ehhh..aku tak sempat nak story mory pasal first puasa aku yang penuh keindahan hari tu..Kegilaan dimulakan dengan menghabiskan masa tengok Captain America dekat GCS Sungai Petani bersama sahabat tersayang dibumi Merbok ni,Jannah,Farah dan Hamdi bersama sahabat jemputan Husaini Hicom..huhe
ha..nila kami..aku,jannah yang tengah disapukan tepung,yang macam haji botak tu Hamdi yang bertuala litop atas kepala tu Pera,merangkap romate,on9 sama2,like sama2,mkn sama2,mandi sama2,tido sama2..semuanya sama-sama..adalah menjadi tanda tanya sekiranya kami ber4 tak bersama..my big family here..
..Disebabkan keseronokan yang melampau dan dipengaruhi dengan captain America yang handsome gila-gila tu,2 jam yang berlalu macam 2 minit ja.."erhh,terlebih hiperbola pulak"..nasib baikla bulan puasa kalau tak mesti tudung jannah dah dipenuhi popcorn hasil simpanan dia sepanjang tengok wayang seperti sebelum-sebelum ni..ishk3...Sesudahnya 2 jam kami meneruskan perjalanan yang jauh ke Tanjung Dawai dengan niat utama nak survey tempat makan untuk jamuan SPR..sambil menyelam minumla air,nak berbuka puasa sekalila.
Memandangkan Husaini tak pernah menjejakkan kaki ke tanjung dawai,bertambah excited la kami nak bawak dia kesana..haiizzzz..dah azan..makanan xdak..dengan berkat kemurahan hati, Husaini mengeluarkan cocopie lalu disedekahkan pada kami ber4..So,berbuka dengan cocopie diatas kereta pada Ramadhan yang pertama..Sedihnya..Yang dalam perut tu tak payah dibongkarkan dekat sinila,tah irama apa yang berkumandang pun tah,rock sudah semestinya..Perjalanan yang paling jauh dirasakan,sesampainya dekat Tanjung Dawai,masing-masing memandang antara satu sama lain,mata tidak dikelipkan,membutang dan membulat..SEMUA KEDAI TUTUP!!!!!...Aiyoyo...perjalanan yang penuh rintangan dan halangan..Dalam perjalanan balik tu tetiba ja ada cahaya yang sangat terang dihadapan,Farah yang terkejut..
"ehhhh,jentolak apa tu??besarnya...."...
"tu bukan jentolak Pera,tu bumblebee"...
"ehhhh..bukan-bukan..tu MEGATRON la"..Hamdi menambah..
"Hishhh Farah ni,tu mesin padi la"..akhirnya kami sama-sama ketawa terbahak2 dalam kereta..
Seronok tu seronok jugak,Tuhan jangan lupa...So,kami berhenti sembahyang Maghrib dekat masjid Tanjung Dawai..melangkah keluar ja,ahli-ahli masjid tu ajak kami makan sama-sama.Malu tu memang malu,tapi perut dah mengamok mintak diisi maka ditebalkan muka telan jala..
Tengokla hasil yang berjaya aku captured..
Jannah dengan sedapnya melantak,pera dengan telekungnya..
Haji Hamdi dengan Husaini...
Dan,tengokla pinggan aku yang licin ni..ishh3x..lapar punya pasal..
Semuanya sangat valuable tok aku..Kawan-kawan yang disayangi,thanxs 4 the sweet memories..Aku sayang kamu semua gilak2...
Nuruljannah,Farah Norhafieza dan Hamdi Khalis..