Thursday, 20 December 2012

Jangan cuba dekati kalau takut disakiti,
Jangan cuba hampiri kalau tahu ia sudah dimiliki,
Jangan berani memperjudikan hati, bimbang akhirnya menjadi benci..

Hati ini pasti,
Pemiliknya sudah ditemui,
Jangan kau cuba nak jadi pencuri,
Bimbang tertangkap, terkurung di sebalik tirai besi,
Sendiri, hati sunyi sepi tak berpenghuni.

Ini tegas dari hati,
Moga kau memahami,
Hati ini sudah dimiliki,
Oleh dia, sang lelaki,
Yang dari dulu tak pernah berhenti menanti,
Sejak pada pandang pertama dia menghargai,
Dan, akan dibalasi perasaan itu sampai mati..

Sunday, 16 December 2012

sugardaddy

teringin nak berkongsi cerita di offer sugar daddy, kawan- kawan yang turut di offer, moga- moga tak terpengaruh ea..

War Crime Tribunal: Aku duduk di kerusi menunggu tribunal bersambung setelah 20 minit berehat, duduk betul- betul di barisan kedua, selang 1 baris kerusi di belakang Tun M dan isteri. Hajat ingin mendengar dengan lebih jelas judges mengutarakan hujah dan fakta kes mengenai perjanjian Geneva. Tiba- tiba ada seorang singh ni duduk sebelah. Aku diam ja, relax..nyembang dengan mija dekat sebelah.. Tiba- tiba dia tegur. Bangkitkan isu PTPTN, masa tu isu ni tengah hot, aku pun cakap jelah.. dah pinjam kenalah bayar balik, dah berconsent nak pinjam, dah baca perjanjian, sah tandatangan, apa susah, bayar balik jelah"in English".. "you patut jumpa judges and lawyers dekat dalam tu, bagus- bagus 'in english'.. Aku pun okeylah, layan jelah..cakap macam pro dia ni, macam lawyer pon ada, tapi doktor pun ya jugak, sebab dia nampak bijak.. Tapi banyakla plak dia cakap..aku pun dah naik rimas.. 

"you nak sugar daddy tak, bagus kalau you ada satu. I boleh bagi", okey kali ni dia speaking MELAYU.. Ha, boleh cakap melayu rupanya.. bakal lawyer Indian dekat depan aku tu dah geleng- gelengkan kepala sambil tersenyum.. Ya, aku faham senyuman dan gelengan tu..

"I dont need any, thank you"
"Jadi law student perlukan life yang up sikit, nanti senang hidup you" Haiz, dah kenapa singh ni, baik bebenor la pulak.. Satu kertas dia keluarkan, dan sekeping kad dihulurkan.. 
"you tak payah fikir panjang, you bagi no you, birthday bila?"
No phone, 0173099081, 07 APRIL 1991..aku kan pemurah..dah dia mintak bagi jelah..Mintak maaf la ea kalau saya terbagi no phone anda or tarikh lahir, aku main terjah ja no tu..

Dah aku bagi tu, tak mau pulak dia berenti cakap, dah- dah aku blah ja dari situ duduk belakang. Kalau duduk situ lama lagi boleh jadi gila aku, sama gila dengan dia. Bila ja tribunal bersidang, dia terlena sampai ternganga- nganga mulut atas kerusi, penat betul lah tu..

Bila diselidik rupanya macam tulah caranya untuk cari anak- anak muda untuk bapak- bapak tua.. Pergi ketempat yang programnya bagus-bagus, so anak- anaknya pun bagus- bagus.. Kalau kena dengan cara pujukannya, tentulah dapat.. Budak- budak zaman sekarang bukan boleh harap sangat.. Nasihat, tak boleh harap pun mikirlah dulu nak buat apa pun ea.

Tapi macam tak jugak, mestilah dia guest.. Nak masuk tu berprotokol.. Tag segala bergantung dekat leher dan paling menarik semasa pelancaran buku third world war dari seorang penulis Barat, lagak dia macam orang penting dalam pelancaran tersebut.. Juga seperti seorang bijak pandai.. Tah- tah, saja nak kenakan orang.. umm, tahlah..

