“lelaki baik adalah untuk perempuan baik dan perempuan yang baik untuk lelaki baik”
Dan kalau sebaliknya ,takdir la namanya tu..Maybe anda masih belum cukup baik atau Allah terlebih menyayangi anda dan memilih anda untuk diuji imannya..Alhamdulillah,insan terpilih..
Haljazaulihsaniillalihsan..

PEREMPUAN VS POLIGAMI???..


“Kenapa U nak kahwin lain??.apa tak cukup cantik lagi ke I ni??.U nak I belajar masak,I dah terror memasak.U nak I jaga makan minum U,pon I dah master.U nak I layan you 27 hours per day,I dah PHD..U nak I lahirkan anak untuk U,I dah...bukan anak lagi,anak-anak yang I lahirkan,berderet-deret.dah macam gerabak kereta api,betapa banyaknya I lahirkan anak-anak untuk U..”begitulah situasi yang selalu terjadi...Si isteri dengan bangganya list balik semua jasa-jasa mereka.Bukan nak mengungkit..Tapi untuk mengingatkan sang Suami yang sering and selalu terlupa,kadang-kadang sengaja buat -buat lupa akan jasa dan pengorbanan Si Isteri...ishh..no wonder lelaki cepat mati dan jadi elzheimer...pelupa!!..
“I tahu semua tu..I bukan apa..I nak berjihad..I nak ikut sunnah Nabi kita..Muhammad S.A.W..”..wah..wah..wahh..apabila lelaki ingin berjihad isteri mana tidak menyokong..Semua isteri pasti bagi sokongan dari belakang.Tambah-tambah bila dikatakan mengikut sunnah nabi..Alhamdulillah,alangkah indahnya dunia ini jika semua sunnah nabi junjungan kita diikuti...
Si isteri mulai kendur apabila alasan yang agak kukuh dibentangkan oleh Sang Suami yang tercinta untuk dibantah dan dibahaskan agak tak berani apabila sunnah dibangkitkan..Air mata yang tadi ditahan,tertumpah jugak..dan dikesat sendiri..pandai menangis,pandai-pandaila kesat sendiri...
‘heehh,jangan menangis,rugi airmata ja..bangun wanita..Airmata kita tak semurah tu,Kita bukan dijadikan untuk bersedih dan menangis..bangun!!!!!”..Si isteri memujuk diri sendiri,seperti selalu,memang perempuan yang akan memujuk diri sendiri,nak harapkan lelaki,umpama mimpi didalam mimpi....
“U ikut sunnah nabi kan??mangsa perang mana yang u nak kahwini tu?..janda teraniaya mana yang U nak bela maruah dia?...tak pun anak yatim mana yang U nak pelihara tu??...I nak tau...
“errrr....Errrrrr....”Si Suami mula gugup...
“Siapa??!!!!!”kelembutan Si Isteri mulai pudar..dan jangan salahkan isteri,kalu kasih sayang anda boleh pudar,isteri  jugak punya perasaan dan rasa marah yang tidak boleh dibendung..
“Bukan janda,bukan jugak mangsa perang tapi.....I baru jumpa dia..Tu pun kenal macam-macam tu ja,tetiba I rasa I sukakan dia..Dia pun wanita ada hati dan perasaan,U kenala faham dia..U kan baik,penyayang dan memahami.U paling istimewa pernah I jumpa.Kasih sayang I untuk U tak pernah pudar dan tak kan berubah sayang...”madah Sang Suami yang dijangka akan melembutkan hati Si Isteri..Setelah sekian lama,tahu jugak dia memuji Si Isteri dan menjunjung Si Isteri yang dah dipandang sebelah mata tu..
“Tapi apa salah I,I korbankan semuanya untuk U.Masa I,hidup I,Masa muda I.semata-mata untuk jadi isteri U,ibu kepada anak-anak U,nenek kepada cucu-cucu U,moyang kepada cicit-cicit U..mana janji U yang dulu-dulu.Sebelum kahwin I la yang pertama tiada akhirnya,habis semua lirik lagu U copy and paste bagi dekat I,semua skrip movie U hafal untuk I,tak cukup dengan tu,bunga-bunga yang jabatan kesejahteraan Bandar tanam tu U kutip bagi dekat I..semua tu alasan untuk dapatkan I ja kan..”..Sejarah lama dikenang kembali untuk Sang Suami mengimbau betapa indahnya saat bercinta dulu..
“U..I buat macam ni sebab I nak ikut sunnah nabi.I nak U bahgia dekat sana.U tahu kan,U akan diberi payung emas disana,betapa untungnya U.U akan jadi bidadari I,kita akan bahgia sayang.”..Huh,skrip movie yang menjadi pilihan sang lelaki...
“Sunnah nabi kepala hotak U..X cukup dengan sunnah Nabi,ayat Al-Quran pun U nak guna,nak angkat.ooo.tahu sunnah nabi..Kalau dah ikut sunnah nabi,U tunggula I mampos dulu,Nabi tak pernah duakan Khadijah sepanjang hayat Khadijah iaitu isteri pertama Nabi..I ni x mati lagi,sihat lagi,U dah nak kahwin lain..Sunnah Nabi mana U pakai ni..Payung emas??!!!payung avon pun U tak mampu nak beli untuk I ada hati U nak berangan bagi payung emas dekat syurga untuk I..I tak perlukan payung.I perlukan U yang berhujan dengan I,berpanas and bersusah dengan I..I tak nak payung!!!!Bidadari ,permaisuri,queen tah apa lagi..I tak nak,I nak jadi isteri U,the only one!!!!!”Titik...Si Isteri tetap dengan tekadnya..tak ada kompromi or negotiation lagi dah..Wanita,betapa kukuhnya pendirian anda akan cinta anda dan sering tidak dihargai..kesian..
Wahai kaum wanita,bangun pertahankan hak anda..Sunnah yang dijadikan dengan asas dan pelaksanaan yang betul jangan dibiarkan disalahgunakan.
HATI ANDA ADALAH SESUATU YANG BERHARGA!!.JANGAN BIARKAN MANUSIA BERNAMA LELAKI MENYAKITI HATI ANDA..buang jauh-jauh ayat steorotaip iaitu demi cinta lautan api rela aku renangi..
Nasihat ikhlas,kalau anda menghadapi situasi ini,balas dendam..Anda juga ada hak untuk mencari cinta sejati bukan cinta kongsi!!!...

