Tak pernah sekali aku persoalkan, dan sampai mati akan aku terus kekalkan kepercayaan, "tak sempurna Iman seseorang sekiranya tidak redha dengan takdirNya, baik mahupun buruk"...
Maaf kalau aku tidak bersyukur, maaf kalau aku tidak redha.. Maaf kalau aku tak kuat, maaf kalau suatu hari aku terpaksa merungut yang aku dah penat...
Dah mencuba untuk mengubah keadaan, dah berusaha untuk balik macam dulu.. Tapi masih sama dan bertambah teruk.. Tuhanku Yang Satu, hidup dan matiku ada disisiMu.. Walaupun penat dan kadang- kadang letih, walaupun mulut xpernah sekali ucapkan perkataan tu, hati ni kadang- kadang penat dan menyoal... Why me?? Do You love me that much... Aku percaya.. Ya.. Tuhan tak menguji jika kita tak mampu hadapi... Tiap kesusahan ada jalannya, jangan berputus asa untuk mencapai redanya...
Aky yakin Dia ada.. Walau satu dunia menentang, Dia tetap ada...
Saturday, 31 March 2012
Saturday, 24 March 2012
Place called heaven
Malam yang indah dekat luar rumah...
Ulangtahun perkahwinan mak ayah
Adik lelaki yang telah aku perempuankan..
Waaaaaa....tetiba homesick... Nak balik rumah..ehh, asal tetiba aku jadi pompuan ni.tak pernah2 homesick..haizzzz...keperempuanan terbukti jugak akhirnya.. Homesick tetap homesick..
Shut Down
Jangan sampai aku mengisytiharkan perang!!!!
Aku tahu aku ada buat salah, aku ada merungut dan aku jugak ada cita- cita untuk menggantikan hang dengan yang baru.. Tapi tak bermakna aku dah tak sayang.. Dah lama kita bersama, hang la saksi- saksi segala benda jahat yang aku dah buat, benda buruk yang aku dah cetuskan.. Macam mana aku nak pinggirkan hang.. Dulu pernah ja aku hidup dalam kerisauan bila antivirus hang habis, setahun jugak aku ternak virus dengan hang dekat Merbok... Risau one day hang akan mati macam tu ja.. Bersusah payah aku buang masa pergi jumpa mamat xhensem dekat bangunan hijau A.S tu semata- mata nak dapatkan rawatan hang..
Now, hang buat perangai tak mau shut down plak..Aku tau hang sayang aku sampai tak mau pisah dengan aku, tapi tolongla.. Aku tak ada masa nak pujuk hang untuk shutdown.. Pless.. Do shut down..

Friday, 23 March 2012
Untuk Adik
Akak rindu adik..waa.. Rindu nak gaduh, rindu nak gurau-gurau..Rindu nak marah- marah.. Rindu nak dipujuk... Rindu nak makan sama- sama.. lepak depan tv wacthing movie.. Rindu nak jalan- jalan..rindu nak usik adik bila adik malu nak beli seluar dalam dekat super market and rindu nak dengar "Woehh pompuan, xmalu ka?? orang tengok la gila"huhu.. Rindu nak sambung nyayian adik bila adik balik dari sekolah and sikat rambut depan cermin..
Rindu nak ajar adik masak dekat dapur.. Rindu nak buli.. Rindu kita baca quran sama- sama dekat atas sejadah.. Rindu bila adik tegur akak buat silap, rindu bila adik cakap "memang aku nak bagi hang sakit pun","kak, tolong buat kerja sekolah sikit"..Rindu nak dengar adik merungut"Pak rahman ni gila la kak, sumpah tak tahan.. Ada patut dia suruh copy satu buku text sejarah.. Gila apa"...
Rindu nak dengar "kak, ada hadiah dekat belakang aku.. Pak Rahman bagi", bila tengok belakang ada kesan kena rotan..hahaha..padan muka, malas sangat.. Tapi sekarang adik dah rajin, balik sekolah ja ngadap buku, dah jarang melepak... Wish you best for SPM.. semoga kita punya perancangan untuk projek penanaman dan penternakan lembu dan kambing menjadi..heeee.. Semoga kita baik sampai bila- bila...
Be strong, I' m always your sister and you will remain my baby brother..
Untuk adik.. aku sayang ang la gila... Terus jadi adik yang baik.. Anak yang soleh..