                                                  
ini aku masa tribunal tu, mungkin muka nampak kampung habis, boleh la diperbodohkan.. Tak dapat             la der, muka kampung tapi otak 2020..
  
                                         

Saturday, 15 December 2012

Maggot

Sangat menderita apabila sesuatu yang paling digeruni merayap di kaki dan ditangan, dengan rasa tak bersalahnya singgah berehat di baju tidur.. Oh, tidak..saya hampir mati hari ni.. Kamu memang comel, tapi kamu lansung tidak memikat hati saya!!!! 

Thursday, 13 December 2012

11.12.2012

Pertama kali sepanjang mengenali insan ini, saya melihat dia ketawa dengan segembiranya. Selalu serius dan senyum sahaja yang banyak, gelak pun maybe sikit sangat.. Terlalu hitler.. Tapi pada 11.12.2012 bersamaan selasa dalam pukul 4.20 petang manusia ini gelak dengan seronoknya kerana seekor binatang tidak berkaki bewarna hijau yang melekat di cermin matanya. Dan dengan seronoknya dia membuli saya dengan binatang tersebut, sangat- sangat gembira melihat muka saya yang ketakutan. 

Satu hari nanti saya akan bawak lipas dan katak menemui dia, baru dia tahu apa itu gelak dan menangis..

Watch out babe!!




Wednesday, 12 December 2012

Jodoh kami, bukan kamu!!!

Jodoh kami, bukan kamu!!!

Tuhan menjadikan setiap sesuatu itu secara berpasang- pasangan..
Bulan bintang, langit bumi, lelaki dan perempuan, suami dan isteri..
Berpasangan itu maksudnya, 1 + 1 = sepasang.. 1+1+1+1 tak jadi sepasang taw.. So, dah melawan lumrah alam ni..

Isu yang nak dibangkitkan di sini ialah: Jangan menggunakan alasan jodoh sekiranya nak beristeri 2 atau 3.. JANGAN..JANGAN.. Sesungguhnya kamu melawan lumrah alam kerana 1+1= sepasang..

Kalau kamu berkahwin lebih dari satu, ianya adalah kerana jodoh wanita itu, bukan jodoh kamu.. Kamu adalah untuk digunakan bagi melengkapi jodoh seorang wanita.. Jadi, jangan nak berangan jodoh kamu banyak pulak.. Kamu tu tak berjodoh, cuma bernasib baik....

Ingat, 1+1= sepasang, dan setiap sesuatu diciptakan berpasang- pasangan..

Friday, 7 December 2012

esss

Hari esok bermulanya satu pengembaraan baru..

1) Bangun awal pagi ke "somewhere", maybe around 10 plus will be home. Harap-harap boleh jadi Cinderella berselipar Jepun sekali lagi..aww.romantiknya.. 
2) Pasti hari yang sangat memenatkan.
3)Nasihat untuk diri sendiri, dapatkan rehat yang secukupnya..

Ahad- terlibat dengan SAF-RENANG.. dari pagi sampai petang.
Fungsi- jadi lifeguard ja.kikiki..tah2 penjaga masa..
Kelebihan- dapat mengusha abang- abang renang menunjukkan free style, kupu- kupu and kuak dada.. Aigooo..moga2 tak tergoda..Boleh jugaklah menengok awek2 cun berenang.. Tapi, mestilah tak fokus sangat..

Dan, selamat bercuti 2 hari, yang lansung tak rasa macam cuti.. 
Selamat mengasingkan diri dari keseronokan juga.. Saat- saat akhir final perlu dihargai..
Dah tiba masa untuk jadi selfish, pendiam dan serius dalam setiap perkara yang dilakukan.

Jadi untuk itu, saya mengisytiharkan saya single untuk sebulan..

Read more, speak less..
Express not to impress..
And yes, stay away from stress..

Thursday, 6 December 2012

STRESS

Pertama kali aku menjawab soalan dengan keadaan ingin bermaki- makian kepada masa yang dikatakan emas itu. Soalan tersebut bertajuk stress.. Beberapa helaian perlu dibaca dan difahami, memang stress.. Bila ternampak baca ja soalan tu, terus aku membayangkan minggu aku yang stress.. Iaitu minggu ini.. Bermula dari awal minggu pada 3 12 2012..

