Sunday, 25 September 2011

bosan

disebabkan kebosanan yang melampau pada 3.17pm/25.09.2011/Ahad.So,muncullah idea lagi membosankan serta lansung tak membangun untuk mencoretkan kenangan2 terindah dibumi merbok.

.Keindahan pertama dapat dilihat saat bertemu rakan-rakan diminggu MDS.Perkenalan demi perkenalan lantas membentuk satu komuniti yang sangat besar dan bersatu padu..

Keindahan ke2 tercetus apabila aku dicampakkan dalam kumpulan Kedahan.Dimana aku bertemu Nuruljannah dan ramai lagi..

Keindahan ke3 Allah memanjangkan jodohku dengan Nuruljannah lalu ditemukan pula diriku dengan FarahNorHafieza

Keindahan ke4,munculnya Munira Idris sebagai penceria suasana.

Keindahan ke5,dianugrahkan Meme Muhamad yang sentiasa mengharubirukan suasana dengan lawak antarabangsa yang super tak boleh blah..

Keindahan ke6 dihadiahkan Hamdi Khalis,Tengku Aminudin dan Abid Basysyar..

Maka terciptalah kasih kita..


Kawan-kawan..aku sayang kamu semua gila-gila..Have fun..Moga tak ada siapa yang lupakan siapa..Kita kawan eah..Kalau aku ada buat salah aku mintak maaf banyak2.

Ikhlas
Fatin Nadhira Kamarudin

Friday, 23 September 2011

Milik kita hanyalah pertemuan,milik kita hanyalah impian..
Tetapi,milik kita yang abadi adalah perpisahan..
Memang ini suratan,memang ini ketentuan..untuk memilih dan menolak kita tak diberi pilihan
Setiap pertemuan pasti temui perpisahan tetapi ianya bukan sebuah pengakhiran sebaliknya merupakan sebuah permulaan.

Sunday, 18 September 2011

pengembaraan

Ten...kita nak p mana hari ni??soal solihin,Huzzairi,Munirah,Nadia dan si gemok gedempol Shukri..
Hari ni kita akan panjat bukit yang paling tinggi dekat kawasan ni,siapa nak undur diri sila,siapa nak ikut jom..Aku tak mau ada yang separuh jalan nanti nak balik.. seperti biasa aku memonopoli undian yang terbanyak.Majoriti berpihak padaku..

"Shukri disebabkan hang gemok,hang sediakan makanan..Solihin pulak tolong shukri.Aku nak relax,aku jalan depan eah.Hery,hang jaga mun elok-elok..”..Arahan diberikan dengan teliti dan kurang adil,aku yang beruntung..

Perjalanan dimulakan dengan ‘parking’ pedati diraja(gerek dalam pelat  Kedah dan basikal bahasa dewan bahasa dan pustaka)di bawah pohon kelapa dibahu jalan.Perjalanan memasuki kawasan yang hendak dituju agak mengerikan,dikelilingi hutan dan tidak berpenghuni.Lebih hiperbola,jalan yang sunyi dan gelap meremangkan bulu roma,menaikkan darah gemuruh membuatkan semuanya tak mahu berjauhan,rapat dan rapat dan hhhhooooiiiiiii!!!!!!belom sampai lah,awat hampa semua ni.aku memekik terlolong mematikan scene yang romantic sebentar tadi..hee..Semuanya ketawa..Kami melalui sebuah rumah kosong dan menghampiri kolam yang airnya sehitam kopi pekat Aladdin.Seperti biasa aku akan mengusik,tetapi Hery tak pernah takut.Setiap yang aku cakapkan disambut dengan gelak dan tawa..hisssshh.potong steeemm betol la..Semakin menghampiri kaki bukit kedengaran unggas menyanyi-nyanyi riang,anjing-anjing liar bersahutan tak henti-henti..Sumpah,takut gila der...

‘urmm..Ten,awat semakin lambat ni?’..Mun menyoal..