Dulu-dulu punya cerita

Warga 5SC1 dan jiran tradisi 5SC2 akan mengakhiri slot pembelajaran di makmal sains pada hari Selasa dan Khamis.Jadual yang disusun pihak sekolah dengan susah dan payah sememangnya menguntungkan 3 Gadis yang perasan Melayu iaitu Rusydatul Nabila,Nurul Husnnaa dan Fatin Nadhira.
Aku,Nabila,Hanina,Husnaa dan Hanis berada di meja hadapan sekali.Subjek Biologi sememangnya mengantuk dan melalikan..Lebih spesifik,subjek dibius cinta.Aku berada ditengah diapit oleh Hanina dan Nabila.Longman Biology Reference Book dibuka,kebosanan mula menghambat diri.
“jom p toilet,boring nih”..ajak Nabila..
“Mintak la dekat cikgu”.usul Fatin Nadhira
“Hang la,aku segan,nanti dia mengadu mak aku pulak cakap aku suka pergi toilet time dia mengajar”..
Fatin Nadhira bingkas bangun..
“Cikgu”..seruku.
“Ya Hanina.Kenapa??”..cikgu Rope tersilap orang lagi..
“Cikgu,ni Fatinla,Hanina dekat sebelah saya ni ha.”..aku membetulkan kesilpan Cikgu Rope.Sudah berkali dia melakukan kesilapan yang sama,keliru antara Fatin Nadhira dan Norhanina.
“Cikgu kompiusla kamu berdua.Muka sama”.Jujur Cikgu Rope lalu tertawa kecil.Aku hanya tersenyum memandangkan ini bukan kali pertama,bahkan ramai yang melakukan kesilapan yang serupa.Rakan-rakan dan guru-guru sering tersalah pandang antara aku dan Hanina.Puas juga aku menilik rupa kami,masih belum kutemui persamaannya sehingga hari ini.
Dengan izin Cikgu Rope a.k.a Ropiah aku dan Nabila meninggalkan kelas.Setelah puas menilik muka dicermin tandas sehingga menimbulkan keretakan-keretakan kecil di birai cermin kami mengundurkan diri dengan janji akan kembali semula keesokan harinya pada waktu yang sama.Maklumlah,toilet ni dah macam boyfriend..
Dalam perjalanan pulang,mata nakal aku dan Nabila tercapture beg bewarna kelabu gelap..siapa lagi kalau bukan Q..Kami saling berpandangan,lantas tersenyum penuh erti..
“Hang ambik”..arah Nabila..
“Tak mau,nanti Nampak,takut..”tuturku.
“Hish penakot”..bebel nabila lantas menyambar beg bewarna kelabu gelap yang disandarkan diluar makmal Fizik.Beg tersebut dihulurkan kepadaku..
Aku membuka stor simpanan paip bomba lantas menggantungkan beg tersebut didalamnya..Kami kembali menapak kedalam makmal Biologi.
“Fatin,Nabila.aku Nampak apa yang hampa buat”..Ujar Husnaa sambil melirikkan mata kecilnya..Kami tersenyum sumbing dan berlagak alim.Semasa meninggalkan makmal Biololgi,kelihatan Q sibuk mencari beg kesayangannya yang missing in action..
“Eeehhhh...tak balik lagi??”...laungku..memerli gayanya..
Q menggarukan kepalanya yang tidak gatal,bingung mungkin..
“Sapa pulak bawak lari beg aku ni?..ha..sudah”...rungut Q sambil bertanyakan kawan-kawannya.
Aku memandang Q sekilas,lantas mengenyitkan mata lalu melambaikan tangan kearahnya..Nabila ketaw besar..Kami meniggalkan Q mencari beg kelabu gelap miliknya..
Ini bukanlah kali pertama,pernah juga kami melarikan selipar milik Q ketika dia sedang khusyuk menunaikan solat disurau dan membiarkan dia berkaki ayam pulang ke asrama.Tragedi itu disaksikan penyelia petang..Kasihan juga melihat Q..Pernah juga kami menghantar surat cinta kepada Q dengan ayat-ayat jiwang dan menyembunyikan identiti sehingga sampai kepengetahuan cikgu Faezah,Madame Fariza dan Ustaz Mahmad..Sudah puas kami malukan dia,tidak pernah sekali kami mengaku itu semua adalah perbuatan kami,sehingga hari ini walaupun dia sudah tahu semua yang berlaku adalah angkara Fatin Nadhira,Rusydatul Nabila dan Nurul Husnaa..
Salam Kenakalan
Nabila,Fatin,Husnaa(ahli-ahli sihir)

Bubye..muaaahaaahaaa

Tuesday, 12 July 2011

I thought u'r PKR....