3 12 2012/ISNIN- beberapa perkara yang tidak diingini tercetus dan memang stress tetapi berjaya di handle dengan menggunakan khidmat akal.

4 12 2012/SELASA- Memang stress. Pergi ke kelas dan dengar dr. bebel bebel.. okey, that it..aku tidor ja.. then balik.. Ha, lupa pulak.. Ayah pesan..Fatin, jangn simpan cash dalam dompet. Ambil yg perlu shja. Kalau tak nanti hilang tak pun habis.memang pon, dalam seminggu lepas rm 000.00 dikeluakan dan licin. Nak try apply lah nasihat ayah, tak keluarkan duit lansung. Dalam minggu ni cuba hidup tanpa duit, dan ha..boleh hidup..memang boleh..tapi azab gila.. Pukul 2 petang, nak pergi perpustakaan naik bas..sorang2.. alamak, tak ada duit ni.. Tapi aku tetap akan pergi libry no matter what.. Nak g atm, no..tak boleh.. So, macam orang gila mengutip duit2 syiling dalam toilet, washing machine and baldi.. Kenapa dlam tempat2 ni ea?? Aku tak dpat jawab sebab setiap kali aku mandi, basuh baju ataupun letak baju dlam baldi akan adalah duit syiling.. Dan aku tahu duit itu dari aku.. Tetonggek2 belakang almari mencari duit2 syiling.. Ya, cukup untuk pergi tapi  bukan untuk balik.. Aku tetap akan pergi dan sampai.. Mujurlah hidup berkawan, pergi lbry ada kawan dekt sana and dia ajak balik sekali... Yeay..boleh balik..yehaa..

5 12 2012/ RABU- bermati- matian hari selasa aku buat kerja untuk consti, aku akui itu adalah kerja terbaik aku pernah buat walaupun tak.. No matter what aku akan hantar dekt madam.. Bangun pagi air pulak tak ada.. Tak pergi kelas..Perhhhh..ponteng 2 kelas pagi rabu.. Dan tak hantar pun kerja tu.. Petang ada kelas pukul 4, sekali lagi perlu mencari wang..waaaa..mujur ada beg simpanan, rupanya banyak syiling dalam tu..heaven!!!! Pergi tunggu bas, sejam baru sampai..aigooo..ada test tau tak, terlambat dah ni.. Masuk kelas prof pandang pelik.. Aku duduk diam ja.. "Fatin mana ea?" Aku hairan.. aku ada depan dia kot.. Aku pun angkat la tangan.. "Lah, apa dah jadi dengan muka kamu ni, saya dah tak kenal"..tersengih2 dia.. "Saya pakai selendang madam, selalu tudung".. Okey, minggu ni aku berselendang sebab aku stress..Bila ada selendang, hidup aku simple..belit2 dah siap.. Then lepas kelas pergi menghambakan diri kepada library.. Pukul 12.30 malam sampai rumah dan air masih tak ada.... So, pergi kumpul air.. Penatnya...

6 12 2012 iaitu semalam- Bangun pagi2 buta terpaksa minta kawan bayar balik bayaran yang aku dahulukan untuk makan minggu lepas.. Yehaaa..ada rm 12 ringgit dalam tangan.. Macam biasa naik bas pergi unit kesihatan pulak.. Haiz..tyme2 nila nak sakit.. Dah setle semua balik, dapat mc and tak pergi kelas untuk presentation.. Alhamdulillah, tuhan sentiasa memakbulkan doa orang2 tertindas, presentation dikancelkan dan diganti minggu depan . Terima kasih tuhan.. Sehari aku tak makan, dan aku sorang2 dirumah..Kawan2 g library, aku tak sebab dapat mc for internal bleding.. Seharian mengusha buku sorang- sorang.. Dan, bila sorang2 aku akan usha2 page orang, twter orang dan ummmmm...ummmmm..takmau cakap.. adoiiiyyyy..dah pukul 8 malam dan aku sudah mula lapar teramat.. Mahu atau tidak aku berjalan sorang2 pergi hakim dan beli makanan.. Memang lapar gila, 24 jam tak makan, mana boleh..mjur duit rm12 tu ada.. heee.. Tiba- tiba ada seorang abang yang tidak dikenali memberhentikan motosikalnya.." kenapa jalan sorang-sorang. Bahaya" garu kepala dan mampu tersenyum.. teruskan langkah, beli makanan dan balik rumah.. Stady untuk final Bel hari jumaat..