‘Heee..penat’..dalihku.Didalam hati seperti mahu saja dibatalkan pengembaraan hari ni.

Kami tiba dikaki bukit.cenuram yang agak tinggi.Bimbang kalau terjatuh..Setelah lama termenung dikejauhan,kami sebulat suara memulakan pendakian.Aku didepan bersama Nadia,Lihin dan Mun..Tiba-tiba kedengaran derap langkah yang laju dan bising..aaaaaauuukkkkk!!!!aaaauukkk!!!..Yes,itu Anjing..Nak tak nak,aku yang belagak berani tadi terlebih awal cabut lari meninggalkan semua orang...

“kenapa?”saol Shukri kepelikan..

“lari la bodoh...anjing”..jeritku sambil membuka langkah seribu..Semuanya menjerit dan berlari menuruni kaki bukit..Untuk menoleh kebelakang,tidak sama sekali, memandangkan aku sangat gerun dengan binatang yang tak sehensem Brad Pitt bernama Anjing..Semuanya lari menghampiri rumah lama tak berpenghuni tadi..

“mana Mun??..mana Mun??”..aku mula dihambat kerisauan yang teramat dengan ketiadaan Mun.Hery semakin gelabah,aku tahu dia sangat menyayangi sahabat-sahabatnya..

“Fatin”..kedengaran suara Mun dari kejauhan.Aku pantas mendapatkan dia..

‘Kasut aku Fatin,tertinggal”ujarnya dalam nada yang sangat sedih..

“pirrrraaaaa dengan kasut hang,hish aku ingatkan dah kena baham dek anjing tu”..
Hery hanya tersenyum lantas pergi mencari kasut Mun yang hilang,seorang diri.Aku mengekori langkahnya dari belakang..

“Jangan ikut Fatin”..arahnya..aku hanya memasamkan muka..5 minit menanti akhirnya Hery muncul bersama kasut ditangan kanannya.Kasut yang penuh lumpur..haha..
Kami meninggalkan kaki bukit menuju ke hutan yang lapang,tanah pamah dipenuhi rumput hijau ditengah hutan.

“ehhh,lembu tu sama gemok dengan hang Shuk”..haha..aku berkata-kata lantas ketawa besar..
Aku mencari sebatang kayu yang sama tinggi dengan ketinggianku,lebih 2,3 cm mungkin...lantas..

“huugggaaaaa3”..aku menghalau lembu.haha.

Kelihatannya lembu tersebut kurang bersosial,tiada sebaris senyuman untuk aku.Tajam renungan matanya..Aku mulai kecut..sudah kukira dia mahu mengejar aku dan kawan-kawan.Sekali lagi kami berlari lintang pukang ditengah hutan.Setelah penat separuh hari mengembara kami berbaring di bawah  pokok hutan yang sangat besar dan rendang,sempat juga aku memanjat pohon aahhh,apatah namanya untuk mendapatkan buah yang kelihatan sangat sedap untuk dimakan dan tahniah aku  telah berjaya dihadiahkan gigitan semut2 besar dan kerengga yang bermastautin dipokok tersebut.Jeritan aku mengakhiri perjalanan yang sangat indah ini...Semuanya ketawa bahgia..

Fatin Nadhira
Tahun 2003 bersamaan minda yang masih belum terbuka.

Thursday, 15 September 2011

NurAbdulAziz

Sugar,
Honey,
Sweetheart,
Darling,
Love,
Aduhh...malay please..

Sayang

Sekiranya saya boleh copy and paste semua ayat-ayat cinta dalam novel,movie tak pun cerita-cerita cinta tu..Saya tetap tak nak buat..sebab semua tu  tak sama banyak dengan apa yang saya rasa dekat awak..
Kalau saya nak bagitau saya sayangkan awak sebanyak bintang dekat langit tu,mesti nampak macam hiperbola giler kan..So,saya nak tukar sikit...saya sayangkan awak macam saya sayangkan ayam,daging,ikan dan nasi dimana saya tak boleh hidup tanpa semua tu..