PKR in brief PARTI KEMUSNAHAN RAKYAT.
Sebuah parti politik yang lahir daripada gelombang reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim.Sebuah parti politik yang hari ini menindas kaum aku..Melayu,sebuah parti yang mempertikaikan hak kaum Melayu,yang meletakkan Melayu ditempat yang bahaya.Menabur janji kepada bangsa lain dan memperjudikan bangsa sendiri.Itu yang dibangga-banggakan..Hal ini lebih teruk apabila aku yang tegar UMNO didakwa PKR..hahaha..one of my friend,dia tanya aku pasal politik,macam biasa,semangat aku lain sikit,tapi dalam bercakap aku tak sokong sepenuhnya kerajaan.in brief,aku tak in line dengan kerajaan..So,dia pun tanyala aku...U which side Fatin?.Dengan yakin dan beranila aku cakap UMNO...dia terkejut.."I thought u PKR"...ringkas dan terang..Kalau ayah aku dengar mau dia pelempang pipi aku,menangis tak berlagu tambah-tambah sejak aku lahir Tun Mahathir Mohamad la yang disebut-sebut sehingga dah tak ada dah pemimpin hebat seperti beliau dimata aku...Tok mengkhianati idola aku adalah satu kasilapan yang besar apatah lagi berpihak kepada Anwar Ibrahim yang hobinya menconteng arang ke muka Melayu lebih dahsyat,campak taik unta dekat negara sendiri.Lebih baik aku berpihak kepada MIC,MCA x pon Parti Rakyat Sarawak and UNKO,Pasok momogun dari berpaling daripada UMNO dan memperjuangkan Ideologi PKR yang entah apa-apa tu..
Aku tahu,setiap parti politik tu tak salah,masing-masing nak memprjuangkan hak masing-masing,yang corrupt dalam pemerintahan itu adalah pemrintah itu sendiri.Silalah berjuang,tapi tolongla jangan hipokrit dalam berjuang,jangan mempergunakan Islam sebagai medium menyebarkan ideologi.Islam perlu dipertahankan,identiti Islam perlu dipelihara.Jangan menggunakan Islam untuk kepentingan  peribadi..Islam perlu dijaga bukan hanya pada nama tapi pada kelakuan dan perbuatan dan yang paling penting perkataan.Dan untuk pemerintah yang miskin tu,cukup-cukuplah melicinkan harta rakyat,sekiranya tak berkemampuan,resignla..duduk rumah jaga anak bini,pahala pon dapat dosa pon terlepas..Ingat..apabila kamu mati nanti,segala yang ada dibawah kepimpinanmu akan disoal dan ingatlah amanah merupakan sesuatu yang tak boleh didapatkan kembali or diganti-ganti setelah kita gagal melaksanakannya.
Sebagai anak Melayu,yang sayangkan Melayu dan cintakan Melayu.Aku tegaskan disini aku bukan PKR,pemikiran aku mungkin sempit,tak celik dan tak cukup cerah tapi aku tahu apa matlamat aku.Melayu tak kira dari mana anda,ideologi apa anda pegang,parti politik mana anda ikuti dan pertahankan.Kita tetap akan bersatu satu hari nanti.Mungkin pada masa tu kita dah hilang semuanya,tapi bagus jugak masa tu baru kita sedar,kita perlukan satu sama lain.Kita takkan rasa kesenangan kalau tak tempoh kesusahan.Sejarah akan berulang,Tanah Melayu,milik Melayu,dipegang Melayu,ditadbir Melayu..dan yang paling penting Melayu akan bangun mempertahankan Islam dan Hak-hak kaum Melayu di bumi Melayu..

