Lari Dari Syurga terbitan Buku Hitam Press, selamat dikenallkan pada pada dunia pada 22.11.2012 bersamaan Khamis tepat jam 1.09.
Tak boleh nak cerita panjang- panjang tentang Lari Dari Syurga yang baru beberapa hari berlari ke dunia tu.. Lagipun aku tak habis membaca setiap satu cerita yang ada didalamnya. Setengah mungkin, bukan taknak habiskan tapi banyak sangat yang perlu diselesaikan.
Sujud Dua Kiblat- Tiga perkataan yang menjadi pilihan hati. Mengapa sujud dua kiblat? Begitu banyak pilihan isu yang penerbit ketengahkan untuk dipilih, agama jugak yang menjadi pilihan hati.
1) Politik- Sesungguhnya aku masih tidak matang dalam isu- isu politik memandangkan aku sendiri tidak pasti yang mana benar, palsu, asli dan tulen. Jadi, tidak berani menulis sesuatu yang mungkin salah.
2) Seks- Dalam bab ini pulak, aku lansung tak ada pengalaman. Sekiranya aku menulis, pasti ianya akan menjadi sangat membosankan.
3) Sosial- Aku baru belajar untuk mengenali dunia. Masih banyak yang perlu aku terokai dan pelajari. Tidak terlalu terdedah dengan kehidupan masyarakat masa kini, cara hidup, moral dan adab serta adat masih dalam proses cuba menyesuaikan diri.
4) Agama- Sesuatu yang terdekat dengan aku diantara yang berempat. Sesuatu yang cuba aku selami dan pelajari serta ketahui. Jadi, aku menulis mengenainya memandangkan isu itu yang paling dipandang remeh oleh semua, mungkin aku pun. Tapi, inilah satu- satunya kekuatan aku.
Maka, lahirlah Sujud Dua Kiblat yang mengisahkan dua perbezaan agama yang tidak boleh bersatu dan menyatu. Dalam setiap agama, syurganya pasti berbeza dan menjanjikan kelainan walaupun matlamatnya satu, menuju kesisi tuhan. Mungkin syurga buat mereka tapi neraka buat kita. Dalam memilih syurga, pasti perlu mengorbankan sesuatu, mahu atau tidak kita tak diberi pilihan kerana Kiblat cuma satu.
buku baru ke??? dah dipasarkan???
ReplyDeleteYap..dah ada dipasaran.. Dapatkan lah:)
ReplyDeleteoke2...wajib ada dalam list..trimas
ReplyDelete