Saya nak cakap saya rindukan awak macam pungguk rindukan bulan tapi rasanya terlebih elemen metafora disitu,jadi saya nak buat sedikit perubahan saya rindukan seperti saya rindukan kucing-kucing saya..Saya tahu awak tak suka kucing sebab tu saya bandingkan awak dengan kucing sebab awak kena biasakan diri dengan kucing-kucing saya nanti..hee...siap awak saya kerjakan..

Saya selalu susah nak sebut perkataan ni,tapi awak selalu cakap...
“tengok dalam hati awak,kalau betul awak sayangkan saya....awak tak kan rasa susah untuk sebut”
Jadi,saya dah tenung,tengok,selidik dan saya nampak saya cintakan awak..upsss..termalu sudah..tapi sokey,buat apa saya nak malu..suka adala..Love you Tarzan gemok yang buncit sebab kuat makan tanpa henti 24 jam setiap hari..

Bagi saya awak pelik,kemunculan awak penuh kepelikan yang tak boleh dirungkaikan..Semuanya tentang awak adalah pelik..jadi,awak adalah alien untuk saya aka makhluk asing dalam hidup saya yang dengan izin ambil alih jadual saya,rombak rutin harian saya,ubahsuai life saya jadi pelik jugak..sama pelik dengan awak..tapi,kepelikan inila yang saya suka..Saya suka awak yang suka buat kacau dalam hidup saya,saya suka awak yang mengharubirukan hati saya dan memeningkan minda saya yang sememangnya dah serabut serabai ni..Pendek kata saya suka semua keburukan awak yang saya list tadi la...kebaikan awak,sorila der,xdapat saya nak list..awak mana pernah baik dengan saya..upss,auta semata-mata.awak baik sangat..

Tapi,rasa tak bestla plak list yang buruk ja..tapi awak mana ada kebaikan.hee..

Mehla kita reveal apa yang saya suka tentang awak..
Saya suka awak panggil saya beruk,kuat makan macam beruk jugak,buas macam unggas..Walaupun tak romantic tapi sweet gila arh..Saya suka awak sebab awak tak banyak memuji saya,awak cakap muka saya macam beruk lapor,dah tu awak selalu habiskan masa melalut dengan saya yang tah apa-apa,dah naik sama gila dengan saya.tu semua kebaikan awak be4 that day..

Yang hari ni punya version,awak lain sikit..Awak masih yang sama macam dulu tetapi dengan sedikit pindaan,hari ni awak dah tak brutal sangat.Dulu brutal gila,cakap suka tapi x nampak sukanya macam benci saya adala,cakap sayang tapi ganas gila cakap cinta tapi marah-marah.uhh..scary..Hari ni,awak dah baik,sweet,romantic plus penyayang lagi..

Umm..banyak sangat nak tulis..tapi takut tak cukup ruang ditambah pulak awak yang gemok gedempol lagila tak cukup space..Sekeping hati saya yang kiut miut tetap sayangkan nabila tetapi hati saya yang comey lote ni hanya sayangkan awak,NurAbdulAziz@sugar,honey,sweetheart,love...





HOLLAND
FRANCE

fatinnadhira
1.28PM
16September2011

Special person

Speechless...
Hilang kata-kata...
Bisu untuk seketika...
Kenapa ea??simple answer...

 “this is because of her”...

Kecik tetapi berani,lemah tetapi kuat...

Dalam meluahkan apa yang ada didalam hati dan minda,dia sering terlupa untuk filter apa yang ada..Semuanya main sembur ja..
Perempuan yang sangat berani..sekental-kental dan seberani aku pun,aku tak mampu nak cari gaduh dengan lelaki depan public..tak pun dengan beraninya pergi sembur  dekat mana-mana lelaki cakap..
“muka hang ni tak ada masa depan”!!!..okey,minah ni berani..