Dan hari ini- aku berhadapan dengan soalan bel yang stress... Dan, tak mau hidup tanpa duit lagi.. Dah belajar, memang susah..kesiannya  pada mereka yang memang tak punya wang... Salah kalau menuduh mereka malas tak berusaha..tengok aku, rajin ja, tapi tak ada jugak duit.. Selamat bertemu kembali atm, kita bercinta lagi ea..

Alamak, aku dah tak cukup masa.. Dok sibuk kenang peristiwa seminggu.. sampai dah kehabisan emas.. Tidak!!!!! Bel.. I want an A for Bel.. Please...

Sujud Dua Kiblat

Lari Dari Syurga terbitan Buku Hitam Press, selamat dikenallkan pada pada dunia pada 22.11.2012 bersamaan Khamis tepat jam 1.09.

Tak boleh nak cerita panjang- panjang tentang Lari Dari Syurga yang baru beberapa hari berlari ke dunia tu.. Lagipun aku tak habis membaca setiap satu cerita yang ada didalamnya. Setengah mungkin, bukan taknak habiskan tapi banyak sangat yang perlu diselesaikan.

Sujud Dua Kiblat- Tiga perkataan yang menjadi pilihan hati. Mengapa sujud dua kiblat? Begitu banyak pilihan isu yang penerbit ketengahkan untuk dipilih, agama jugak yang menjadi pilihan hati.

1) Politik- Sesungguhnya aku masih tidak matang dalam isu- isu politik memandangkan aku sendiri tidak pasti yang mana benar, palsu, asli dan tulen. Jadi, tidak berani menulis sesuatu yang mungkin salah.

2) Seks- Dalam bab ini pulak, aku lansung tak ada pengalaman. Sekiranya aku menulis, pasti ianya akan menjadi sangat membosankan.

3) Sosial- Aku baru belajar untuk mengenali dunia. Masih banyak yang perlu aku terokai dan pelajari. Tidak terlalu terdedah dengan kehidupan masyarakat masa kini, cara hidup, moral dan adab serta adat masih dalam proses cuba menyesuaikan diri.

4) Agama- Sesuatu yang terdekat dengan aku diantara yang berempat. Sesuatu yang cuba aku selami dan pelajari serta ketahui. Jadi, aku menulis mengenainya memandangkan isu itu yang paling dipandang remeh oleh semua, mungkin aku pun. Tapi, inilah satu- satunya kekuatan aku.

Maka, lahirlah Sujud Dua Kiblat yang mengisahkan dua perbezaan agama yang tidak boleh bersatu dan menyatu. Dalam setiap agama, syurganya pasti berbeza dan menjanjikan kelainan walaupun matlamatnya satu, menuju kesisi tuhan. Mungkin syurga buat mereka tapi neraka buat kita. Dalam memilih syurga, pasti perlu mengorbankan sesuatu, mahu atau tidak kita tak diberi pilihan kerana Kiblat cuma satu.

Saturday, 1 December 2012

Jangan Setia

Kepada kekasih kesayanganku yang bernama wanita..

Nasihat untuk anda hari ini dan pelajaran baru ialah, jangan pernah setia sampai memandang yang lain juga tidak berani...Jangan..jangan.. Semakin hebat kesetiaan anda, semakin banyaklah peluang untuk anda ditipu dan dipermainkan.. Selagi dia belum suami anda, jangan pernah setia.. Berkawanlah seramai mana perlu, jangan bataskan pergaulan atas dasar kesetiaan. Berkawan bukan ertinya anda menduakan dia, cukuplah sekadar anda tahu apa yang anda perlukan dan apa yang anda telah tetapkan dihati.. 

Selamat beramal..