Ustaz Aziz Harun ea, bukan Azhar Idrus...
"Tak pakai tudung labuh pun tak apa, janji jaga pemakaian macam selalu, tudung jangan bagi nampak leher and kalau boleh tudung tu janganlah jarang.. Lengan tu kalau boleh sinting, tak payah la sinting.. Ubah benda-benda tu ja.. Enough.. Baju awak pun okey, bukannya ketat sampai nampak apa-apa jelah... So semuanya okey"
Ummmmmm...itu garis2 panduan yang telah ditetapkan.Dah nampak macam ceramah agama pulak kan.. Mungkin dia bukanlah alim gila, baik nak mampus sampai xbuat silap. dia pun manusia, lelaki pulak tu. Dia ada kekurangan, dia ada buat salah tapi cukuplah dia boleh cakap dekat aku apa yang salah dan apa yang betul.. Aku tak rasa dikongkong sebab aku suka dipimpin, suka ditegur dan suka diingatkan supaya tak lupa.. Tak perlu lelaki sempurna sebab aku bukanlah yang terbaik..
Friday, 22 June 2012
Tuesday, 19 June 2012
Kau tak sayang Tuhan...
Mengapa tolak Islam bila ia datang?
Adakah kau akan mencari Ia bila kau tak memilikinya?
Adakah kau akan menyelak tiap helaian Al- Quran untuk kenali Islam bila kau sudah ada Bible dan Thalmud untuk dijadikan rujukan??.. Aku juga sering mempersoalkannya.."Kalau aku bukan Islam, adakah aku akan kenal apa itu Islam?? Adakah aku akan mencari kebenaran yang ada didalamnya?"
Mengapa mempersoalkan Islam bila Ia memilihmu?
Adakah kau akan mempersoalkan benda yang sama apabila engkau diberikan ibu yang bernama Aminah dan bapa yang bernama Abdullah?..Tidak bukan..
Islam menggariskan sesuatu yang dinamakan tanggungjawab, tapi kau, aku, dia dan semua mempersoalkannya?
Bukankah setiap insan itu punya tanggungjawab, walaupun kau bukan Islam, kau jua punya tanggungjawab..
Apa kau malas untuk tanggung tanggungjawab yang telah diberikan? Katakan saja kau malas, aku pun, dia juga.. Mengapa perlu mempersoalkan??..
Kau sayang tuhan??, aku sayang, tapi aku gagal tunjukkannya. Aku bukan ustazah yang bertudung labuh, bukan juga sesuci Rabiatul Adawiyah.. Tapi aku solat.. Persoalannya, kenapa aku solat??.. untuk melengkapkan tanggungjawab ataupun sekadar memenuhi tuntutan??untuk menyedapkan hati mungkin, bimbang bala yang menanti dihujung jalan takkala aku keluar bergembira dan mungkin akan mati dalam keadaan yang tidak sempurna imannya.. Ataupun, aku sayang pada Tuhan, tunduk dan hormat kepadanya??..
Aku ingin menembok muka mengatakan aku sayang pada Dia, biarlah dikatakan riak.. Sembahyang itu wajib, satu kewajipan sepertimana wajibnya mentaati kata kedua ibu bapa yang dikatakan membesarkan kita dan melahirkan kita buat seorang ibulah kan, takkan bapak pulak..
Apa kaitannya??
Kau mentaati ibu bapa kau, aku pun, dia juga mungkin.. Apa kau gelarnya?? Tanggungjawab atau kasih sayang??.. bagi aku keduanya seiring.. TANGGUNGJAWAB DAN KASIH SAYANG!!!
Sekiranya kau kehilangan mereka dan kau punya adik-adik yang ramai hasil dari rezeki yang telah dimurahkan oleh Allah kepada ibu dan bapakmu yang sudah meninggal itu, kau perlu berkorban untuk mereka, mungkin terpaksa korbankan masa bergermbira, tak pun masa belajar untuk membesarkan mereka apabila tiada satu sen pun harta yang ditinggalkan.
Apa kau gelarkannya?? Tanggungjawab atau kasih sayang??..
Kalau kau kata itu tanggungjawab, maka baiklah kau tolong ramai lagi anak yatim diluar sana. Tapi tidak!!. kau memilih untuk membantu adik-adikmu.. Bukankah itu sayang??.. Rasa sayang pada adikmu membuatkan kau bertanggungjawab..
Berbalik pada Islam tadi, adakah kau sayangkan tuhan kau yang telah menggariskan tanggungjawab untuk kau laksanakan??? Sayang dan tanggungjawab itu seiring.. Kau takkan bertanggungjawab kalau tidak sayang..
Kau tegaskan kau sayang tuhan, tapi kau tak pikul tanggungjawab yang dia berikan, tanggungjawab paling mudah tapi terbesar kau tak mampu, macam mana yang susah kau nak buat??..
Kau tak sayang tuhan, kalau kau sayang kau akan bertanggungjawab..
Kadang- kadang, kau aku dan dia juga mengingkari kata- kata mak dan bapak, bukan sebab tak sayang, tapi sebab nak tunjuk hebatlah kononya, dah besar katakan.. Tapi selepas itu apa kau rasa?? Aku rasa serba salah, kadang- kadang 3, 4 tahun selepas tu baru rasa..sekurang- kurangnya rasa walaupun dah terlambat, Dan aku mintak maaf.. Walaupun sayang, kadang- kadang tetap tak tunaikan tanggungjawab.. Wah, aku sudah jauh tersasar dengan argument aku yang diatas, bukan apa.. aku cuma nak cakap, walaupun kita sayang, kadang- kadang hati juga memberontak, tak lari dari buat silap.. Samalah dengan konsep Islam dan tanggungjawab.. Kau kata kau sayang tuhan, tapi kau tak buat apa dia suruh.. Mungkin ada yang kau masih tak puas hati, masih keliru masih tertanya- tanya.. Kau ambillah sebanyak mana masa kau nak untuk kenal Dia kerana masa itu masih ada.. Bila kau dah jumpa, mintak maaflah.. bertaubat sepertimana kau minta maaf pada kedua ibu bapa kau bila kau dah sedar dan mula dari saat itu, kau pikullah tanggungjawab yang telah diberikan dengan rasa sayang, cinta dan tawaduk..
Kau akan lebih sayang tuhan, bila kau sedar akan kesilapan yang telah kau lakukan...