Ganas tetapi manja...

Untuk melihat tahap kemanjaan dia,warga SMKDSA memanggil aku dan dia sebagai pasangan suami isteri..Why??every morning aku akan peluk dia and dia tanpa segan silu minta cium dekat pipi depan semua orang dan kuku-kuku comel milik dia akan disimpan untuk dipotong oleh aku..why??sebab aku terlalu memanjakan dia..Kadang-kadang kawan-kawan perempuan selalu cakap..eeeiiiyyyuuuu..dan aku akan cakap..ehh..lantakla..dalam hati, “kalau kawan tu eeeiiyyuuu la sangat kan,kalau dengan bf x eeiiyyoouuu pulakkkk...eeeiiii..seronok!!!”..menyampah aku,hina sangat ke kawan..kepada siapa yang selalu eeiiyyuu dulu,huh kompem ada bf,bf lari,ada husband,husband kawin lain..aku dan dia,kompem tak,maklomlah manja dan penyayang,open,ikhlas penuh kasih sayang lagi..dah tentu-tentu disayangi..UPSS..perasan

Kental tapi mudah menangis...

Sudah menjadi kebiasan dia untuk kol aku dan menangis-nangis sekiranya ada sesuatu yang membebankan hati..Bukan sikit-sikit lagi dah,sampai kadang-kadang aku pun tak dapat tangkap apa dia cakap,teresak-esak tahap habis..Dan,percayalah hati aku sangat sakit untuk dengar dia menangis..Sakit memikirkan ada orang yang buat dia menangis,sakit bila memikirkan ada orang yang menyakiti hati dia... ‘heyyy...hanya aku yang boleh buat dia menangis,orang lain aku haramkan..dan kamu,aku tak izinkan setitis pun airmata yang ada dekat dalam mata tu untuk mengalir kerana orang lain..tak boleh!!!!!’...It hurt me...really hurt me..

Degil...

Kedegilan yang sangat melampau..segala nasihat tak nak diikuti..Disebabkan kedegilan inilah aku membenarkan dia membuat segalanya sesuka hati dan sentiasa memberi sokongan dari belakang walau kadang-kadang tak berapa setuju..

1)TAK SETUJU DENGAN BERUANG..
2)TAK SETUJU DENGAN BERUANG..
3)TAK SETUJU DENGAN BERUANG..muktamad...

Pesanan yang aku selalu ingatkan dia...

 Jangan lupa sembahyang
Jangan keluar dengan lelaki lebih dari pukul 7.50 malam
Jangan percayakan lelaki
Jangan menangis untuk lelaki
Jangan dan jangan dan jangan itu ini,macam mak nenek...

Dan ini pesanan dia...

Jangan lupa sembahyang
Jangan gatal-gatal
Jangan gedix-gedix
Jangan berangan nak itu,ini..blalalala..macam tok nenek..

Apapun yang terjadi,sekeping hati yang kiut miut ni tetap sayang dan sayang dia gila-gila.Sepenuh hati tanpa berbelah bahagi..

ehhhh..tercilap..una

Dia..RusydatulNabila


Wednesday, 14 September 2011

Gemok tapi cute:)

Gemuk tetapi cute...as simple as that..ayat yang menerangkan  special entry aku ni..Mostly  orang akan cakap dia ni lemah lembut,penyayang dan sopan la..Tapi bagi aku ha,dah la garang,kerja buat bising,sekarang pun tengah melalak bawah katil aku ni ha menyanyi fevret lagu aku,Kekal dah tu kerja jerit ja dekat telinga aku.bingit dan menyakitkan..ahhhhh..bosan-bosan dengan minah ni..