Sayang adik:)
Wednesday, 21 March 2012
Kemaafan
Kadang- kadang kita sedia memaafkan seseorang atas kesilapan yang dilakukan, mengharapkan dia akan memaafkan kita andai kita melakukan kesilapan yang sama..
Kadang- kadang kita cuba untuk melupakan dan menganggap ianya tak pernah terjadi..
Tapi, tak semua yang kita harapkan akan terjadi.. Tak semestinya dia akan memaafkan kita.. Bila difikir balik, mungkin kemaafan yang pernah diberikan dulu bukanlah kemaafan yang ikhlas dari hati, mungkin sekadar tidak mahu ada hati yang akan disakiti..
So, cannot put the blame on people, must take a look at you first. You are the reason why this is happening.. Ikhlaskan hati, maafkan sepenuh hati.. Pasti ianya akan berbalik kepada kita.. Not today, maybe one fine day... Not the question if, but when..

Tuesday, 20 March 2012
Art of the Designer
Jangan siapa cuba menafikan realiti...
1)Seorang lelaki/perempuan akan cakap "kecantikan tu macam sampah ja, tak penting. Yang penting hati", lebih spesifik dalam isu boypren girlpren ni la.. Bila tengok balik orang yang cakap macam tu, partner dia cun gila, hensem nak mampos, memang tak dak hal la dia nak cakap muka tu sampah ka, sampingan ka, hapa ka.. Dah dapat yang lawa, nak cakap macam tu memang tak ada effect lah.. So, yang partner ni pon dok berlagak hebat lah yang diri disayangi seadanya, bukan sebab kecantikan dan kehenseman yang ada dekat muka. Tapi, disebabkan kesucian hati dan keikhlasan menyintai sepenuh hati.. Plessla, sebenarnya.... muka tu ja yang jadi elemen penting untuk disukai.. Kalau muka xlawa, harapanla orang nak.. Manusia sekarang suka memilih.. So, lain kali jangan mudah percaya bila orang cakap cinta kerana hati dan budi tambah- tambah bila diri tu agak- agak cun and hot lah.. Dia nak tumpang populariti ja tu...
2) Seorang lelaki/perempuan akan cakap"beauty lies on the eyes of the beholder", blahla.... orang akan cakap macam ni bila dia punya partner xcun.. Sedaya upaya dia hafal falsafah tah apa- apa ni tok yakinkan partner yang sesungguhnya dimataku kau lah terindah, tercantik, tersempurna... In FACT dia terpaksa cakap macam tu sebab taknak putus, maklomlah empunya diri pun tak hot.. Tak pasal- pasal menyendiri hidup nanti.
3) Next, tak dapat nak ditidakkan lah, kadang- kadang seseorang yang tidak cantik parasnya, tapi tinggi budi bahasanya akan dijodohkan dengan someone yang cun sangat- sangat.. Adilkan takdir dan jodoh.. Sama- sama dapat merasa kecantikan dan kelebihan budi, riak dapat dikurangkan, rendah diri akan ditingkatkan.. Saling melengkapi.. So sweet..
4) Yang pasti, kecantikan tu bukanlah lies on the eyes of the beholder but lies on the art of the Designer, The Greatest One.. Masing- masing dilengkapkan dengan keistimewaan yang tersendiri. Does not a matter if we are not beautiful as long as there are people look at us as the best, the most beautiful and the great one.
Monday, 19 March 2012
Tetiba terindu saat berdiri tengah hujan, depan Public bank sambil buat ikrar kasih sayang ditemani lagu yang tak diketahui tajuknya dengan suara yang xberapa sedap tok orang lain..heee... tapi paling yummy untuk telinga aku dengar...
Lalala.... blalala... glupp.. glupp.. errrrr... apakah??.. Apa- apa jelah.. Heeee

