Saturday, 29 September 2012

Perkataan Tolong

Sesuatu yang saya takut meminta dari orang dan susah minta dari orang ialah, TOLONG!!!!!. kerana saya tahu, ia merupakan sesuatu yang susah untuk diberikan.. Tapi ketahuilah, setiap pertolongan yang saya berikan adalah ikhlas dan tidak meminta apa- apa kecuali sesuatu, jangan sakitkan hati saya!! Tolong... Hati saya sangat degil dan keras, sekali saya marah, anda tak mungkin dapat melembutkannya.. Saya mungkin dianggap lemah kerana saya seorang perempuan, tapi ingat perempuan yang anda anggap lemah ini menanggung sesuatu yang anda tidak pernah tahu.. Perempuan yang lemah ini akan pastikan anda menyesal sampai mati sekiranya hatinya disakitkan... Perempuan ini bukan perempuan emosi, tapi perempuan yang meneliti dan menepati janji!!! InsyaALLAH...

Wednesday, 26 September 2012

anak haram

Assalamualaikum.. Hari ni nak mengarut pasal debat anak haram antara aku dengan seorang kawan yang bukanlah alim, tapi seseorang yang hidup berlandaskan syariat la.. Dan aku seorang perempuan yang hanya menggunakan logik akal dalam debat ni.. aku tak pandai nak menggunakan ayat- ayat Allah, takut jugak silap..

Fakta kes yang dikeluarkan:
 1)halal seorang lelaki mengahwini anak perempuannya hasil penzinaan dia dan ibu anak tersebut kerana tiada hubungan yang halal dan sah. Anak itu bukan anak kepada lelaki tersebut kerana mereka tidak berkahwin.

2)Itu adalah salah satu hukuman kepada orang yang berzina, nak atau tak memang itu yang telah dipersetujui


Entah apa-apa ayat mengarut yang aku keluarkan:
1) Makan dari hasil yang haram tak menjadikan makanan itu halal.. Makan itu baik, tapi apabila dari hasil yang haram, perbuatan itu tetap haram. Menikahi benih sendiri tiada yang halalnya, walaupun nikah itu baik.

2)Allah menjatuhkan hukum kepada mereka yang bersalah, ini hukum Allah. Tapi apabila kalian menyatakan seorang anak boleh menikahi bapaknya, tidakkah kalian tahu, kalian sudah menjatuhkan hukuman kepada anak tersebut. Sebagai seorang anak dan seorang perempuan, ianya merupakan satu penghinaan. Jadi hukum Allah sudah tak berjalan, anak yang tak bersalah itu yang menanggung malu dan menerima hukuman.

3) Soalan saya terhadap anda, bolehkan seorang lelaki mengahwini anak tirinya? anda menjawab, boleh sekiranya ibu dan lelaki tersebut masih belum bersetubuh.. Tanpa pengetahuan agama yang banyak saya menyatakan.. Maknanya disini, bukan pernikahan yang mengharamkan seorang lelaki menikahi anak tirinya tapi PERSETUBUHAN!!!. dalam kes anak haram ni, lelaki tersebut bukan sahaja dah bersetubuh, berzina dan apa- apa istilah lagi, malah dia sudah menghasilkan anak tersebut. Dimana lagi datang istilah halalnya?.. tolong jawab... Jawapan anda mudah, jangan samakan situasi ini dengan situasi yang lain. Sebagai Islam inilah yang telah ditentukan. Dan mudah saya menjawab.. Yang berzina itu belum murtad, maka hukum ALLAH itu perlu berjalan. Dan, Allah tak menghukum orang yang tak bersalah. Saya bercakap untuk anak haram..... Kamu orang yang beragama jangan menghukum sesuka hati..

Saturday, 22 September 2012

Dia yang mati

Tuhan pernah bawa dia pergi jauh dari aku dulu, dan aku gembira.. Tapi, aku betul- betul tak sangka Tuhan benar- benar memaksudnya. Dia pergi dari aku untuk selama- lamanya.. Dan, aku menangis untuk itu.. Sampai mati, aku takkan pernah berhenti... Untuk dia yang sudah mati..

Sunday, 16 September 2012

fikizal tak merubah takdir..

Takdir?.. Penat juga nak memikir takdir seseorang, takdir aku sendiri pun masih samar- samar.. Tak nampak jalannya lagi.. Fizikal tak merubah takdir?? Apa pulak aku nak mengarut kali ni.. Jomla sama- sama baca..

"Perempuan kalau dengan sebelah payu dara, jangan claim dirinya perempuan"
Statement yang dikeluarkan oleh 'tak bernama' di twiter, lelaki lah.. Kalau mereka yang tak berpayu dara ni bukan perempuan nak panggil apa ea?? jantan?, tak pun lelaki..

Adakah kita pernah menggelarkan seorang manusia yang lahir tanpa tangan mahupun kaki sebagai jin, demon, hantu tak pun zombi??.. Ianya tetap manusia bukan??.Semua orang menggelarnya manusia, tetap manusia walaupun cacat. Tapi dia tak sempurna, mana boleh claim dirinya manusia.. Hummm..jin la kan..

Nampaknya, si lelaki ini memandang perempuan dekat dada ja.. Kesian, dia yang tak sempurna sebenarnya. Tak sempurna kerana mengeluarkan kata- kata yang sedemikian.. Ianya sangat menyedihkan apabila akal kita tak berfungsi dengan baik. Seluruh hidup kita cacat apabila pemikiran kita terbantut. Fizikal tak merubah takdir dia sebagai seorang perempuan dan fizikal juga tidak mengubah hakikat yang dia merupakan seorang perempuan.. Dan ketahuilah, perempuan boleh hidup tanpa payu dara tu, tapi fikirkan lah bolehkan anda hidup senang lenang tanpa si anu yang bergantungan tu..

You better shut down your stinky mouth..Sesungguhnya aku sangat- sangat menyayangi spesis aku. Setiap wanita dan perempuan diluar sana adalah dibawah tanggungjawab aku. Walaupun aku tak mampu untuk menolong, tapi aku akan cuba untuk membantu..

Tuhan, jauhkan diskriminasi.. Penuhkan dihati aku kesabaran.. Sesungguhnya, aku terlalu membenci lelaki yang mendiskriminasi..