Sunday, 16 September 2012

fikizal tak merubah takdir..

Takdir?.. Penat juga nak memikir takdir seseorang, takdir aku sendiri pun masih samar- samar.. Tak nampak jalannya lagi.. Fizikal tak merubah takdir?? Apa pulak aku nak mengarut kali ni.. Jomla sama- sama baca..

"Perempuan kalau dengan sebelah payu dara, jangan claim dirinya perempuan"
Statement yang dikeluarkan oleh 'tak bernama' di twiter, lelaki lah.. Kalau mereka yang tak berpayu dara ni bukan perempuan nak panggil apa ea?? jantan?, tak pun lelaki..

Adakah kita pernah menggelarkan seorang manusia yang lahir tanpa tangan mahupun kaki sebagai jin, demon, hantu tak pun zombi??.. Ianya tetap manusia bukan??.Semua orang menggelarnya manusia, tetap manusia walaupun cacat. Tapi dia tak sempurna, mana boleh claim dirinya manusia.. Hummm..jin la kan..

Nampaknya, si lelaki ini memandang perempuan dekat dada ja.. Kesian, dia yang tak sempurna sebenarnya. Tak sempurna kerana mengeluarkan kata- kata yang sedemikian.. Ianya sangat menyedihkan apabila akal kita tak berfungsi dengan baik. Seluruh hidup kita cacat apabila pemikiran kita terbantut. Fizikal tak merubah takdir dia sebagai seorang perempuan dan fizikal juga tidak mengubah hakikat yang dia merupakan seorang perempuan.. Dan ketahuilah, perempuan boleh hidup tanpa payu dara tu, tapi fikirkan lah bolehkan anda hidup senang lenang tanpa si anu yang bergantungan tu..

You better shut down your stinky mouth..Sesungguhnya aku sangat- sangat menyayangi spesis aku. Setiap wanita dan perempuan diluar sana adalah dibawah tanggungjawab aku. Walaupun aku tak mampu untuk menolong, tapi aku akan cuba untuk membantu..

Tuhan, jauhkan diskriminasi.. Penuhkan dihati aku kesabaran.. Sesungguhnya, aku terlalu membenci lelaki yang mendiskriminasi..


3 comments:

  1. Untuk perempuan diluar sana, semuanya bermakna:)

    ReplyDelete
  2. terima kasih buat aku berfikir dengan cerita di atas...teruskan update supaya stalker macam aku terus membaca...trimas.. :D :D

    ReplyDelete