Sunday, 17 June 2012
Jadi, itu aku!!!
Sebelum ada yang membaca, biarlah aku kongsi satu rahsia...
Aku suka menulis, tapi aku tak gelarnya menulis sebaliknya 'menconteng'.. Dah lama aku menconteng, banyak jugak cerita- cerita, cerpen- cerpen yang dah aku hasilkan. Dari kecik aku dipaksa memasuki pertandingan menconteng dan banyak jugak yang dah aku sapu sebagai johan, paling tidak pun naib, tapi xpenah naib lagi.. Bukan atas kerelaan, tapi paksaan kerana aku suka menconteng tapi tidak suka orang membacanya. Jadi emak, cikgu-cikgu yang menginduce aku untuk menconteng. Aku malu.Bila aku tahu ada ja yang membaca apa yang telah aku contengkan, nah!!! maka itulah kali terakhir aku membacanya, untuk membaca selepas dibaca, tidak sama sekali. Jadinya, aku akan padam semua yang aku conteng selepas puas membaca, paling tidak aku bakar buku- buku kosong yang menjadi mangsa contengan aku.. contengan yang menjadi pilihan aku adalah anjing!!! dimana aku berjaya menggondol 3 anugerah juara pada hari yang sama..
Sekarang, aku juga menconteng, tapi aku menconteng untuk dibaca.. maknanya, ada orang akan baca apa yang aku dah tulis. Mula- mulanya aku tak pernah terfikir untuk menconteng ketahap yang lebih serius tapi sudah terlibat secara tidak lansung kerana alasan- alasan tertentu yang sangat munasabah.. Pada mulanya, niat ingin mengembirakan hati seseorang yang kehilangan pendrive, tapi setelah berjaya membuat hatinya senang, aku pulak dah jatuh hati dengan bidang menconteng- conteng.. Jadinya sekarang, aku sudah menjadi penconteng yang sudah hampir sampai ketahap kematangan hasil induce'san Encik Aziz Harun..
Apa yang aku perlu buat sekarang adalah, tenang apabila hasil contenganku dibaca oleh orang lain, apa salah berkongsi sesuatu dengan semua, sekurang-kurangnya aku dapat sesuatu, mereka juga dapat sesuatu..
Jadi itu aku..

Thursday, 14 June 2012
Almost there
Malam ni bosan...bosan sangat..nak buat kerja gila macam tak sesuai..lagi beberapa hari dah nak cukup 20 tahun..kalau dulu ada jalah kerja gila yang aku buat..dari kecik sampai la dah besar sikit..
Ummm...final pun dah dekat, tapi masih terumbang ambing lagi..semua benda tak ada dalam otak lagii...
Jiwa pulak kacau ingatkan rumah, dah bayangkan cuti, jalan- jalan dengan mak ayah, bercuti dengan adik- adik.. Melepak dengan unggas- unggas dalam hutan tu yang sudah sememstinya tengah tunggu aku balik..
Hati pulak tak tenang memikirkan janji yang telah aku taburkan kepada teman- teman tersayang untuk berdating dengan doktor bila cuti sem atas sebab- sebab yang tak dapat dielakkan.. Ummm..pengumuman kepada orang- orang tertentu.. saya sihat....
Otak pulak ni ha, dok memikirkan banyak masalah yang perlu diselesaikan sebelum menutup mata dan tidur panjang diatas katil ea, bukan liang lahad lagi ea harap maklum.. Tapi masalah tu tak lah besar sangat, cuma apabila ia melibatkan hati, perhubungan ianya sangat- sangat besar untuk aku..
Jadi, aku perlukan kekuatan untuk itu.. Dan disinilah aku perlu berserah kepada Nya sekali lagi.. Sekali lagi aku bersujud di penjuru bilik mengadap kiblat yang satu atas dasar merendahkan diri kepada Dia yang maha Menyintai...
Semuanya hampir sempurna:)

Subscribe to:
Comments (Atom)