Tetapi,sebenci-benci aku dekat dia,muka dia la yang aku kena hadap hari-hari,time nak tido,bangun,makan,mandi,pergi kelas,tido balik,bangun balik pendek kata rutin seharian aku melibatkan dia.Lagi parah dari tu dalam purse aku pon terpampang besar gambar huduh dia sampai kawan-kawan yang buka purse aku cakap tu purse dia..huh...tak dak kerja lain ke minah ni,kerja menyibuk dalam life aku jer..
Cara kami menunjukkan kasih sayang agak lain dari yang lain cikitla..Bila bangun pagi,kami tak pernah bercakap even aku diatas dia dekat bawah...Dia lebih gemar menghantar sms kepada aku...

“nak pergi kelas tak hari ni???”
“aku sakit kepala la,tak larat”...

Itulah dia,macam ada ketul emas dalam mulut,nak cakap pun susah..aku pulak jenis buat note letak dekat atas meja dia,bila dia bangun pagi,dia bacala note-note aku..unik kan,namanya sebilik,sekatil,tapi dah macam suami isteri bergaduh,kirim-kirim note lagi..

Walau aku benci dia,diala yang selalu jadi penawar untuk semua sakit aku,yang boleh aku peluk dan pegang-pegang..ups,jangan fikir bukan-bukan,pegang tangan,bahu jer taw..Kalau aku sakit sangat-sangat,tak kirala sakit apa pun,aku pergi peluk dia,pegang tangan dia,terus hilang sakit aku..dah tak sakit..so,aku panggilla dia penawar aku..And kalau aku tak boleh tido dia akan bagi aku pegang tangan dia sebab aku ni pelik sikit,nak tido kena pegang-pegang tangan orang..So,aku terpaksa mengaku yang aku sayang diala...k fine,aku mengaku aku sayang dia..Eh,satu lagi nak bagitau persamaan aku dengan dia,kami sama-sama benci dan anti lelaki,tiap-tiap malam sebelum tido kerja kutuk lelaki ja,bangun pagi,nak makan even tengah stady..refreshment tok stady adalah dengan kutuk lelaki..Semangat mau membara wa cakap lu..erhh..brutal plak..semangat mau membara saya cakap kawan-kawan..ok,lembut cikit..heee

Next,aku terpaksa menggunakan telinga dia untuk melalut entah apa-apa dan pinjam perut dia untuk teman aku yang kuat makan ni..Dengan rela dalam paksanya,dia pun akan dengar dan makan apa aja aku cakap dan makan..Lagi satu tentang dia,kalau dia nangis buruk benor,teresak-esak sampai meleleh-leleh air hidung ha.hahaha,hiperbola.Pernahla dulu aku tido,tiba-tiba terdengar ada orang menangis tepi aku tengah malam-malam buta,ingatkan sakit ke apa,tak pun sedih nak raya..bila fikir balik  lagi 2,3 hari  raya cina.Raya cina ja pun apa yang dia nak sedihkan sangat sampai teresak-esak malam-malam buta.rupanya nangis tak mau balik kampong sebab nak teman aku dekat KL...Alolo,so shuit gemok...sayang hang!!!..

Dah la,cukup-cukupla tu aku puji-puji dia,nanti mengembang macam belon pulak,bertambah berisi la minah ni nanti...Weh samseng,aku sayang hang gila-gila..Aku harap kita boleh sambung degree sama-sama.Course yang sama,U yang sama..Tak sanggup asanya nak cari kawan baru yang entah baik ke tidak..Kalau jahat macam hang aku tak kisah sangat la,takut dapat yang baik gila-gila tu susah jugak aku..hee

Sincere from
Fatinnadhira


Dedicated to
Farahnorhafieza...


Gemok tapi cute:)
mmmuuaaahhhhhaaaahhhaaa

Sunday, 11 September 2011

Lelaki

LELAKI!!!!tiga suku kata yang menghantui aku..Why???dont know..In brief aku benci lelaki,for what?still identifying..mungkin disebabkan aku melihat seorang lelaki dari sudut yang positif tetapi bila terbongkarnya kenegatifan yang dimiliki membuatkan aku benci lelaki...Ini bukan permasalahan aku untuk hari ni,tapi dari aku kecik dan terbawak-bawak sampai kehari ni.Bagi aku,lelaki sebaik mana pun anda,anda tetap lelaki.