AKU MELAYU bukan menanti layu,
AKU MELAYU menanti kita bersatu,
AKU MELAYU untuk bersama-sama maju,
AKU MELAYU...aku bangsa yang satu!!!!!

waaa...gila semangat..wassalam

Dari Musuh Jadi Kawan

HOLLAND
(Hope Our Love Last And Never Dies)
Inilah benda yang paling aku harapkan dalam sebuah perhubungan.Paling spesifik dekat sini persahabatan.Sebab bagi aku kawan-kawan yang akan paling dekat dengan kita bila kita susah dan share semuanya bila kita happy..Senang gila aku nak berkawan tapi susah untuk aku percayakan orang yang aku gelarkan kawan tu sebab tak semua anggap kita kawan,kadang-kadang,just nak ambil kesempatan or just take 4 granted..."Dasar x sayang nyawa punya orang"..Tapi dekat sini aku ada kawan yang aku heart gila-gila..yang boleh aku cakap kawan dan sahabat..We share almost everything..Semuanya la,x dak apa yang tak share..bagi aku,they are heaven made...Kami baik sama2,nakal sama2,ganas sama2,lembut sama2,plastik sama2,kena denda sekali,semuanya sekali...Rusydatul Nabila and Nurul Husnaa.Ni la dua manusia yang selalu dengan aku..Nabila ni ganas sikit,tapi Husnaa terlebih lembut.Kalau kami sedih belom apa-apa dia dah nangis meraung-raung bagai,aku sakit sikit ja,penerimaan dia macam aku ni tenat nak mati pulak..paling kena jaga hati Nabila walaupun ganas mudah tersentuh and terasa..Husnaa plak ok ja.Buat ja apa pon,suma boleh tapi jangan suruh dekat dengan lelaki,pemalu sikit..malu-malu pun hari-hari berangan nak kahwin..nak jadi isteri Mithali konon..Masak pun tak lepas..Dalam persahabatan kami yang suci bersih ni,ada seorang mamat 'Q' yang menjadi sasaran keganasan..boleh dikatakan rekod yang bersih tercalar sebab kehadiran dia.Mamat ni alim sikit,banyakla.suma benda dia condemn,baju tshirt aku,besar gedabak,t-shirt kot,dia cakap kecik..paling tak bole blah dia cakap kecik..and paling aku rasa aku ni memang bukan perempuan pilihan diala bila dia tegur aku..
                   "Fatin..baju dah cantik,tudung pun,seluar pun tapi kenapa tak pakai stokin,aurat tu.."
alamak...malunya aku..sebagai perempuan yang lemah lembut aku mengaku la aku tak sealim tu..Aku senyum jala,sedekah kan.Paling dia suka Husnaa,lembut,pendiam.Dia cakap mulut aku bising kot.Aku dengan Nabila sama ja,kerja buat bising..hishhhh,suma kami buat tak kena,Husnaa ja yang betol..Benci mamat ni tahap tak boleh blah,macam-macam kami buat untuk bagi dia benci and menyampah tengok muka aku,una dan nub..Yang paling tak boleh blah...........
                                        .....jeng3....
Satu hari dikelas 5Sains1....

