Entry kali ini lebih kepada bentuk pembelaan diri. Hasil daripada cetusan rasa Hantu Malaya yang meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap Matematik Tambahan sejak di Tingkatan 4 dan 5. Aku merangkap rakan seperjuangannya dalam melaksanakan agenda yang tak bertauliah turut terkesan apabila menjadi salah seorang pelajar yang diperhatikan.
‘Fatin dengan Nabila tu bukannya tak pandai, tapi malas’..glupp2.. aku akui kebernasan kata-kata cikgu add math. hee..
Sebenarnya cikgu, perkataan malas tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya dan Nabila. Cuma ada perkataan cinta yang telah dicurahkan kepada Bahasa Malaysia, memandangkan kami pemidato tak bernama yang emosi ketika meluahkan rasa.
Perasaan itu juga turut dikongsi bersama Sejarah sebab kami pencinta Bangsa Melayu dan Sejarah. Pasai apa?.Ianya sebab kami tidak mahu jadi seperti Mat Sabu yang buta sejarah kurang ilmu.
Bahasa Inggeris turut menggoda hati memandangkan kami amat menyukai subjek yang perlu mengarang surat-surat cinta dalam bentuk essay yang penuh keshahduan.
Setelah dianalisis, ternyata tiada cinta untuk add math. Hanya sekadar rasa ingin tahu dan belajar bukan mendalami.
‘Cikgu’.. kalau boleh saya nak betulkan pandangan cikgu. Bukan cikgu add math ja, tapi kepada semua cikgu- cikgu yang mengajar saya dan Nabila.
- Kami tak nakal, kami tak malas, kami juga tak jahat.
- Kami terpaksa mengafal isi- isi debat sehingga tak tidur malam semata-mata ingin bagi kejayaan dekat sekolah.
- Berhempas pulas buat skrip forum untuk mengharumkan nama sekolah. Membaca itu ini untuk menjawab itu ini. Kami sibuk cikgu, bukan malas.
-
Almaklumlah, salah kerajaan Malaysia jugak. Buat syarat menakutkan gila. Tak aktif koko tak boleh masuk u. Disebabkan kebendulan, kami buta-buta ja ikut. Habis semua aktiviti koko kami sapu, tak tinggal satu pun. Tapi Alhamdulillah, melangkah jugak pintu u tu ha.
Cikgu, kami dah merancang masa depan sejak ditingkatan 3 lagi. Kami tak perlu pandai, cukuplah bijak. Bijak disini adalah, kami hanya menumpukan perhatian kepada matapelajaran yang membolehkan kami mendapat tempat dalam bidang yang kami harapkan. Alhamdulillah, saya dapat. Nabila pulak ternyata tak boleh berpisah dengan add math, dia masih setia meneruskan legasi cikgu.
Saya tak dilahirkan untuk math cikgu, semua cikgu hanya sebut benda ini.. doktor..doktor..doktor.. belajar math, pro bio, hebat fizik, master kimia.waahh.. perfect.. hebat sangat ker doktor. Cikgu bayangkan saya jadi doktor, pakai baju putih, sangkut tah apa benda dekat leher, buatnya terjerut cikgu.. Mati saya cikgu.. Dah tu Nabila pulak, dia dah la pendek, jubah doktor tu labuh, kalau dia pakai meleret atas lantai, macam hantu cikgu. Patotlah orang cakap hospital banyak hantu, rupanya banyak doktor2 pendek yang pakai baju meleret atas lantai malam2.. Memang tak sesuai cikgu.
Tapi saya akui, add math banyak membantu. Tanpa add math susah jugak nak isi upu. Add math ni macam syarat wajib la jugak. Saya akan terus rindu add math dan Nabila akan terus guna add math. Dia dah terror math cikgu, dulu tak suka sekarang dah sayang. Mungkin jodoh dia dengan cikgu. Kami mintak maaf cikgu.. Kami sayang cikgu.. Terima kasih cikgu.. Jasamu dikenang..