Aku melihat tahap hipokrasi kaum lelaki sangat tinggi melalui orang-orang yang aku sayang yang sentiasa mempercayai aku untuk diluahkan rasa dan perasaan yang terbeban angkara lelaki.Bagi aku lelaki,memilih,bagai mereka punya hak untuk membentuk segalanya seperti kehendak hati.Mereka adalah parasit.Bukan seperti komensal,bukan jugak mutual sebaliknya mereka adalah predator yang perlu dijauhi.Bahaya sekiranya mendekati mereka.Hari demi hari pemikiran aku membengkak dengan pegangan lapok aku yang tak pernah diubah,dan tak akan diubah.

Lelaki,hipokrit..penipu,kaki temberang..Suka memperbodohkan kaum perempuan..Hey you!!guys!!!kalau ada seorang perempuan menangis kerana ditinggalkan,diduakan..Ingatlah dia bukan bersedih kerana kehilangan anda yang tak berharga tu,tetapi ianya disebabkan sakit hati ditipu dan diperbodohkan.Just that!!!stop thinking that u’r most valuable creature that women desired with..

Bodoh,sampah,gila..ini adalah diantara perkataan yang pernah aku dengar dari lelaki,tak secara lisan tetapi diceritakan.Aku tak faham,mengapa setelah lama bercinta boleh terkeluar perkataan yang semacam ni dari mulut longkang anda.Hey you,my most precious girls out there..stop being stupid.U’r not such a tool..tak perlu menjadi terlalu bodoh memperbodohkan diri anda.Sekiranya dalam bercinta ini sudah ada belangnya,tah lagi berkahwin,they can even call you prostitute!!!.Anda masih ada banyak benda yang perlu diselesaikan dari membuang masa menyintai lelaki seperti ini..This is not the end of life tetapi merupakan suatu permulaan yang baru untuk menyedari sesuatu tentang dia yang digelar cinta..

Ya,aku benci lelaki,tetapi tak bermakna aku akan memusuhi lelaki,bff aku masih lelaki.Yang pasti aku tidak akan mengalah dengan lelaki,berundur demi lelaki tak pun berputus asa kerana lelaki..Tidak meminta hak sama rata cuma mengharap tidak didiskriminasikan,dibodohkan dan dipermainkan.

Dan,aku bukan lesbian.Aku benci lelaki tetapi aku in bracket(C_ _ _ A) lelaki.

Sugar,u’r not the one that I listed...I believed in you...FRANCE!!!!!