Sunday, 18 March 2012
Ini Gila
Bajet lari gila...dalam buat akaun "World Revolves Around Money" baru aku sedar yang aku dah spent lebih dari bajet.. kira punya kira, not aku semakin hilang tinggal kepingan- kepingan yang tak berapa tinggi nilainya..Buat aku ternganga and termangu depan kalkulator.. Aku ingatkan dah berjimat habis rupanya aku dah boros habis- habisan...
Sekarang aku nak iktirafkan diri sebagai "bankrupt"... Totally bankrupt.. Dari miskin menjadi bertambah miskin..Inilah manusia, tak sedar diri tak ada duit tapi berbelanja macam anak orang kaya.. Nah, rasakan penangan hidup dalam kemiskinan.. Mujur belum sampai tahap berhutang keliling pinggang lagi, but it does not a matter, even AS berhutang berbilion- bilion still boleh bergerak maju, inikan aku.. Mesti boleh punya..hoitik3..
Lepas ni, aku tak nak makan dah, kalau nak makan pun maybe roti kering bertemankan air masak..Tiap- tiap hari ikat perut and jerut leher jelah.. Cuba belajar hidup susah macam remaja- remaja dekat Palestin tu.. ehhh..apa kena mengenala dengan budak- budak Palestin, ini Malaysia bukan Palestin. Fatin..Fatin..
End of merapu- rapu...
Mak, jangan lupakan anak mak ni, even mak dah ada Nurin Adriana, I'm still your Fatin Nadhira.. Hulur- hulur la sikit.. harap- harap mak baca entry ni...
Adios...

Saturday, 17 March 2012
Klon Dajjal
Seperti yang sedia maklom lah.. Perkara yang paling dirisaukan tentang Dajjal, bukanlah kepandaian dia bermain sihir, tak pun kelebihan dia memujuk dan menggoda seluruh umat Islam.. Tetapi ianya adalah kehebatannya dalam menfitnah. Fitnah dajjal ni boleh meruntuhkan kepercayaan seseorang Muslim terhadap tuhannya dan keyakinan umat terhadap rasulnya.. Fitnah ini yang akan merosakkan akidah seseorang..
Berdasarkan apa yang aku baca, keruntuhan sesuatu benda, kegemilangan, hatta sebuah kerajaan dan empayar yang besar pun ianya bukanlah disebabkan kehebatan fizikal mahupun teknologi semata- mata, sebaliknya disebabkan oleh kepandaian bermain teori dan memutar belit realiti..
Dunia hari ini sudah terlalu banyak manusia yang memainkan watak seperti si dajjal ni, sampai tak terkira dengan jari jemari yang ada, aku rasa kalau gunakan kalkulator pun mesti undefine, sebab terlampau banyak sangat. Apa yang aku nak sampaikan dekat sini, "Dajjal belum muncul, klonnya dah membiak dengan suburnya dimuka bumi tuhan ni".
Saranan aku kepada semua yang terlibat dalam jenayah menfitnah ni, cukup- cukuplah menyesakkan muka bumi ni dengan Dajjal. Bumi ni dah terlalu nazak untuk menumpangkan manusia- manusia seperti kalian.
Kepada yang menjadi mangsa fitnah, berhentilah membersihkan nama anda dari fitnah yang dilemparkan sebaliknya bangun mencari kelemahan dan kekurangan pemfitnah sebagai alat dan senjata utama untuk menumbangkannya..
Fitnah pemusnah..

Tuesday, 13 March 2012
Sakit tak semestinya mati
Sakit tak semestinya mati,
Sihat tak semestinya hidup...
Andai suatu hari nanti aku tiada, aku harap tiada siapa yang menyedarinya..
Kerana aku yakin,dihati dan diminda aku tetap ada...

Subscribe to:
Comments (Atom)