'Nab,jom buat kerja jahat'..ajak aku yang bosan tahap gaban tak tahu nak buat apa...Nab yang tengah tenung dinding kelas tu pandang aku lain macam,dengan spontan dia tersenyum nakal.Una siap geleng2 kepala tanda tak setuju...Nak taknak muka aku diseposenkan,kompem una kalah punya..dan memang dia kalah..'selalu macam tu,looser..hee'..Seperti biasa,una akan kover line..Dengan lagkah yang paling hati-hati kami pergi kelas sebelah..'YES!!!!budak-budak ni pergi lab'....Aku menyerbu tempat mamat'Q'..barang-barang dia diselongkar..Folio Rekacipta dia diconteng-conteng Nub.Aku tunggu apa lagi,kepakaran menconteng,aku curahkan dekat situ..'puas hati'....ambik hang,nak sangat kan...
"eeeiiiyooouu..dia bawak botol air..geli aku,macam pompuan"...nub bersuara.Kami ketawa bagai hilang akal mengenangkan 'Q' yang lelaki ni bawak botol air...der,aku telan air watercooler je kot...
"jom kawan-kawan,aku tunjukkan show"..aku pegang botol air tu bawak pergi dekat pasu bunga.
"HMMMMM....pokok2,mesti dahaga kan"..ujarku lantas menyiram pokok bunga belaan kelas 5SC1 dengan air mamat'Q'..dasar perempuan tak ada perasaan...Husnaa terkejut....
"Fatin,janganla sampai macam tu"...kendur minah suci ni bersuara..
"Hehhh....hang ni kenapa??Suka sangat bela dia??...nub mula protes...
"Una,he is not a baby to care about"....jengkelnya aku berkata2..hish..'kompem tak ada orang nak masok meminang ni,perangai buruk benor'..
"Tak boleh ka kalau kita berbaik dengan dia??"soal Husnaa lembut..
"Dengan orang lain boleh,dengan dia x.."tegas dengan pegangan aku..
"TAK BOLEHHHH..AKU BENCI DIA!!!!!!"Jelas nabila bersuara...melihat muka Husnaa yang lembut tu,aku beralah,lantas aku ambik botol tu bawak pergi cafe..kongsi duit sorang RM0.20..Kami isi balik botol tu dengan air aggur lagi...hahaha'kedekut'..banyak gila halangan nak pergi cafe,jumpa cikgu disiplin,pengetua.
"Nub,kalau kita tertangkap ni,memang ALLAH laknat kita la aku rasa,mesti budak tu pakai ayat kuat ni"aku mula menyedari kenakalan diri,tapi dah terlambat,dia akan menderita mental hasil usaha ahli2 sihir yang cun2 ni...demi mempertahankan maruah baju biru'pengawas'...in bracket perangai macam penyangak..kami main sembunyi2 dengan pengetua belakang tiang kafe takot2 terkantoi merayau time PMP..kompem kena soal jup lagi,cluster school katakan"clusterla sangat,student lingkop"...Dengan hati yang tak berapa ikhlas,kami tulis surat cinta untuk ustaz Q..barulah ake sedar,aku tak la jahat sangat,ada jugak lembutnya,macam Husnaa yang Ustaz Q suka..Setelah lama mengharubirukan hidup Q,kami akhirnya bersahabat..tu la,jangan benci orang tak tentu pasal,Allah itu adil..Sejak dari hari tu,kami dah boleh sembahyang dekat surau berimamkan ustazQ.Kalau tak tunggu solat habis dulu,kami jemaah 3 ja,aku imamnya,tu pon kalau mampu la.maklumlah,perangai buruk..and kalau ada hal-hal agama yang tak tahu,kami rujuk dekat dia memandangkan dia bekas student MRSM...jadi,kami dah tak nakal-nakal dah selepas tu..untuk Q,maafkan aku dan kawan-kawan.apa yang kami buat dulu-dulu tu semua sebab kami sssaaayyyyaaaanggg...bukan benci"tetiba ja kan"
Aku sayang kawan-kawan aku sangat2.....
mmmuuaahaahaaaa...