Sunday, 4 September 2011

Bahasa Penjajah

Bertapa or betapa?..
Dengan itu atau dengan demikian??..
Inilah permasalahan besar yang aku hadapi sekarang.Sibuk  mempelajari bahasa penjajah,aku ter ‘korban’ kan penggunaan bahasa aku,Bahasa Melayu.Aku seperti kaku dalam tatabahasa Melayu kerana terpaksa memperbetulkan grammar English.dan aku yakin,bukan aku sahaja yang berhadapan dengan masalah ini,kawan-kawan aku turut terkesan dengan perlaksanaan English Education.Haiz..betul-betul opportunity cost lah..Aku Melayu,bertutur Melayu dan dikelilingi Melayu tetapi bila tersadai di dunia yang lebih tinggi aku sudah tidak lagi menulis dalam bahasa Melayu,semua kerja yang aku selesaikan perlu dimurtadkan ke English dan dituturkan dalam bahasa yang dulunya paling menyampah aku pelajari..Ya,Aku masih Melayu,tetapi dalam perlaksanaan bahasa aku sudah tidak menguasai Bahasa aku.Sedangkan aku dulunya seorang yang sangat praktikal dalam penulisan dan pengolahan idea.Bunga-bunga bahasa yang indah,puitis,hiperbola dan metafora sudah asing bagi aku.Semuanya terlalu spesifik dan terang,tiada lagi kata-kata biasan dan bidalan.
Untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu aku,aku terpaksa menggunakan blog sebagai medium menginterpretasikan penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan dan ejaan.Percakapan tanpa perlaksanaan umpama mencurah air kedaun keladi yang disaluti lilin diatasnya.Agak hiperbola tetapi masih ada signifikannya.Kenapa??..apabila kita sibuk bertutur dalam bahasa Melayu tetapi tidak pandai menyalurkan melalui penulisan serta penggunaan  tatabahasa yang tunggang terbalik ianya akan merendahkan status Kemelayuan kita sendiri..Maksud aku yang lebih terperinci.. “nama ja Melayu,cakap ja pandai,tapi bila menulis macam Hindu lagi.Sedangkan bangsa lain sibuk menguasai bahasa kita,kita sendiri lemah dalam perbendaharaan bahasa dan kata”..inilah yang aku risaukan bila melihat penulisan bangsa lain lebih bermutu dari bangsa aku sendiri yang suka memurtadkan bahasa..
But, it does not mean that I didn’t agree with the used of English in education.Reoder this application,we are able to produce and mould the generation with knowledge and  great achievement not only in this country but broader than that.We have to empower our future generation with all the capabilities to prove that.. “We are Malaysian,but we never left behind”..
Winner are made not borned.

Cinta tak pernah buta

Cinta tak pernah buta,cinta itulah cahaya..Yang buta itu adalah kamu!!ya!!kamu yang sedang membaca apa yang aku tuliskan disini.Orang hanya meletakkan salah kepada cinta,cinta itu buta,tak celik,melalaikan dan bermacam-macam lagilah..Menyalahkan sesuatu yang tak pernah salah,umm.hampir-hampir kepada fitnah tu..
Apabila kita sibuk membicarakan tentang cinta sudah semestinya ada diantara kita yang tengah hanyut dalam cinta,tenggelam dalam keasyikan cinta mahupun sudah lemas dalam badai cinta.Aku yakin,mereka akan akan katakan bahawa cinta itu indah,terlalu sukar untuk digambarkan,payah untuk diceritakan...Tengok,sudah hampir sampai keperingkat hiperbolanya..Tapi ya,begitulah hakikatnya tetapi bukan untuk semua orang yang bercinta.Tak semuanya sebertuah itu.
Percayalah,cinta itu indah hanya pada nama dan apabila kita bahgia sahaja..Tetapi bila tiba saatnya berpisah,semua insan yang buta sebentar tadi akan celik tanpa sebarang bantuan perubatan.Masa itulah..
“perangai  macam sial”..
“Muka macam jamban tak siap”..
“Apa pun tak dak,harapkan ego lagi besar dari lubang hidung”..
“Asal tak mampos dari awal ha..kecik-kecik tak mau mampos,bila besar menysahkan aku”..
Jangan cakap aku mencarut dan melalut entah apa-apa tanpa asal usul dan periksa.Tepuk dada,tanya minda..Apabila cinta sudah beralih arah,dari sayang akan bertukar kepada pisang..betul tak??..hee..Dari Darling akan menjadi juling..Dari abang akan bertukar ‘ bang’ang(bangang)...Semuanya akan bertukar serta merta..Sibuta kembali celik..Kulit yang dulunya putih bersih menjadi luntur dengan jerawat batu,yang dulu dikatanya tak la sayang,tak gemuk pon,sekarang sudah mula menampakkan selulit..Haizzzz...Apabila cinta tak lagi milikku,yang kurasa hanyala nestapa..upsss..tah betol entah tak lirik ni..tapi,itulah realitinya..
Tambahan peribadi,
Saya cintakan awak..YA!!!!awakla..