Monday, 11 July 2011

A Little About Me.....

Assalamualaikum
-Dilahirkan sebagai yg pertama tok berani mintak and perjuangkan hak aku

-Anak perempuan kepada Kamarudin B. Abdul and Che Zarina Bt Hassan yang paling tak dengar cakap dan degil

-pencinta keadilan,apa lu buat dekat wa,wa akan buat balik,baik buruk wa x kisah yang penting lu rasa apa wa rasa..

-paling menyampah when people misunderstood,jangan judge orang suka-suka hatila kalau takmau sakit hati balik..

-aku simple,tak banyak songeh,x banyak demand apa yang ada aku sapu ja..

-mulut kadang-kadang lepas in brief longkang sikit,macam jamban tak siap pon ea,loji pelupusan sampah pon ea,tapi hati baik derr.

-benda yang aku suka condemn "lelaki".x tawu la knapa,ada ja yang tak kena dimata aku..itulah,inilah..

-yang pasti aku pejuang bangsa Melayu bukan Bahasa Melayu and Melayu perlu menyatu dan bersatu..

-pejuang UMNO tegar..bukan BN.tolong clearkan UMNO and BN.UMNO untuk Melayu dan aku optimis Melayu and sayang bangsa aku yang semakin lama semakin LAYU ni..

-Walau tak sealim mana dan Iman yang senipis kulit bawang putih muda aku tetap Islam dan hidup untuk Islam.

        ..ALLAH'HUAKHBAR....
                                       
           Special qoute aku adalah
               ..WINNER ARE MADE NOT BORN..
                                    
          Semangat hidup aku ofkoz
                HALJAZAULIHSANNIILLALIHSAAN...
               (balasan untuk kebaikan adalah kebaikan jugak)

Kalau ada yang tak puas hati dengan apa yang ada dekat atas,kesah pulak aku..dah baca..diam ja..angguk-angguk...geleng-geleng sudah..kalau nak face to face jangan,aku pemalu..wooohoooo....maaflah bahasa kasar sikit,zaman sekarang tak boleh lembut-lembut..ayah aku la cakap and tok tak nak jadi anak derhaka ni la hasilnya...da
wassalamualaikum....

Saturday, 9 July 2011

freaking entry

ooOOOpss....this is my first entry..first aku impress dengan diri sendiri sebab aku dah tak lupa password..Ini blog aku yang ke5 and pasword aku kalau boleh nak ja aku letak dekat sini then kita boleh log in secara berjemaah..haha..pelupakan aku.tapi bukan hal besar pon..Yang buat aku teringin sangat nak buat blog ni sebab bff aku la,ni ha url dia farahfieza.blogspot.com sebab dia copy and paste falsafah hidop aku dekat blog dia WAHAI KAUM HAWA dah tu aku usha kekasih aku punya blog gila2bahasa.blogspot.com punya panjang mukadimah dia berpolitik..aku tak nak la dia pandang aku sebelah mata yang aku ni tak pandai politik..Tengok la nanti,aku reveal semua kepincangan dalam politik Malaysia ni,melopong kot mulut dia yang sempit tu..At last before aku beradu..aku nak bagitaw la yang aku boring stady law that is why munculnya blog ni..just for suka-suka and bukan tok difollow or dibaca and sesiapa yang tertangkap follow blog ni maksudnya memang dia sayang aku gila-gila arhhh..semua benda dia ambil tawu pasal aku..upsssss"terperasan"....
End of merapu-rapu....haiizzzz..susahnya nak masokkan first entry ni..nervous plus takot...
bubye...
Dengan lafaz yang lebih mulia
        WASSALAMUALAIKUM.......